Kuala Lumpur, 31 Julai 2010 - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan melancarkan Pameran 'Warisan Khazanah Dunia: Seni Hiasan Permata India Dinasti Mughal' di Muzium Kesenian Islam, di Kuala Lumpur. Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut mencemar duli melawat bilik pameran di muzium itu yang menyimpan pelbagai bahan dan artifak dari zaman pemerintahan Dinasti Mughal, terutamanya dari abad ke-16 hingga ke-18.
Artifak tersebut adalah koleksi peribadi pengumpul koleksi seni barangan permata India terkenal dari Kuwait, Sheikh Nasser Sabah al-Ahmed al-Sabah dan isteri Sheikha Hussah Sabah al-Salem al-Sabah. Antara yang dipamerkan pada pameran yang bermula hari ini hingga hujung tahun ialah barangan kemas dan senjata yang dihiasi dengan permata India.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Minyak dan Penerangan Kuwait Sheikh Ahmad Abdullah al-Ahmad al-Sabah dan Pengarah Muzium Kesenian Islam Malaysia Syed Mohamad Albukhary. Terdahulu Tuanku Mizan berangkat menghadiri Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negara sempena sambutan Hari Pahlawan 2010 esok. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sumber : Malaysiakini
Ulasan Penasihat
Usaha oleh Muzium Kesenian Islam sangat bermakna buat peminat sejarah peradaban. Aktivis GPTD wajar mengambil kesempatan ini untuk mengadakan lawatan ke sana bagi menghayati jatuh bangun sebuah peradaban. Mungkin kita sudah boleh mula gerakan sebuah grup ke negara India bagi mengkaji dan meneladani pemikiran tokoh dan sosio budaya masyarakat di sana. Jangan lupa untuk mempelajari bahasa tamil!
No comments:
Post a Comment