Saturday, April 30, 2011

MAHASISWA TURUN KE SEKOLAH

TANJUNG KARANG,1 Mei 2011 – Seramai lebih kurang 30 orang peserta yang diwakili oleh beberapa buah sekolah menengah sekitar Kuala Selangor telah menghadiri Kursus Kepimpinan Remaja Islam Kuala Selangor yang telah dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang terdiri daripada SMK Dato Harun, SAM Tanjung Karang, SAM Pasir Panjang, dan SAM Jeram. Kursus Kepimpinan Remaja Islam ini berlangsung selama dua hari mulai 30 April 2011 hingga 1 Mei 2011 dan bertempat di SAM Tanjung Karang.

Kursus ini dijayakan oleh Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel (GPTD UNISEL) dan Persatuan Penggerak Mahasiswa Unisel (PPMU). Objektif utama menganjurkan kursus ini adalah membolehkan para peserta memahami apakah makna sebenar kepimpinan dari sudut pandangan Islam serta perkaitannya dengan konsep khalifah dan hamba, mengetahui peranan dan kepentingan penglibatan remaja dalam urusan kepimpinan serta kesannya pada masa hadapan serta membina jaringan dan persefahaman antara pelbagai pihak yang terlibat bagi bersama-sama menggembleng tenaga dalam mendepani isu-isu gejala sosial di Daerah Kuala Selangor.

 “ Program ini amat memberi manfaat kepada pelajar seperti kami dan saya berharap program ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang ” kata adik Nurfatin Afika dari SMK Dato’ Harun. Para peserta dilatih dalam aktiviti berkumpulan agar dapat  menambahkan ukhuwah antara peserta. Pelbagai aktiviti santai yang berfaedah dan ilmiah diadakan. Aktiviti ini dapat menguji dan mengasah permikiran kreatif dan kritis remaja. “Program seperti ini bagus untuk remaja disamping melatih kami sebagai mahasiswa/i lebih dekat dengan golongan remaja mahupun penduduk sekitar kerana seorang pemimpin yang berjaya bukannya lahir daripada bilik kuliah sahaja, namun pemimpin yang berjaya lahir dipadang masyarakat“, kata Saudari Hafizah selaku fasilitator program.

Kursus ini dirasmikan oleh Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia iaitu Dr. Muhamad Razak Bin Idris. Presiden ABIM dalam ucapan Perasmian Penutupan Kursus Kepimpinan Remaja Islam Kuala Selangor di sini menegaskan bahawa pentingnya perhimpunan bersama kaum dewasa dan remaja dalam membentuk sebuah generasi yang mantap.

Pembinaan Masjid di Istanbul - Pengukuh Ketamadunan Uthmaniyyah


Rencana NAJMUDDIN MOHD NAWI

[Disiarkan di Utusan pada 16/09/05, tempel di sini sementara nak kirim buah tangan terkini, hehehe....http://http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0916&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm&arc=hive]

MENJEJAKKAN kaki di Istanbul, merupakan pengalaman yang amat bermakna bagi penulis. Bangunan besar dan indah, taman-taman menghijau, bandar yang turut mendapat jolokan `Bandar Menara' itu, benar-benar menggambarkan bahawa ia merupakan pusat pemerintahan kerajaan besar dunia suatu masa dahulu.

Kunjungan penulis ke Istanbul baru-baru ini merupakan sebahagian daripada gerak kerja kajian ketamadunan Turki. Ia merupakan gerak kerja bagi Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD), yang menjadikan Turki sebagai salah satu bidang kajiannya.

Projek yang dinamakan Kembara Turki ini, merupakan anjuran bersama GPTD dengan Global Peace Mission (GPM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Ia turut mendapat sokongan INMIND & Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).

Istanbul digelar Bandar Menara kerana banyaknya menara masjid yang terdapat di sini. Bahkan, apabila berada di sini, arahkanlah pandangan anda ke mana-mana pun, pasti anda akan melihat menara masjid!

Dikatakan setiap 400 meter di Istanbul, ada sebuah masjid. Terdapat kira-kira 3,000 buah masjid di Istanbul.

600 buah daripadanya dibina sewaktu pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah. Kebanyakannya dibina dalam tempoh 50 tahun, iaitu dari 1850 hingga 1900.

Bermula dengan penukaran Hagia Sophia kepada Masjid Aya Sofya, kemudian pembinaan Masjid Eyup Sultan, bercambahlah masjid-masjid di sekitar Istanbul.

Selain memenuhi keperluan orang ramai, pembinaan masjid juga dilihat sebagai usaha memartabatkan syiar Islam di Istanbul.

Apabila kita menyebut mengenai masjid di Istanbul, pastinya nama Mimar Sinan akan terkait sama. Mimar Sinan merupakan seorang arkitek yang termasyhur pada zaman Uthmaniyyah.

Beliau lahir di Anatolia pada 1489 dan meninggal sekitar tahun 1588.

Sepanjang kariernya sebagai arkitek, beliau telah membina beratus-ratus bangunan. Di antaranya: masjid, madrasah, hamam (tempat mandi awam), hospital, istana dan pancur air. Namun masjid merupakan binaannya yang paling masyhur dan berpengaruh.

Binaan lainnya yang masyhur termasuklah Masjid Sultan Salim (Selimiye Jamii) di Edirne dan Masjid Sultan Sulaiman (Suleymeniye Jamii) di Istanbul. Malah, reka bentuk beliau telah menjadi salah satu identiti Kerajaan Uthmaniyyah.

Menurut tradisi Kesultanan Uthmaniyyah, setiap sultan yang memerintah mempunyai masjid yang dibina atas namanya sendiri. Tindakan ini merupakan lambang komitmen para Sultan Uthmaniyyah terhadap perjuangan Islam.

Selepas kemangkatan sultan tersebut, baginda akan disemadikan di masjidnya. Oleh kerana itu, agak mudah melawat makam-makam Sultan Uthmaniyyah di sini, anda hanya perlu tahu nama sultan tersebut, kemudian tambahkan perkataan `jami' di belakangnya (yang bermaksud masjid), insya-Allah, anda pasti akan menemui destinasi anda.

Sebagai contoh, makam Sultan Muhammad II al-Fatih terletak di Fatih Jamii (Masjid Fatih), dan makam Sultan Sulaiman al-Kanuni (digelar Solomon the Magnificent) di Suleymeniye Jamii. Mudah bukan?

Salah sebuah masjid yang penting dalam sejarah Uthmaniyyah, bahkan juga sejarah umat Islam, adalah Masjid Eyup Sultan.

Gelaran

Eyup Sultan merupakan gelaran masyarakat Turki kepada salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w., Abu Ayyub al-Ansari r.a.

Nama sebenar beliau ialah Khalid bin Zaid r.a. Ketika berlakunya hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah, Baginda bermalam di rumah Abu Ayyub al-Ansari setibanya di Madinah.

Manakala tapak yang berhadapan dengan rumah beliau, Rasulullah s.a.w. jadikan sebagai tapak Masjid Nabawi yang ada hingga sekarang.

Abu Ayyub wafat pada tahun 668 Masihi, lebih 800 tahun sebelum peristiwa pembukaan Istanbul.

Sebaik saja Sultan Muhammad II al-Fatih berjaya menguasai Konstantinople, baginda menukar nama wilayah tersebut kepada Istanbul.

Baginda maklum bahawa makam Abu Ayyub al-Ansari berada di sekitar Istanbul tetapi tidak mengetahui lokasinya yang tepat. Lalu baginda mengerahkan agar gerakan mencari makam tersebut dilakukan.

Makam Abu Ayyub r.a. ditemui di luar pinggir kota Istanbul. Lalu Sultan Muhammad II al-Fatih mengarahkan pembinaan Masjid Eyup Sultan yang juga menempatkan makam Abu Ayyub al-Ansari r.a. pada 1485 Masihi.

Kawasan sekitarnya pula dinamakan Eyup Sultan, sebagai memuliakan beliau.

Sultan Muhammad II al-Fatih turut terkenal sebagai Sultan yang menjadi kebanggaan Kerajaan Uthmaniyyah khususnya, dan umat Islam umumnya. Baginda merupakan sultan ketujuh daripada Kerajaan Uthmaniyyah.

Pembinaan masjid pada zamannya bukanlah sekadar tempat ibadat umat Islam, tetapi fungsi masjid telah diangkat sebagai pusat kegiatan masyarakat.

Menurut Prof. Dr. Mehmet Maksudoglu dalam bukunya, Osmanli History 1289-1922, Lord Kinross menerangkan bahawa al-Fatih, setelah menjadikan Hagia Sophia sebagai Masjid Besar Aya Sofya, turut memerintahkan agar dibangun bazar berbumbung bersama ratusan kedai dan gedung, dengan ribuan kedai dan pasar yang ada di jalanan.

Apabila al-Fatih mendirikan masjidnya, iaitu Masjid Fatih, terdapat lapan buah madrasah di sekitarnya yang memuatkan seramai 600 orang pelajar setiap hari.

Selain madrasah tersebut, terdapat juga sekolah untuk kanak-kanak, sebuah perpustakaan, dua hostel untuk musafir, sebuah dewan makan, dapur yang menyediakan makanan untuk orang miskin dan sebuah hospital.

Hospital ini memberi perkhidmatan secara percuma kepada masyarakat. Begitu juga dengan madrasah, pendidikan diberi secara percuma. Selain itu, di kawasan-kawasan sekitar masjid juga dibina hamam. Terdapat juga kuburan di kebanyakan masjid yang dibina sewaktu zaman pemerintahan Uthmaniyyah.

Secara simboliknya, dapat dibaca satu cerminan kehidupan melalui pusat kegiatan masyarakat yang dibina oleh baginda Sultan Muhammad II al-Fatih.

Masjid dilihat sebagai pusat, tempat berhimpunnya semua manusia untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa.

Namun, setiap orang wajib membersihkan diri sebelum bersolat. Oleh itu, didirikan hamam dan tempat wuduk di kawasan sekitar dan berhampiran masjid.

Tetapi, untuk mengetahui kaedah pembersihan, cara berwuduk dan solat yang betul, seseorang itu mestilah belajar terlebih dahulu.

Maka, disediakanlah madrasah dan sekolah untuk membimbing dalam hal-hal ibadat dan ilmu-ilmu lainnya.

Untuk memastikan seseorang itu sentiasa melaksanakan ibadatnya (kerana tujuan manusia dihidupkan hanya untuk beribadat kepada-Nya - al-Quran), dia memerlukan kesihatan tubuh badan.

Oleh kerana itu hospital pula didirikan untuk memenuhi keperluan tersebut. Bagi mereka yang miskin pula, makan percuma diberikan untuk menghindari kebuluran.

Bagi menjamin pula pendidikan dan perkhidmatan perubatan percuma yang diberikan mampu berterusan, disediakan pula bazar dan gedung-gedung perniagaan.

Para peniaga yang berjaya dan tawaduk ini pula akan membayar zakat serta menyalurkannya kepada masjid serta institusi yang lainnya, bagi memastikan masyarakat sentiasa hidup dalam keadaan aman dan makmur serta mendapat rahmat dan keredhaan-Nya.

Dengan menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat melalui pelaksanaan di atas, tidaklah hairanlah bagaimana kerajaan ini mampu bertahan selama 600 tahun lebih serta mampu membangunkan tamadunnya selaras dengan ajaran Islam.

Namun, pada zaman akhir pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah ini juga menunjukkan betapa benar janji-Nya kepada manusia, apabila manusia itu lalai dan leka serta menjadikan dunia sebagai matlamat utama kehidupan, akan hancurlah manusia.

Demikianlah yang terjadi kepada Kerajaan Uthmaniyyah apabila orientasi kerajaan untuk membina tamadun Islami dan menjaga kebajikan masyarakat bertukar kepada kehidupan pemerintah yang mewah serta melalaikan.

Dalam usaha kita membawa pendekatan Islam hadhari hari ini, amatlah penting untuk masyarakat Muslim hari ini meneladani jatuh-bangunnya Kerajaan Uthmaniyyah, kerajaan yang membangunkan tamadun Islami, selaras dengan keperluan insani.

Wednesday, April 27, 2011

Bengkel Asas Fasilitator : Melatih keyakinan pelajar

Bestari Jaya, 26 April 2011 - GPTD berjaya menganjurkan Bengkel Asas Fasilitator yang dibimbing oleh En Izwan Suhadak merangkap Penasihat. Peserta yang hadir seramai 10 orang adalah Core Group yang dilatih secara intensif supaya mahir sebagai seorang fasilitator. Peserta didedahkan fungsi dan etika fasilitator agar dapat dipraktikal dengan betul apabila turun ke lapangan. Simulasi permainan dan LDK juga diadakan bagi membiasakan peserta dengan suasana sebenar jika bertemu dengan adik-adik di sekolah. "Insya Allah kita komited untuk menggerakkan projek Turun Ke Sekolah (TURSE) berbakti di sekolah-sekolah aktivis GPTD di Selangor", kata Presiden GPTD Unisel, Sdr Muhammad Izzat Chiaril Anwar. Turut hadir adalah Sdr Kamarul daripada IQ Consultant berkongsi pengalaman 10 tahun beliau mengendalikan program motivasi jatidiri pelajar.

Tuesday, April 26, 2011

Hadith : as-Sakinah turun bersama al-Quran

“Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengena...inya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran. (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

BACALAH KITAB YANG TERBUKA

Sebuah buku terkandung susunan simbol aksara sehingga terbentuk ayat-ayat dan memberi makna kepada jiwa yakni hati dan akal. Boleh jadi juga buku ada terlukis gambaran imej yang pelbagai dan memberi visual kepada akal dan dapat merasakan di dalam hati. Buku yang baik dan halal akan digigit, disiat, dikunyah, ditelan dan dihadamkan sehingga ianya menjadi darah daging. Pasti buku membekal tenaga kepada tubuh pemikiran dan roh spiritual serta mengerakkan fizikal untuk laksanakan apa yang telah dipercayai, diyakini dan dianuti. Itukan makna iman. Iman itu yakin di dalam jiwa, lafazkan dengan lidah dan membenarkan dengan anggota badan. Dari anggota pendengaran, penglihatan, dan hati kena memainkan peranan yang benar. Perbuatan anggota lidah, tangan dan kaki juga tidak tertinggal untuk dipersoalkan dan pasti menjadi saksi serta berbicara yang benar dikemudian hari.

Membaca buku bukan lagi hanya melalui buku fizikal yang punya helaian putih bersih tertaip aksara yang tersusun rapi sahaja. Kini pembaca boleh membaca menggunakan Ipad atau pun smartphone. Teknologi yang membenarkan pelayar meluncur ke laut maklumat dan dasar lautan ilmu melalui capaian kepada internet. Sering juga pelayar yang sesat dan musykil bertanyakan pelbagai persoalan kehidupan kepada Ustaz Google dan Ustazah Yahoo. Adakalanya memang membantu tidak kurang juga ramai yang tersesat dengan hujah mereka. Selain buku, Ipad dan smartphone yang lebih hebat adalah apabila kita mampu untuk membaca mesej penting ayat-ayat Allah SWT melalui alam ciptaannya yang dijelaskan dengan sarat dan maknawi di dalam Kitab Mukjizat Al-Quran Surah Ali Imran : 190-191 di bawah yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal (ulul albab) ; (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.”

Ketika ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAW, baginda menangis sepanjang malam (cubalah menangis) kerana tersentak dan terkesan. Menurut tadabur Dr Siddiq Fadzil, Ulul Albab adalah ilmuan mukmin yang mampu melihat yang tersirat di balik yang tersurat, dan dapat menangkap hakikat di balik ayat (tanda-tanda). Manakala Abdullah Yusuf Ali mentafsirkan sebagai men of understanding iaitu golongan yang punya kefahaman yang mendalam. Golongan ini sentiasa mengingati Allah setiap ketika dalam apa-apa keadaan dan kedudukan. Mereka menjadikan ayat (tanda-tanda) sebagai hakikat bahawa alam adalah sebuah al-kitab al-maftuh iaitu buku yang sentiasa terbuka untuk dibaca, difahami dan diinsafi segala kandungannya. Sehinggakan orang Melayu klasik yang budiman menerbitkan madah berhikmah yang berbunyi “yang setitik dijadikan laut, yang sekepal dijadikan gunung; alam terkembang dijadikan guru”. Langit dan bumi, malam dan siang, mentari dan bulan, lautan dan daratan, manusia dan jin, flora dan fauna, bumi dan galaksi semuanya adalah ayat, tanda-tanda kebesaran Allah SWT tiada sia-sia untuk diperhati, dibaca dan difahami. Segala rahsia, mesej dan ilmu yang Allah berikan melalui alam penciptaan-Nya sepatutnya dirasai oleh ilmuan mukmin. Maka bacalah alam sekitarmu.

Alam. Sungguh menyegarkan pandangan alam itu. Seperti tumbuhnya tunas keinsafan selepas hujan. Menyegarkan pohon kefahaman. Jernih air hujan keintektualan yang jatuh ke bumi rausyanfikir meresap dan mengalir dari sungai hingga ke laut dalam. Lalu disejat kembali oleh mentari akli serta naqli terus di bawa ke langit. Awan ilmuan diperankan menghimpun titisan sejatan menjadi awan mendung yang berat. Sekali sekala petir amaran dicetuskan menyambar pohon buruk pengkhianat ilmu yang menyesatkan sehingga akarnya tercabut dan tidak dapat tegak sedikit pun. Nah, sekali lagi air hikmah diturunkan dari langit menyuburkan kehidupan yang gersang keimanan.

“Ting tong...stesen berikutnya Sri Rampai, Next station Sri Rampai”, bunyi siar raya di dalam gerabak LRT. Pesanan tersebut menggerakkan Ijlah Sabirah dari tidurnya. Itulah tabiatnya setiap kali menunggu destinasi tiba. Dikelilingnya penumpang LRT sedang asyik membaca buku. Dia tetap dengan muka selamba seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Seorang tua disebelahnya sempat membisik dengan loghat Perak, “Anak, kuat sangat kamu berdengkur...ganggu orang membaca”. Dia hanya tersengeh. Sebaik melangkah keluar dari gerabak dia berjalan laju dan menjadi orang pertama melepasi laluan keluar. Terus menuju ke Qiosk berhampiran mendapatkan majalah Solusi untuk kiriman adiknya Irsyad Syahmi. Dalam perjalanan pulang Ijlah Sabirah mengimbas kembali sebuah pesanan besar dalam mimpinya tadi sehingga air keinsafan mengalir ke pipinya.

Nukilan:

IZWAN SUHADAK ISHAK
26 April 2011. Bestari Jaya

Monday, April 25, 2011

Ibn Battutah : Pengembara Yang Jujur

Latar Belakang Ibn Battutah:
  • Nama Sebenar : Abu Abdillah Muhammad Ibn Abdillah Ibn Muhammad Ibn Ibrahim al-Lawati al-Tanji
  • Kabilah : Barber dari golongan Muslim Sunni
  • Tempat Asal : Tangier, Maghribi
  • Tarikh Lahir: 24 Februari 1304 / Rejab 704 Hijrah
  • Meninggal dunia : 779 Hijrah / 1372 Masihi

Ringkasan Mengenai Ibn Battutah:

Beliau merupakan seorang cendekiawan, ulama' Mazhab Maliki dan pernah berkhidmat sebagai Qadi. Ibn Battutah terkenal sebagai penjelajah dan pengembara serta menulis mengenai pengembaraannya selama hampir 30 tahun. Beliau adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya merentasi benua Afrika dan Asia serta menghasilkan karya penting dunia Islam yang meliputi daerah Barat Afrika hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China.

Beliau juga diberi gelaran sebagai Syamsuddin di negeri-negeri timur. Tokoh orientalis, Dozy menggelar beliau sebagai 'Pengembara Yang Jujur'.

Ibn Battutah meninggalkan Tangier pada hari Khamis, 14 Jun 1325 Masihi ketika usianya 21 tahun untuk menunaikan haji di Makkah yang mengambil masa selama 1 ½ tahun.

Pengembaraan beliau mengambil masa 38 tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer yang merangkumi 44 negara di benua Afrika dan Asia. Sepanjang perjalanan, beliau turut mengunjungi kota besar di Parsi dan Iraq, menemui para sarjana, gabenor dan seorang raja Monggol.

Selama beliau mengembara, Ibn Battutah telah bertemu dengan pelbagai jenis dan ragam raja-raja dari pelbagai negara. Dan selama mengelilingi dunia, Ibn Battutah menyimpulkan bahawa hanya ada 7 raja yang memiliki kelebihan luar biasa, iaitu:

  1. Raja Iraq : berbudi bahasa
  2. Raja Hindustani : sangat peramah
  3. Raja Yaman : berakhlak mulia
  4. Raja Turki :gagah perkasa
  5. Raja Rom : sangat pemaaf
  6. Raja Turkistan :bersifat tolak ansur
  7. Raja Melayu Malik Al-Zahir (Sumatra) : berilmu pengetahuan luas dan mendalam

Ibn Battutah merupakan orang pertama yang menjelajah bumi Afrika dan memberikan maklumat yang amat bernilai tentang negara-negara tersebut.Bagi tempat tertentu seperti Sudan,Asia Kecil,dan Matabar, Kitab Rihlah merupakan catatan saksi sepasang mata bagi peristiwa dan sosio ekonomi ketika itu.

Hari ini,sarjana Sejarah menganggap Kitab Rihlah sebagai sumber maklumat yang cukup berharga khursusnya mengenai ketamadunan dalam dunia Islam pada kurun ke-14.

Sumbangan yang tidak ternilai kepada seluruh masyarakat dunia ialah catatan perjalanan dan pengembaraan beliau. Ibn Battutah akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulama’ dan segala peristiwa yang ditempuhinya. Turut diceritakan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim.

Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu Battutah yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas dan disembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika. Namun begitu, beliau berjaya juga menerbitkan sebuah karya yang lengkap setelah menceritakan semula pengalamannya kepada Muhammad b. Juzay al- Kalbi atau lebih dikenali sebagai Ibn Juzayy (Penulis Dar Ifta’), iaitu seorang penulis Sultan. Ibn Juzayy mengambil masa selama 3 bulan untuk menyelesaikan tugasnya pada 9 Disember 1355M.

Karya ini berperanan penting kerana maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya telah dipetik dalam ratusan karya pengkajian sejarah yang meliputi bukan hanya sejarah dunia Islam tetapi juga sejarah Cina dan Empayar Bynzantin. Di samping itu, Rihlah Ibn Batutah juga satu-satunya sumber maklumat langsung mengenai budaya, adat resam, serta keadaan masyarakat di beberapa kawasan dunia. Dalam konteks sejarah Asia Tenggara pula, karya tersebut merupakan satu-satunya karya pengembaraan Arab yang terbukti kesahihannya.

Para Orientalis dan masyarakat Islam umumnya menganggapnya sebagai The Prince Of Muslim Travellers. Beliau selalu dibandingkan dan disamakan dengan pengembara terkenal Marco Polo yang dikatakan mempunyai pengalaman pengembaraan selama lebih kurang 30 tahun.

[Untuk mengetahui cerita penuh pengembaraan tokoh yang hebat ini, kita telusuri pengalaman beliau dalam Kitab Rihlah Ibn Battutah. Jadi, sertailah Grup Ibn Battutah! (",)]


Ditulis oleh Wan Ritini Wan Ismail

Sunday, April 17, 2011

Pompeii: Mengulang Sejarah Kaum Luth

Alqur'an mengisahkan kepada kita bahwa tidak ada perubahan dalam hukum Allah (sunnatullah):


“Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah; sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan, niscaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari salah satu umat-umat (yang lain). Tatkala datang kepada mereka pemberi peringatan, maka kedatangannya itu tidak menambah mereka kecuali jauhnya mereka dari (kebenaran), karena kesombongan (mereka) di muka bumi dan karena rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu” (QS. Al-Faathir, 35:42-43).

Begitulah, “…sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah…”.
Siapapun yang menentang hukum Allah dan berusaha melawan-Nya akan terkena sunatullah yang sama. Pompeii, yang merupakan simbol dari degradasi akhlaq yang dialami kekaisaran Romawi, adalah pusat perzinaan dan homoseks. Nasib Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.

Gunung Vesuvius adalah simbol negara Italia, khususnya kota Naples. Gunung yang telah membisu sejak dua ribu tahun yang lalu itu juga dinamai “The Mountain of Warning” (Gunung Peringatan). Tentunya pemberian nama ini bukanlah tanpa sebab. Adzab yang menimpa penduduk Sodom dan Gommorah, yakni kaum Nabi Luth as, sangatlah mirip dengan bencana yang menghancurkan kota Pompeii.

Di sebelah kanan gunung Vesuvius terletak kota Naples, sedangkan kota Pompeii berada di sebelah timur gunung tersebut. Lava dan debu dari letusan maha dasyat gunung tersebut yang terjadi dua milenia yang lalu membumihanguskan penduduk kota. Malapetaka itu terjadi dalam waktu yang sangat mendadak sehingga menimpa segala sesuatu yang ada di kota termasuk segala aktifitas sehari-hari yang tengah berlangsung. Aktifitas yang dilakukan penduduk dan segala peninggalan yang ada ketika bencana terjadi kini masih tertinggal persis sama seperti ketika bencana tersebut terjadi dua ribu tahun yang lalu, seolah-olah waktu tidak bergeser dari tempatnya.

Pemusnahan Pompeii dari muka bumi oleh bencana yang demikian dasyat ini tentunya bukan tanpa maksud. Catatan sejarah menunjukkan bahwa kota tersebut ternyata merupakan pusat kemaksiatan dan kemungkaran. Kota tersebut dipenuhi oleh meningkatnya jumlah lokasi perzinahan atau prostitusi. Saking banyaknya hingga jumlah rumah-rumah pelacuran tidak diketahui. Organ-organ kemaluan pria dengan ukurannya yang asli digantung di pintu tempat-tempat pelacuran tersebut. Menurut tradisi ini, yang berakar pada kepercayaan Mithraic, organ-organ seksual dan hubungan seksual sepatutnya tidaklah tabu dan dilakukan di tempat tersembunyi; akan tetapi hendaknya dipertontonkan secara terbuka.

Lava gunung Vesuvius menghapuskan keseluruhan kota tersebut dari peta bumi dalam waktu sekejap. Yang paling menarik dari peristiwa ini adalah tak seorang pun mampu meloloskan diri dari keganasan letusan Vesuvius. Hampir bisa dipastikan bahwa para penduduk yang ada di kota tersebut tidak mengetahui terjadinya bencana yang sangat sekejap tersebut, wajah mereka terlihat berseri-seri. Jasad dari satu keluarga yang sedang asyik menyantap makanan terawetkan pada detik tersebut. Banyak sekali pasangan-pasangan yang tubuhnya terawetkan berada pada posisi sedang melakukan persetubuhan. Yang paling mengagetkan adalah terdapat sejumlah pasangan yang berkelamin sama, dengan kata lain mereka melakukan hubungan seks sesama jenis (homoseks). Ada pula pasangan-pasangan pria dan wanita yang masih ABG. Hasil penggalian fosil juga menemukan sejumlah mayat yang terawetkan dengan raut muka yang masih utuh. Secara umum, raut-raut muka mereka menunjukkan ekspresi keterkejutan, seolah bencana yang terjadi datang secara tiba-tiba dalam sekejab.

Dalam konteks ini, terdapat aspek dari bencana tersebut yang sangat sulit untuk dimengerti. Bagaimana bisa terjadi ribuan manusia tertimpa maut tanpa melihat dan mendengar sesuatu apapun?

Aspek ini menunjukkan bahwa penghancuran Pompeii mirip dengan peristiwa-peristiwa adzab yang dikisahkan dalam Alqur'an, sebab Alqur'an secara khusus mengisyaratkan “pemusnahan secara tiba-tiba” ketika mengisahkan peristiwa yang demikian ini. Misalnya, “penduduk suatu negeri” sebagaimana disebut dalam surat Yaasiin ayat 13 musnah bersama-sama secara keseluruhan dalam waktu sekejap. Keadaan ini diceritakan sebagaimana berikut:

“Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.” (QS. Yaasiin, 36:29)

Di surat Al-Qamar ayat 31, pemusnahan dalam waktu yang singkat kembali disebut ketika kehancuran kaum Tsamud dikisahkan:

“Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras mengguntur, maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang.”

Kematian masal penduduk kota Pompeii terjadi dalam waktu yang sangat singkat persis sebagaimana adzab yang dikisahkan dalam kedua ayat di atas.

Kendatipun semua peringatan ini, tidak banyak yang berubah di wilayah di mana Pompeii dulunya pernah ada. Distrik-distrik Naples tempat segala kemaksiatan tersebar luas tidaklah jauh berbeda dengan distrik-distrik bejat di Pompeii. Pulau Capri adalah tempat di mana para kaum homoseksual dan nudis (orang-orang yang hidup telanjang tanpa busana) tinggal. Pulau Capri diiklankan sebagai “surga kaum homoseks” di industri wisata. Tidak hanya di pulau Capri dan di Italia, bahkan hampir di seantero dunia, kerusakan moral tengah terjadi dan sayangnya mereka tetap saja tidak mau mengambil pelajaran dari pengalaman pahit yang dialami kaum-kaum terdahulu.

Sumber : Harun Yahya

Friday, April 15, 2011

Tokoh Penakluk Mongol

Pada hari ini saya nak berkongsi mengenai seorang tokoh berpengaruh di Mongolia iaitu Genghis Khan. Beliau lahir pada tahun 1162 dan anak kepada seorang Ketua Suku Kaum Kecil yang terdapat di Mongolia yang diberi nama oleh Ayahnya iaitu Temujin. Pada usia remajanya beliau telah diajar oleh ayahnya mengenai ilmu peperangan seperti memanah, berpedang dan teknik-teknik menunggang kuda.

Suku-suku orang Mongol telah lama terkenal sebagai penunggang-penunggang kuda yang mahir dan pahlawan-pahlawan yang tidak erti menyerah kalah. Sepanjang sejarah orang Mongol mereka tidak pernah berhenti memerangi utara China. Sebelum Temujin muncul telah berlaku perang saudara sesame sendiri demi kekuatan suku masing-masing. Setelah Temujin muncul beliau telah menggabungkan sikap keberanian, diplomasi, kekerasan dan ingin membentuk sebuah Empayar besar. Beliau telah Berjaya menyatukan suku-suku orang Mongol dibawah pimpinan Temujin. Dari saat itu, Temujin telah merancang untuk memperluaskan tanah jajahan sehingga ke Asia Tengah dan Rusia. Temujin kembali ke Mongolia dan meninggal disana pada tahun 1227.

Temujin telah melantik anak ketiga sebelum nafas terakhir sebagai pengantinya dalam usaha memperluaskan tanah jajahan Mongolia. Kejayaan yang paling besar semasa memperluaskan tanah jajahan adalah semasa pemerintahan cucu-cucunya iaitu Hulagu Khan. Beliau telah memusnahkan Kerajaan Islam Abbasiyyah yang berpusat di Baghdad sehingga hampir menakluk Kota Mekkah. Namun banyak berlaku pemberontakan yang berlaku keatas tanah jajahan yang ingin membebaskan diri dari cengkaman Orang-orang Mongol dan akhirnya Empayar Mongol yang besar sehingga Asia Barat, Asia Timur, Sebahagian Russia dan Utara Asia Tenggara telah menjadi kecil yang terbentuk Negara Mongolia sekarang.

Kesan keatas penaklukan ini Orang Mongol memeluk Agama Islam iaitu Hulagu Khan. Sistem Khalifah Kerajaan Abbasiyyah musnah sehingga ada yang berpendapat banyak buku-buku telah dibuang ke laut Hitam sekarang ini untuk memyeberangi ke Negara sebelah Eropah. Orang Mongol telah menakluk secara besar-besaran keatas Negara yang mereka takluk sehingga mereka cepat belajar budaya luar seperti Memeluk Agama Islam.

Ditulis oleh Raden Muhammad Izzat


Wednesday, April 13, 2011

SUKAGUAM beri khidmat nasihat guaman percuma

Kuala Lumpur, 13 April 2011 - Penubuhan Program Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM) mampu membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan guaman secara percuma.

Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, penubuhan SUKAGUAM sekaligus dapat memberi pendedahan dan maklumat kepada masyarakat mengenai hal berkaitan perundangan yang tidak diketahui oleh mereka.

Memperoleh sokongan daripada Pengerusi Rangkaian Restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, Khairul Anwar berkata, penubuhan SUKAGUAM juga adalah sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dan juga saranan Majlis Peguam Malaysia di dalam menganjurkan khidmat masyarakat kepada umum.

"Seperti yang dimaklumakan oleh Majlis Peguam Malaysia, yuran guaman yang sebelum ini serendah RM2,000 akan naik sehingga RM10,000 disebabkan oleh sistem baru yang diperkenalkan oleh mahkamah di samping tempoh perbicaraan yang singkat.

"Situasi ini membimbangkan kerana akan ada sesetengah pihak yang akan berasa tidak terjamin kerana tidak dapat menegakkan keadilan di mahkamah kerana tidak mampu mengupah peguam," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Khairul Anwar berkata, melalui program ini, mereka akan menawarkan kepada masyarakat khidmat nasihat dan rundingan berkaitan dengan permasalahan seperti undang-undang keluarga (perkahwinan, perceraian, nafkah, wasiat dan harta pusaka), dan undang-undang berkaitan sivil dan jenayah.

Melalui program ini juga katanya, peguam-peguam terlibat dapat menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat.

"Khidmat nasihat dan rundingan yang diberikan akan berunsurkan kepada panduan tepat bagaimana dan di mana mereka boleh mendapatkan kembali hak mereka atau menyelesaikan masalah mereka.

"Malah daripada sesi itu kita akan cuba membantu mendapatkan khidmat guaman ke mahkamah dengan bayaran minimum jika mereka ingin membawa kes itu ke mahkamah," ujarnya.

Sementara itu, Jawhar Ali berkata, buat permulaan program ini akan diadakan dua kali sebulan iaitu pada setiap Jumaat minggu kedua dan ketiga di Restoran Ali Maju, Sri Rampai, Setapak, di sini.

Program yang akan bermula lusa ini pada pukul 3 hingga 6 petang turut akan disertai tujuh peguam berpengalaman membantu dan memberi khidmat nasihat guaman kepada orang ramai yang datang ke restoran itu.

"Buat masa ini kita akan bermula di restoran di Setapak dan beberapa lagi cawangan di Lembah Klang. Jika mendapat sambutan yang menggalakkan kita akan meneruskan program ini ke seluruh negara.

"Malah kita akan menyediakan makan dan minuman secara percuma kepada pelanggan yang singgah ke kaunter SUKAGUAM," katanya.

Jemputan : Dialog Peradaban Islam & Barat

Semua dijemput hadir. Jika berminat sila hubungi Amy di talian010.269.3310 untuk pengesahan dan pengurusan pengangkutan.

Monday, April 11, 2011

Isu Nama Allah: Persoalan Aqidah Bukan Perebutan Nama

Oleh: Khalif Muammar [Penulis adalah Felo Penyelidik ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu), UKM.]

Isu Herald Tribune telah mengundang reaksi pelbagai pihak sejak awal tahun ini. Setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan nama Allah oleh surat khabar tersebut, Dewan Ulama Pas (Harakah, 1 Januari 2008) menyatakan Islam tidak melarang penganut agama lain menggunakan kalimat Allah bagi Tuhan mereka. Sebagai reaksi saya juga telah membahas isu ini dalam artikel yang diterbitkan dalam laman web khairaummah. com pada 20 Januari 2008 dengan harapan ia dapat membantu umat Islam di negara ini memahami persoalan yang sebenar.

Namun isu ini ternyata menjadi hangat kembali apabila Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin, menulis dalam Mingguan Malaysia pada 27 April 2008 bahawa Umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Qur'an pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah. Mufti juga menegaskan bahawa yang menjadi permasalahan adalah bukan nama Tuhan tetapi kesyirikan penganutnya. Saya terpanggil untuk memberi tanggapan kerana hal ini akan mengundang kekeliruan jika tidak diperjelaskan dengan tuntas.

Yang paling penting kita perlu jelas bahawa nama Allah telah menjadi nama khas bagi Tuhan umat Islam. Perlu dibezakan antara kalimat Allah dari sudut bahasa yang telah wujud sejak zaman Jahiliyyah dengan kalimat Allah yang telah diIslamkan setelah menjadi istilah atau nama khas. Jika kita perhatikan kalimat tawhid: la ilaha illa Allah. Ia tidak bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan, tetapi tiada tuhan melainkan Allah. Kerana jika ia bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan maka tidak ada maknanya seseorang mengucapkan kalimat tawhid itu. Oleh kerana itu sarjana-sarjana Islam tidak bersetuju untuk menggantikan Allah dengan God dalam bahasa Inggeris.

Pengislaman nama Allah ini juga jelas apabila kita lihat surah al-Ikhlas, antara surah terpenting dalam al-Qur'an, yang menjelaskan siapakah Allah dan apakah sifat-sifatnya: "Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"."(al-Ikhlas: 1-4). Berdasarkan Surah dia atas, sebagai orang Islam kita mesti yakin bahawa yang bernama Allah adalah yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Dalam erti kata lain kita tidak mengakui bahawa yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut juga adalah Allah.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Asri memang masyarakat Jahiliyyah menggunakan nama Allah, tetapi nama Allah di situ digunakan dari sudut bahasa sahaja dan sebelum perkataan itu diIslamisasikan. Ia kemudian menjadi nama khusus yang merujuk kepada sifat-sifat di atas. Kata-kata solat, contohnya, dari segi bahasa adalah doa dan telah digunakan oleh orang Arab sejak pra-Islam lagi, ia kemudian menjadi istilah yang merujuk khusus kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu kita tidak boleh mengatakan orang Katolik juga melakukan solat hanya kerana mereka berdoa di gereja.

Umat Islam perlu melihat apa yang berlaku di sebalik persoalan nama Allah ini. Jika kita lihat dengan teliti isu ini dengan isu-isu yang sebelumnya kita akan dapat melihat hubungannya. Contohnya isu pluralisme agama yang giat dipromosikan oleh orang bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri iaitu Islam Liberal. Para pendukung pluralisme agama ini berusaha untuk mendangkalkan makna-makna atau kata kunci dalam agama. Mereka mengatakan bahawa Tuhan dalam agama manapun pada peringkat tertinggi (transcendental) adalah sama. Bagi umat Islam, konsep Tuhan kita jauh berbeza dengan konsep Tuhan dalam agama mana pun.

Pendukung pluralisme agama juga menekankan wujudnya persamaan antara agama-agama dan perbezaan perlu diketepikan untuk kebaikan bersama. Padahal bagi kita perbezaan fundamental antara Islam dengan agama lain walaupun sedikit adalah sangat penting dan tidak boleh dipinggirkan. Sebahagian orang bukan Islam bahkan mengaku telah Islam tanpa perlu masuk Islam. Kerana mereka merasa telah 'berserah diri' kepada Tuhan. Di sini mereka merujuk perkataan Islam dari sudut bahasa ialah berserah diri. Jika Allah hanya bermakna Tuhan maka kini mereka akan mendakwa bahawa mereka juga telah beriman kepada Allah. Padahal mereka hanya percaya pada Tuhan.

Contohnya lagi kita tidak boleh menggunakan kata 'liberal' untuk makna terbuka kerana ia memberi konotasi yang dalam. Kita pun tidak akan mengatakan bahawa mereka telah memonopoli perkataan liberal. Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah sarjana Islam yang paling tegas dalam hal pemberian nama atau istilah ini. Bagi beliau banyak kekeliruan berpunca daripada penamaan. Contohnya pelajaran berbeza dengan pendidikan dan ta'dib. Istilah moden dan klasik dalam pembahagian sejarah bagi beliau tidak relevan dengan sejarah Islam dan lain-lain lagi.

Sebenarnya tidak ada nas sorih dan qat'i dalam persoalan ini. Nas dan dalil yang dikemukakan oleh Dr. Asri hanya menunjukkan bahawa masyarakat Jahiliyyah telah menggunakan kalimat Allah untuk merujuk kepada Tuhan mereka. Kita perlu melihat ayat-ayat dan hadis-hadis seumpamanya dalam konteks penggunaannya dari sudut bahasa. Dari sudut bahasa Allah bermakna Tuhan. Ayat-ayat tersebut turun ketika Islam mula diperkenalkan sebagai proses berdialog dengan kaum musyrikin. Setelah konsep-konsep penting dalam Islam jelas dan worldview Islam terbentuk maka di sini proses Islamisasi berlaku baik terhadap bahasa, budaya dan pemikiran masyarakat Arab.

Oleh kerana itu dengan mendangkalkan makna Allah maka kita telah menafikan proses Islamisasi tersebut dan kembali seolah-olah Islam belum bertapak. Memang kita boleh membuat kesimpulan tidak menjadi masalah orang bukan Islam menggunakan nama Allah kerana hal tersebut "tampak" secara literalnya wujud dalam al-Qur'an. Namun, dalam berijtihad seseorang ilmuwan tidak boleh hanya bersandarkan kepada makna literal teks atau nas tetapi perlu juga melihat kepada maqasid dan falsafah yang mendasarinya sebagaimana telah ditegaskan oleh al-Shatibi.

Persoalan nama Allah tidak boleh dilihat dari sudut fiqh sahaja khususnya kerana ia menyangkut aqidah. Ia mesti melibatkan kepakaran dalam bidang falsafah Islam, dan lebih spesifik metafizik Islam dan epistemologi Islam. Dalam perbualan peribadi dengan seorang tokoh pemikiran Islam, Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau memberitahu dan menyambung hujah Prof S.M.N al-Attas bahawa al-Qur'an telah merubah dan memperbaiki kekeliruan dan kerusakan yang telah terjadi kepada hakikat-hakikat penting yang berkisar di sekitar ketuhanan, kemanusiaan dan kejadian.

Dalam hal ini yang terjadi ialah proses Islamisasi terutama tentang hakikat ketuhanan yang merupakan tiang seri agama Islam. Menurut beliau lagi sekarang ini yang kelihatan sedang berlaku ialah proses deislamisasi dengan membawa makna-makna yang asing dan berlawanan dengan aqidah dan pandangan alam Islam, samada aliran-aliran sekular atau dari agama-agama lain. Prof Wan Mohd Nor juga berkata setiap istilah dalam semua bahasa mempunyai batas-batas makna yang sah yang mencerminkan pandangan alam tertentu, dan yang membezakan sesuatu istilah itu dengan yang lain.

Persamaan yang banyak pun masih memerlukan istilah atau nama yang berbeza jika terdapat hanya satu perbezaan yang penting. Sebab itulah semua bahasa-bahasa yang tinggi mempunyai kamus. Keldai, kuda, baghal banyak persamaan tetapi terdapat perbezaan; dua manusia kembar siam juga diberi nama yang berbeza. Orang bukan Islam boleh mempekayakan kamus peristilahan Bahasa Melayu dengan menggunakan nama lain bagi Tuhan mereka. Dalam konteks Kristian, mereka boleh gunakan Tuhan, Dewata, Deus, Theos, atau God. Selama ini gereja, kuil, sami, paderi, uskup dan lain telah memperkayakan Bahasa Melayu dan tidak menimbulkan kekeliruan dan kemarahan masyarakat yang beragama lain.

Di sini jelaslah bahawa seseorang yang bercakap tentang persoalan aqidah mesti faham kaitannya dengan worldview, tasawur dan pemikiran Islam. Dalam hal ini, aqidah tidak hanya bermakna kepercayaan dan keimanan dalam ertikata yang sempit seperti biasa difahami oleh masyarakat umum, namun ia adalah satu set keyakinan yang dapat memberi kesan kepada cara berfikir (worldview) dan cara hidup (way of life) seseorang Muslim.

Kita juga perlu berfikir mengapa kaum Katolik ingin menggunakan nama Allah? Kita tidak boleh tertipu dengan hujah persamaan nama yang bagi sesetengah orang hanya bersifat luaran. Kita tahu pada hakikatnya nama Tuhan mereka bukan Allah. Nama Allah mungkin relevan bagi penganut Kristian di negeri-negeri Arab tetapi tidak di selain negeri Arab. Oleh itu jelas terdapat agenda yang tersembunyi yang tidak boleh luput dari perhatian umat Islam. Isu ini juga dibangkitkan dengan memanfaatkan toleransi dan dialog antara agama yang semakin mendesak ketika ini.

indakan membiarkan pihak Kristian menggunakan kalimat Allah bukan satu toleransi tetapi satu penggadaian hak dan kedaulatan. Ia adalah satu kerugian yang besar dan kelemahan yang nyata apabila umat Islam membiarkan penganut agama lain mendangkalkan konsep dan istilah penting dalam Islam. Perkataan Allah, solat, tawhid, rasul, bahkan istilah Islam itu sendiri membawa makna yang tersendiri setelah diislamisasikan. Kalimat-kalimat ini telah menjadi bahagian penting daripada pandangan sarwa Islam (Islamic worldview). Jika ia dikaburkan maka sudah tentu akan memberi kesan kepada pemikiran dan aqidah umat Islam. Sesiapa pun yang ingin memahami persoalan ini perlu sedar bahawa beberapa istilah keagamaan tertentu telah menjadi 'milik' umat Islam.

Sebarang tindakan meng-'import'nya boleh dianggap sebagai penyalahgunaan dan pencabulan terhadap agama Islam. Istilah-istilah keagamaan mesti dihormati, dari agama manapun ia datang, oleh penganut agama lain. Toleransi mungkin berlaku jika wujud penghormatan terhadap agama lain. Nama dan istilah tertentu seperti Pope, Paderi (priest), Sami (Monk) dalam agama-agama tertentu tidak boleh digunakan sewenang-wenang oleh penganut agama lain. Ini bukan sahaja kerana ia telah sinonim dengan agama penggunanya tetapi juga kerana kalimat ini telah diwarnai atau mengandungi pandangan sarwa penggunanya.

Oleh itu tindakan Kementerian Dalam Negeri pada 31 Disember 2007 melarang penggunaan nama Allah dalam surat khabar Herald adalah tindakan tepat dan positif yang bermakna bagi umat Islam. Ia perlu disokong dan orang-orang agama tidak sepatutnya mengeruhkan lagi keadaan. Umat Islam mesti mempertahankan nama Allah untuk tidak digunakan oleh orang bukan Islam selagi termampu. Masyarakat Islam di negeri-negeri Arab tidak mempunyai kemampuan untuk mempertahankan hal ini kerana ia berlaku secara halus dan di luar kawalan mereka.

Kebelakangan ini tampaknya ketidaksepakatan orang Islam dalam hal ini telah membuka ruang kepada Herald Tribune untuk menggugat keputusan Kementerian tersebut.Maka dapat disimpulkan bahawa jika dilihat dari sudut falsafah dan pemikiran, dan bukan hanya dari sudut fiqh, kita akan melihat bahawa nama memberikan seribu makna. Jauhnya perbezaan antara Allah dengan Tuhan ibarat langit dengan bumi. Jelaslah isu ini bukan isu perebutan nama tetapi isu yang menyangkut jantung aqidah.

Ia juga berkaitrapat dengan pendangkalan makna Allah untuk menjustifikasikan pluralisme agama. Kita tidak boleh membiarkan pendangkalan makna tersebut berlaku tanpa penolakan umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab semua ilmuwan Islam untuk menentang segala usaha mendangkalkan makna dalam Islam

Sunday, April 10, 2011

Jejak Samudera Seorang Laksamana

Matahari merah merekah di ufuk Timur, tampak seolah-olah basah menyembul daripada kedalaman lautan. Pagi itu, awal Julai 1405, barisan kapal layar raksasa mula meninggalkan Pelabuhan Nanking, China Selatan. Laksamana Cheng Ho berseragam militer kekaisaran China berdiri gagah di atas geladak kapal pusaka yang bernama ‘Bao Chuan’. Inilah kapal terbesar pada masa itu. Panjangnya 138 meter dan lebarnya 56 meter dengan daya angkut seberat 2, 5000 tan. Cheng Ho, laksamana yang berperawakan tinggi besar itu masih berusia 34 tahun. Dengan suara lantang, beliau memerintahkan para kelasinya mulai mengangkat sauh. Satu persatu armada yang terdiri daripada 62 buah kapal itu mengembangkan layar lalu bergerak ke samudera terbuka.

Kapal pusaka berlayar di barisan hadapan diapit oleh belasan kapal tempur yang mengangkut lela, meriam dan perajurit. Kemudian disusuli oleh kapal pengangkut barang dan penumpang. Inilah pelayaran perdana ke Samudera Barat yang dipimpin oleh Cheng Ho. Armada raksasa ini melibatkan 27, 800 orang sebahagian besarnya beragama Islam. Anggota armada ini bukan sahaja terdiri daripada para perajurit, kelasi, ahli teknik dan perbintangan tetapi juga mengandungi ahli bahasa yang bertindak sebagai perterjemah, juru tulis dan tabib.

Cheng Ho lahir pada 1371 di sebuah desa di daerah Kunyang, provinsi Yunan, bahagian Barat Daya China. Nama asalnya ialah Ma San Bao yang di dalam dialek Fujian disebut San Po. Beliau merupakan anak ketiga daripada enam bersaudara. Ayahnya bernama Ma Ha berketurunan etnik Hui yang beragama Islam dan telah menunaikan ibadah haji. Sejak kecil, Ma San Bao sering mendengar cerita tentang perjalanan haji ayah dan datuknya dengan menggunakan kapal laut. Cerita-cerita inilah yang kemudiannya telah membangkitkan keinginan Ma San Bao untuk menjadi pelaut.

Nukilan sajak oleh kaisar Cheng Teh (1449-1457M) mengenai agama Islam;

“Tinggi! Tinggi agama (Islam) itu

Selagi lain-lain agama penuh tahyul

Sedikit saja kenal jagat raya, ahli sufi

Budha itu manusia biasa

Tetapi dipuja oleh satu daerah.

Kita, manusia-manusia biasa

Kepada siapakah harus menempatkan iman

Cuma kepada pencipta seluruh alam.”

Petikan dari buku;

LAKSAMANA HAJI MUHAMMAD CHENG HO

ANN WAN SENG


Disediakan oleh Arina Abd

Saturday, April 9, 2011

Ketika Aisyah R.A di Fitnah


Hadis Saidatina Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:

Apabila Rasulullah s.a.w ingin musafir, baginda biasanya mengadakan undian di

kalangan isteri-isterinya. Sesiapa yang bernasib baik dialah yang akan keluar

bersama Rasulullah s.a.w. Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w membuat

undian di kalangan kami untuk memilih siapakah yang akan turut serta ke medan

perang. Tanpa diduga undi akulah yang berjaya. Lalu aku keluar bersama

Rasulullah s.a.w.

Peristiwa ini berlaku selepas turunnya ayat hijab. Aku dibawa dalam Haudaj

(sebuah bilik kecil untuk perempuan yang diletakkan di atas unta). Bilik inilah

aku ditempatkan selama berada di sana. Setelah Rasulullah s.a.w selesai

berperang, kami terus pulang. Kami berhenti rehat buat seketika di suatu tempat

yang berhampiran dengan Madinah. Sebaik sahaja tiba waktu malam kami diminta

supaya meneruskan perjalanan.

Pada waktu yang sama aku bangkit dan berjalan jauh dari pasukan tentera.

Apabila selesai membuang air besar aku kembali ke tempat kelengkapan

perjalanan. Ketika aku menyentuh dadaku mencari kalung, ternyata kalungku yang

diperbuat dari manik Zafar (berasal dari Zafar, Yaman) hilang. Aku kembali lagi

ke tempat tadi mencari kalungku sehingga aku ditinggalkan dalam keadaan

tersebut. Sementara itu beberapa orang lelaki yang ditugaskan membawaku

mengangkat Haudaj ke atas unta yang aku tunggangi kemudian terus pulang. Pada

sangkaan mereka aku berada di dalamnya.

Saidatina Aisyah berkata: Wanita pada waktu itu semuanya ringan-ringan, tidak

terlalu tinggi dan tidak pula terlalu gemuk kerana mereka hanya memakan sedikit

makanan menyebabkan para sahabat tidak terasa berat ketika membawa serta

mengangkat Haudaj. Apatah lagi aku pada waktu itu seorang gadis. Mereka

membangkitkan unta dan terus berjalan.

Sebaik sahaja mereka bertolak aku bertemu kalung yang kehilangan tadi. Aku

pergi ke tempat perhentian mereka semasa berperang, namun tidak seorang pun

yang ada di sana. Lalu aku kembali ke tempat perhentianku dengan harapan mereka

sedar kehilanganku dan kembali mencariku. Ketika berada di tempatku, aku terasa

mengantuk dan terus tertidur.

Kebetulan Safuan bin Al-Muattal As-Sulami Az-Zakwani telah ditinggalkan oleh

pasukan tentera supaya berangkat pada awal malam sehinggalah dia sampai ke

tempatku pada pagi tersebut. Dalam kesamaran dia terlihat seorang manusia

sedang tidur. Dia menghampiriku dan didapati aku yang tidur di situ. Dia

mengenaliku kerana pernah melihat aku sebelum hijab diwajibkan kepadaku.

Aku tersedar oleh ucapannya [Inalillahi wa inalilahirajiun] ketika dia

mengetahui bahawa aku tidur di situ. Aku segera menutup wajahku dengan kain

tudung. Demi Allah! Dia tidak bercakap dengan aku dan aku juga tidak mendengar

kata-katanya walaupun sepatah selain ucapannya [Inalillahi wa inalilahirajiun]

sehinggalah dia meminta aku menunggang untanya. Tanpa membuang masa aku terima

pelawaannya dan terus naik dengan berpijak di tangannya, lalu beredar dalam

keadaan dia menarik unta sehinggalah kami berjaya mendapatkan pasukan tentera

yang sedang berhenti rehat kerana panas terik.

Celakalah penuduhku dan orang yang tetap dengan keangkuhannya iaitu Abdullah

bin Ubai bin Salul.

Setelah sampai di Madinah, aku jatuh sakit di Madinah selama sebulan setelah ku

kembali. Sementara itu orang ramai sedang menyebarkan fitnah daripada pereka

cerita bohong tetapi aku sendiri tidak mengetahuinya. Aku mula resah setelah

Rasulullah s.a.w kelihatan berubah malah aku tidak lagi merasakan kelembutan

Rasulullah s.a.w yang biasanya aku rasakan ketika aku sakit.

Rasulullah s.a.w cuma masuk mengucapkan salam kemudian bertanya: Bagaimana

keadaanmu? Suasana ini menyebabkan aku semakin gelisah kerana bagiku, aku tidak

melakukan keburukan. Setelah penyakitku beransur sembuh, aku keluar bersama

Ummu Mistah ke tempat buang air besar. Ianya adalah tempat yang biasa kami

kunjungi untuk membuang air besar dan kami hanya keluar pada waktu malam.

Keadaan ini berterusan sehinggalah kami membina tandas berhampiran dengan rumah

kami. Kamilah orang arab yang pertama membina tandas untuk bersuci. Akhirnya

kami merasa terganggu dengan tandas tersebut yang di bina berhampiran dengan

rumah kami.

Suatu hari aku keluar bersama Ummu Mistah binti Abu Ruhmi bin Al-Muttalib bin

Abdul Manaf. Ibunya adalah puteri Sakhrin bin Amir ibu saudara Abu Bakar

As-Siddiq r.a, anaknya bernama Mistah bin Usaasah bin Abbad bin Al-Muttalib.

Setelah kami selesai buang air besar aku berjumpa dengan anak perempuan Abu

Ruhmi berhampiran rumahku. Tiba-tiba Ummu Mistah terpijak pakaiannya lalu

melatah sambil berkata: Celaka Mistah!

Aku berkata kepadanya: Apakah engkau mencela seorang lelaki yang syahid dalam

peperangan Badar.

Dia menjawab: Wahai Saidatina Aisyah: Tidakkah engkau mendengar apa yang dia

katakan?

Aku menjawab: Tidak, apakah yang dia katakan?

Lantas Ummu Mistah menceritakan kepada aku tuduhan pembuat cerita bohong.

Mendengar cerita itu, sakitku bertambah kuat. Setelah sampai di rumah

Rasulullah s.a.w masuk menjengukku. Baginda mengucapkan salam kemudian

bertanya: Bagaimana keadaanmu?

Aku menjawab: Apakah engkau izinkan aku berjumpa dua orang tuaku?

Pada saat itu aku ingin kepastian tentang berita tersebut dari dua orang tuaku.

Selepas mendapat keizinan daripada Rasulullah s.a.w, aku segera pulang ke rumah

orang tuaku. Sebaik sahaja sampai di sana, aku bertanya ibuku: Mak, apakah

cerita yang disebarkan oleh orang ramai mengenai diriku?

Ibuku menjawab: Wahai anakku! Tabahkanlah hatimu! Demi Allah berapa orang

sahaja wanita cantik berada di samping suami yang menyayanginya dan mempunyai

beberapa orang madu tidak difitnahkan, bahkan ramai yang dilontarkan fitnah

terhadapnya.

Aku berkata: Maha suci Allah s.w.t! Apakah sampai begitu sekali orang ramai

memfitnah ku?

Aku terus menangis pada malam tersebut dan tidak lagi mampu menahan air mata.

Aku tidak dapat tidur sehingga pada pagi keesokannya, aku masih lagi dalam

keadaan demikian.

Setelah beberapa ketika Rasulullah s.a.w memanggil Ali bin Abi Talib dan Usamah

bin Zaid untuk membincangkan perceraian dengan isterinya. Ketika itu wahyu

tidak diturunkan. Usamah bin Zaid memberi pertimbangan kepada Rasulullah s.a.w

tentang penjagaan Allah terhadap isteri baginda dan kemesraan Nabi terhadap

mereka sambil berkata: Wahai Rasulullah! Mereka adalah keluargamu. Kami cuma

mengetahui apa yang baik.

Manakala Ali bin Abi Talib pula berkata: Allah tidak menyulitkan kamu malah

wanita selain daripadanya masih ramai. Jika engkau bertanyakan pembantu rumah

pun, tentu dia akan memberikan keterangan yang betul.

Saidatina Aisyah berkata: Lantas Rasulullah s.a.w memanggil Barirah (pembantu

rumah) dan bertanya: Wahai Barirah! Apakah engkau pernah melihat sesuatu yang

meragukan tentang Aisyah?

Barirah menjawab: Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran. Sekiranya aku

melihat sesuatu padanya, nescaya aku tidak akan menyembunyikannya. Dia tidak

lebih dari seorang gadis muda yang sering tertidur di samping adunan roti

keluarganya sehinggalah binatang ternakan seperti ayam dan burung datang

memakannya.

Saidatina Aisyah berkata: Kemudian Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar

meminta pertolongan untuk membersihkan segala fitnah yang dilontarkan oleh

Abdullah bin Ubai bin Salul.

Saidatina Aisyah berkata lagi: Rasulullah s.a.w bersabda semasa berkhutbah:

Wahai kaum Muslimin! Siapakah yang ingin menolongku dari orang yang sanggup

melukai hati keluargaku? Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan.

Beberapa orang telah menyebut tentang seorang lelaki yang aku ketahui bahawa

dia seorang yang baik. Dia tidak pernah masuk berjumpa isteriku kecuali

bersamaku.

Lalu Saad bin Muaz Al-Ansariy bangun berkata: Aku yang akan menolongmu daripada

orang itu wahai Rasulullah. Jika dia daripada golongan Aus aku akan memenggal

lehernya dan sekiranya dia dari kalangan saudara kami daripada golongan

Khazraj, perintahkanlah aku nescaya aku akan melaksanakan segala perintahmu

itu.

Saidatina Aisyah berkata: Mendengar kata-kata tersebut lantas Saad bin Ubadah

bangun. Dia adalah penghulu golongan Khazraj, seorang yang soleh tetapi

kadang-kadang dia cepat radang kerana bongkak. Dia menjawab kepada Saad bin

Muaz: Engkau bohong! Demi Allah engkau tidak dapat membunuhnya dan tidak mampu

untuk membunuhnya!

Lalu Usaid bin Hudair sepupu Saad bin Muaz bangun menjawab kepada Saad bin

Ubadah: Engkau bohong! Demi Allah, kami akan membunuhnya. Engkau seorang

munafik yang membela orang-orang munafik.

Maka terjadilah pertengkaran hebat antara golongan Aus dan Khazraj, sehingga

mereka hampir membunuh antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w masih tetap

berdiri di atas mimbar. Rasulullah s.a.w tidak henti-henti menenangkan mereka

sehinggalah mereka terdiam kerana melihat Rasulullah s.a.w diam.

Saidatina Aisyah berkata: Melihat keadaan itu aku menangis sepanjang hari. Air

mataku tidak berhenti mengalir dan aku tidak dapat tidur sehinggalah pada malam

berikutnya. Dua ibu bapaku menganggap tangisanku itu boleh membawa kepada

terbelahnya jantungku.

Ketika ibu bapaku menunggu aku, seorang perempuan Ansar datang meminta izin

menemuiku. Setelah aku mengizinkannya, dia terus masuk lalu duduk sambil

menangis.

Saidatina Aisyah berkata: Ketika itu Rasulullah s.a.w masuk memberi salam, lalu

duduk bersama aku. Saidatina Aisyah berkata: Baginda tidak pernah berbuat

demikian sejak berlakunya fitnah terhadapku sebulan yang lalu. Wahyu juga tidak

diturunkan kepada baginda mengenai keadaanku.

Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w mengucapkan Dua Kalimah Syahadah

ketika duduk kemudian bersabda: Wahai Aisyah! Aku ketahui berbagai cerita telah

diperkatakan tentang dirimu. Jika engkau memang tidak bersalah, Allah pasti

tidak akan menyalahkan kamu. Tetapi seandainya engkau bersalah, pohonlah

keampunan daripada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya kerana sesungguhnya

apabila seorang hamba mengaku berdosa, kemudian bertaubat nescaya Allah pasti

akan menerima taubatnya.

Saidatina Aisyah berkata: Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w selesai bersabda, aku

bertambah sedih sehingga tidak terasa air mataku menitis. Aku berkata kepada

ayahku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w mengenai apa yang baginda katakan.

Ayahku menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada

Rasulullah s.a.w.

Kemudian aku berkata kepada ibuku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w.

Ibuku juga menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus dijelaskan

kepada Rasulullah s.a.w.

Lalu aku berkata: Aku adalah seorang gadis muda. Aku tidak banyak membaca

Al-Quran. Demi Allah! Aku tahu bahawa kalian telah mendengar semuanya itu

sehingga tetap bersemadi di hati kalian, malah kalian mempercayainya. Jika aku

katakan kepada kalian bahawa aku tidak bersalah, Allahlah yang mengetahui

bahawa aku tidak bersalah, tetapi kalian tetap tidak mempercayaiku. Begitu juga

sekiranya aku mengakui melakukan kesalahan, Allahlah yang mengetahui bahawa aku

tidak bersalah dan kalian tentu akan mempercayaiku. Demi Allah, aku tidak

mempunyai contoh yang tepat untuk aku dan kalian kecuali kata-kata yang disebut

oleh ayah Nabi Yusuf a.s: ÝóÕóÈúÑñ Ìóãöíáñ æóÇááøóåõ ÇáúãõÓúÊóÚóÇäõ Úóáóì ãóÇ

ÊóÕöÝõæäó (Yang bermaksud: Kalau begitu bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya

dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan

itu).

Saidatina Aisyah berkata: Kemudian aku beredar lalu berbaring di tempat

tidurku. Saidatina Aisyah berkata: Demi Allah! Pada saat itu aku yakin diriku

tidak bersalah dan Allah akan menunjukkan bahawa aku tidak bersalah. Tetapi

Demi Allah! Aku tidak menyangka bahawa wahyu akan diturunkan tentang

permasalahanku kerana persoalanku adalah terlalu remeh untuk difirmankan oleh

Allah s.w.t.

Namun begitu aku mengharapkan agar Rasulullah s.a.w melihat dalam mimpinya

bahawa Allah s.w.t membersihkan aku dari fitnah itu. Saidatina Aisyah berkata:

Demi Allah! Rasulullah s.a.w tidak beredar dari tempat duduk baginda dan tidak

ada seorangpun di kalangan keluarga kami keluar. Apabila Allah s.w.t menurunkan

wahyu kepada Nabi-Nya, baginda kelihatan berubah. Baginda duduk membongkok

sambil berpeluh bagaikan mutiara pada musim sejuk kerana beratnya menerima

firman Allah s.w.t yang diturunkan kepada baginda.

Saidatina Aisyah berkata: Setelah itu Rasulullah s.a.w terus ketawa. Ucapan

pertama baginda selepas menerima wahyu tersebut ialah sabdanya: Bergembiralah,

wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah s.w.t telah membersihkan kamu! Lalu ibuku

berkata kepadaku: Bangunlah berjumpa Rasulullah s.a.w.

Aku menjawab: Demi Allah! Aku tidak akan bangun berjumpa baginda. Aku hanya

akan memuji kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang menurunkan ayat Al-Quran

menyatakan kebersihanku. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat Åöäøó ÇáøóÐöíäó

ÌóÇÁõæÇ ÈöÇáúÅöÝúßö ÚõÕúÈóÉñ ãöäúßõãú (Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang

yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu)

sebanyak sepuluh ayat. Allah s.w.t menurunkan ayat-ayat tersebut yang

menyatakan kebersihanku.

Saidatina Aisyah berkata: Lalu Sayidina Abu Bakar orang yang selalu memberi

nafkah kepada Mistah kerana dia adalah salah seorang daripada kaum keluarga Abu

Bakar dan seorang miskin berkata: Demi Allah! Aku tidak akan memberikan nafkah

kepadanya lagi selepas dia memfitnahkan Saidatina Aisyah r.a.

Sebagai teguran terhadap tindakan itu Allah s.w.t menurunkan ayat æóáóÇ

íóÃúÊóáö ÃõæáõæÇ ÇáúÝóÖúáö ãöäúßõãú æóÇáÓøóÚóÉö Ãóäú íõÄúÊõæÇ Ãõæáöí ÇáúÞõÑúÈóì

sehingga ayat ÃóáóÇ ÊõÍöÈøõæäó Ãóäú íóÛúÝöÑó Çááøóåõ áóßõãú (Yang bermaksud:

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya di antara kamu

bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum keluarga sehinggalah

kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud: Tidakkah kamu suka supaya Allah

mengampunkan dosa kamu).

Hibban bin Musa berkata: Abdullah bin Al-Mubarak menyebut: Inilah ayat yang

paling aku harapkan dalam Kitab Allah.

Abu Bakar berkata: Demi Allah! Memang aku inginkan keampunan Allah s.w.t. Lalu

Abu Bakar kembali memberikan nafkah kepada Mistah sebagaimana biasa dan

berkata: Aku tidak akan berhenti memberi nafkah kepadanya.

Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w pernah bertanya Zainab binti Jahsyin

isteri Nabi s.a.w tentang masalahku: Apakah yang engkau ketahui atau apakah

pendapatmu?

Zainab menjawab: Wahai Rasulullah! Aku selalu menjaga pendengaran dan

penglihatanku. Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan.

Saidatina Aisyah berkata: Dialah dari kalangan isteri-isteri Nabi s.a.w yang

membanggakan aku.

Allah s.w.t mengurniakan kepadanya sifat warak berbanding dengan saudara

perempuannya iaitu Hamnah binti Jahsyin yang turut serta menyebarkan fitnah.

Maka celakalah dia bersama orang-orang yang celaka!

(Riwayat Muslim)

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Teladani apa sikap kita bila mendengar fitnah.

Mufti Selangor : Hentikan Fitnah,Dalang Sebar Video Lucah Rendah Moral

Shah Alam, 7 April 2011 - Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid berkata liputan ‘video lucah’ yang memenuhi ruang media arus perdana mutakhir ini sebagai mencerminkan betapa moral orang Islam yang mendalangi laporan-laporan itu semakin rendah dan perkara ini tidak patut dibiarkan berterusan.

Menurut Tamyes, liputan sebegitu membuktikan perbuatan fitnah memfitnah dalam politik semakin menular dan menjadi lumrah dalam kehidupan negara ini dan perkara sedemikian perlu hentikan dengan segera.

Tamyes menyifatkan dalang yang menyebarkan fitnah mengenai video lucah itu sebagai orang yang “moralnya terlalu rendah” dan tidak tahu membezakan fitnah ataupun fakta sebenar.

“Benda yang dikutuk oleh Allah dimain-mainkan. Sebab apa? Orang yang membuat tuduhan tanpa bukti yang kukuh boleh dihukum qazaf. Sekarang ini benda fitnah sudah jadi lumrah,” kata beliau.

Sejak kelmarin, rakaman video seks yang didalangi oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazryl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Mereka menyebarkan fitnah kononnya pelaku dalam rakaman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis manakala Angkatan Muda Keadilan membuat laporan qazaf terhadap tiga “Datuk T” itu.

Klip di Youtube disunting daripada rakaman asal 21 minit yang dipertontonkan kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu.

Menurut Tamyes, mereka yang membuat pertuduhan seharusnya membuktikan dakwaan mereka dan bukan sebaliknya.

“Kalau ada bukti yang jelas, lainlah. Ini hanya video,dan video tak boleh dijadikan bukti sebenarnya. Dalam hukum fiqah, bukti (yang harus dibawa) si penuduh adalah Saksi. Benda mati tak boleh jadi saksi. Kemudian orang yang dituduh boleh bersumpah . Ini orang yang menuduh bersumpah, orang yang didakwa (pula) kena cari bukti. Ini dah terbalik,” ulas Tamyes lagi.

Tamyes turut membidas media yang memainkan isu berkenaan bagi kepentingan pihak tertentu dan keuntungan sementara walaupun ia salah dari segi moral dan agama.

“Kita jangan mewar-warkan benda bukan-bukan. Ini boleh menyebabkan ketidakadilan. Perlakuan fitnah haruslah dielakkan,” tegas beliau.

Tamyes berkata media massa tidak harus berfikir untuk melariskan perniagaan semata-mata tetapi harus arif dalam hukum-hakam Islam supaya dosa fitnah tidak terpalit kepada mereka.

“Sebab kita yang mewar-warkan juga dapat ’saham’ dosa,” kata beliau.

Sumber : Selangorkini

Thursday, April 7, 2011

Sikap ummat apabila mendengar fitnah

Surah An Nuur, 24

11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.

12. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohon itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata."

13. Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Olah karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang- orang yang dusta.

14. Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa azab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu.

15. (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.

16. Dan mengapa kamu tidak berkata, diwaktu mendengar berita bohong itu: "Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini, Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar."

17. Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman.

18. dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

19. Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui.

20. Dan sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua, dan Allah Maha Penyantun dan Maha Penyayang, (niscaya kamu akan ditimpa azab yang besar).

Beramal dengan Surah Al Kahfi

Kitab Muntakhab Ahadith susunan Hadzrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi) iaitu:

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)


Tuesday, April 5, 2011

Surat untuk sahabat yang inginkan syurga

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga dalam lindungan rahmat Allah hendaknya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw serta keluarga baginda.

Surat sahaya kali ini ringkas buat sahabat semua. Hanya ada satu dialog untuk dikongsikan. Dialognya begini :

Pak Tua : Adakah anak ingin masuk syurga?

Anak Muda : Nak.

Pak Tua : Kenapa kamu ingin masuk syurga?

Anak Muda : Aku ingin bahagia. Syurgakan tempat kembali sebaik-baiknya.

Pak Tua : Bila kau ingin masuk syurga?

Anak Muda : Secepatnya.

Pak Tua : Kau sudah sedia masuk syurga?

Anak Muda : Insya Allah.

Pak Tua : Adalah anak ingin mati?

Anak Muda : Tak nak.

Pak Tua : Kenapa kamu tidak ingin mati anak muda?

Anak Muda : Belum masanya lagi. Aku belum sedia.

Pak Tua : Wahai anak muda. Kau tahu prasyarat masuk syurga?

Anak Muda : Tak pasti.

Pak Tua : Prasyarat untuk masuk syurga adalah mati. Jika kau tidak bersedia, maka kau juga tidak sedia masuk syurga.

Anak Muda : Matilah aku!

Sahaya juga seperti anak muda tersebut kerana pertama sahaya masih muda. Kedua, memang belum sedia untuk mati kerana amalan (pekerjaan) kebajikan sahaya masih kurang. Ketiga, dakwah yang sahaya lakukan masih tidak bersungguh-sungguh.

Kadang-kadang sahaya malu untuk menyeru orang kepada kebaikan. Kadang-kadang sahaya takut untuk mengajak orang kepada kebenaran. Keempat, tarbiyyah (pendidikan/adabi) sahaya masih kurang dipelajari, ditekuni dan dilaksanakan.

\Tapi sahaya ingin mulakan kembali amalan kebajikan, dakwah tarbiyyah untuk diri, keluarga dan masyarakat dengan ikhlas. Sekiranya sahaya mati, harap Allah terima dengan rahmat-Nya apa yang telah sahaya lakukan. Sahaya doakan juga sahabat-sahabat. Moga sahabat-sahabat juga doakan sahaya.


Yang benar,

IZWAN SUHADAK ISHAK

Sahaya Hamba ALLah

1 Jamadil Awwal 1432H/ 5 April 2011

Bestari Jaya

Related Posts with Thumbnails