
"Filem ini dipilih kerana kandungan dan mesejnya sangat terkesan kepada ahli GPTD. Terutama semasa persiapan XPDC HAMKA. Di Maninjau kami semua tinggal bersama santri di Pesantren Prof Dr Hamka yang ketika itu baru dilanda gempa dan tanah runtuh. Mereka mempertahankan sekolah mereka walaupun ada segelintir pelajar yang berhenti.", kata Muhammad Izzat selaku Presiden dan aktivis yang turut serta dalam ekspedisi tersebut.
Sdr Helmy memberi ulasan kritis tentang babak pertandingan pengetahuan am kombinasi Lintang, Mahar dan Ikal adalah tidak mengikut naskhah sebenar. Sepatutnya Saharalah yang memainan watak Mahar. Peserta yang hadir patut menonton filem Sang Pemimpi agar dapat memahami sebuah perjalanan riwayat hidup separa benar penulis Andrea Hirata. "Sang Pemimpi ada sambungan daripada kisah Laskar Pelangi. Novel-novel Andrea juga wajar di baca", kata sdr Helmy atau nama samaran dalam Facebook, Sang Pemimpi. Turut hadir adalah Sdr Huzaifah, Syed Putra, Siti Nur Dalila, Siti Fatimah daripada GPTD bagi memeriahkan lagi acara.
-Unit Media
No comments:
Post a Comment