Sunday, August 1, 2010

Info Merdeka : Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Upacara menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani di antara Raja-Raja dengan wakil Baginda Queen, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillivray di King's House, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957. Seramai 15 orang penandatangan utama, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, lapan orang Raja-Raja Melayu, Tengku Mahkota Johor dan lima orang Pembesar yang berkuasa dari Negeri Sembilan (selain daripada Yang Dipertuan Besar). Perjanjian ditandatangani dengan menggunakan pena yang khas bertulis Federation of Malaya Agreement 1957 dalam 40 salinan (20 salinan Bahasa Melayu dan 20 salinan Bahasa Inggeris)

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails