GPTD=grup_pengkaji_tamadun_dunia | AIS=aktivisme+intelektualisme+spiritualisme | 3M=menjejak.meneladani.memimpin
Tuesday, November 8, 2011
Pemandu langgar kanak-kanak China didakwa
Saturday, October 29, 2011
Manila serang MILF
Monday, May 16, 2011
Kuan Yew, Goh bersara dari kabinet Singapura
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua pemimpin itu berkata: "Kami telah pun mengkaji situasi politik terbaru dan memikirkan bagaimana ia boleh menjejaskan masa depan."Kami telah pun memberi sumbangan kepada pembangunan Singapura. Masanya sudah tiba bagi generasi muda untuk membawa Singapura maju ke hadapan dalam situasi yang lebih sukar dan rumit.
"Perdana Menteri dan pasukan pemimpin muda beliau perlu mempunyai rekod kerja tanpa apa-apa kesilapan masa silam. Generasi lebih muda, selain mempunyai kerajaan bebas rasuah dan meritokratik serta menikmati taraf hidup yang tinggi, juga ingin lebih melibatkan diri dalam keputusan yang memberi kesan terhadap mereka," kata kedua-dua pemimpin itu.
Selepas berakhirnya pilihan raya umum yang menjadi titik perubahan, kedua-dua pemimpin berkata: "Kami membuat keputusan untuk berundur daripada Kabinet dan menyerahkan kepada kumpulan menteri muda sepenuhnya untuk mendekati dan melibatkan diri dengan kalangan generasi muda dalam membentuk masa depan Singapura kita.
"Namun pasukan muda harus sentiasa mengingati kepentingan generasi lebih tua. Generasi yang telah memberi sumbangan kepada Singapura mesti dijaga dengan baik," kata mereka.
Sumber : Malaysiakini
Ulasan Penasihat
Pemimpin pelapis harus bersiap siaga untuk memimpin gerakan. Pemimpin senior harus beri kepercayaan dengan bimbingan minumum. Kombinasi baru dan lama juga adalah penting bagi memacu kemandirian organisasi. Sebagaimana pesan Buya Hamka yang bermaksud "Kerapkali orang tua menyesali pemuda dan menuduhnya terburu-buru dan kurang fikir. Kerapkali orang muda menuduh orang tua lembab, lembab bertindak dan terlalu banyak berifkir. Alangkah sibuknya dunia kalau pimpinan hanya di tangan yang muda-muda. Dan dunia akan membosankan kerana lembab geraknya kalau pemimpin hanya yang tua-tua. Gabungan di antara gelora semangat yang muda dengan renung-fikiran yang tua itulah yang menimbulkan keseimbangan di dalam perjalanan hidup." Maka renung-renunglah dengan mendalam agar gandingan ini akan bermanfaat hendaknya.
Friday, August 20, 2010
Wanita Islam saman Disneyland
Los Angeles, 19 Ogos 2010 - Utusan Online melaporkan, seorang wanita Islam memfailkan saman ke atas Disneyland yang didakwa melakukan diskriminasi kerana tidak membenarkannya melayan pelanggan kerana memakai tudung.Jurucakap kesatuan sekerja UNITE HERE Local 11, Leigh Shelton berkata, Imane Boudlal, 26, beberapa bulan lalu meminta kebenaran majikan di Grand Californian Hotel milik Disneyland untuk memakai tudung semasa bertugas sebagai pelayan.
Jelasnya, disebabkan tiada jawapan diterima, Boudlal memutuskan untuk memakai saja pakaian menutup aurat itu sejak bermulanya Ramadan baru-baru ini.
"Disney memberitahu Boudlal sekiranya dia mahu bekerja sebagai pelayan, hijab tidak boleh dipakai kerana tidak mematuhi cara berpakaian 'Disney Look'.
"Syarikat kemudian menasihatkan Boudlal enggan membuka tudung, dia boleh bekerja di bahagian belakang yang tidak dilihat orang ataupun pulang saja ke rumah," kata Shelton dalam satu kenyataan.
Boudlal tidak mahu menuruti syarat tersebut dan membawa kes itu ke Suruhanjaya Kesamaan Peluang AS, agensi persekutuan yang mengendalikan dakwaan diskriminasi di tempat kerja.
"Tawaran mereka meletakkan saya di bahagian belakang adalah memalukan. Mereka seolah mengatakan oleh kerana saya Arab dari Maghribi dan beragama Islam, mereka tidak mahu melihat saya berada di depan," kata Boudlal dalam satu kenyataan.
Timbalan Pengarah Eksekutifnya, Ameena Mirza Qazi yang juga peguam kumpulan itu berkata, tiada alasan untuk Disney tidak membenarkan Boudlal memakai tudung di tempat kerja. - AFP
Tujuh maut serangan bom di Xinjiang
Polis menahan seorang suspek etnik Uighur di tempat kejadian di bandar Aksu, barat daya Xinjiang pada pagi ini, kata seorang jurucakap kerajaan Xinjiang, Hou Hanmin.
"Suspek dan kebanyakan mangsa adalah etnik Uighur. Dia memandu sebuah kenderaan roda tiga mengangkut bahan letupan ke arah orang ramai di satu persimpangan jalan di pinggir Aksu," katanya.
Aksu terletak dekat sempadan dengan Kyrgyzstan dan kira-kira 650 kilometer dari ibu kota wilayah, Urumqi.
Xinjiang sejak beberapa tahun lalu menjadi medan konflik etnik, termasuk rusuhan yang tercetus pada Julai tahun lepas apabila ketegangan sekian lama antara penduduk Islam etnik Uighur dengan kaum Han membawa kepada keganasan terbuka di Urumqi.
Sejumlah 197 orang dilaporkan terbunuh, beratus-ratus lagi ditangkap, kira-kira 24 orang yang kebanyakannya etnik Uighur dikenakan hukuman mati manakala nasib ramai lagi anggota etnik itu tidak diketahui dan dipercayai berada dalam tahanan.
Pada sidang media hari ini sebelum letupan itu dilaporkan, Gabenor Xinjiang, Nur Bekri berkata, kerajaan sedang giat memerangi puak pemisah di wilayah ini.
"Saya percaya kita menghadapi perjuangan yang lama, getir dan sangat rumit. Gerakan pemisah di Xinjiang mempunyai sejarah yang sangat lama, ia berlaku pada masa lalu, masih berlaku sekarang dan akan berterusan pada masa depan," kata Nur Bekri.
Beliau menganggap rusuhan yang berlaku pada 5 Julai 2009 bukanlah konflik etnik atau isu agama.
"Insiden ganas itu berpunca daripada 'tiga kuasa'," katanya dengan merujuk kepada istilah yang digunakan oleh pegawai China untuk memberi maksud keganasan, fahaman pelampau agama dan gerakan pemisah. - AP



