Friday, June 29, 2012

Bedah Buku : Hadis Satu Penilaian Semula

Dengan rasa rendah hati, Gptd Unisel ingin menjemput saudara dan saudari ke Diskusi Bedah Buku Hadis Satu Penilaian Semula karya Kassim Ahmad yang sangat kontroversi. Usaha ini adalah untuk mengkritik dan menjawab persoalan dan isu yang ada dalam buku ini. Semoga ada manfaat.

Terinspirasi daripada Surah An Nahl 16:125, "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"

Tuesday, June 26, 2012

Peluncuran dan Wacana Buku Islam dan Melayu


Gptd Unisel
AMPANG, 25 Jun 2012 – Sebuah peluncuran buku telah diadakan di Hotel De Palma Ampang. Buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat, karya Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah. Majlis bermula sekitar 7.00 malam dengan pendaftaran para tetamu yang hadir. Majlis diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah. Majlis pelancaran buku bermula sekitar jam 9.00 malam setelah para jemputan khas tiba di lokasi. Sebelum majlis diteruskan, majlis dibuka dengan Ummul Kitab, al-Fatihah. 

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Datuk Idris Jauzi. Majlis diambil alih oleh Pengerusi Majlis, Saudara Mohd Shazni untuk mempersilakan Saudara Mohd Zaib untuk membacakan Surah Al-Alaq (Iqra). Selesai surah dibacakan, maka terlancarlah buku karya Dr. Siddiq Fadzil. Seterusnya, ucapan pengantar dan sedikit ulasan oleh Dr. Siddiq berkenaan karyanya. Beliau tidak pernah menyangka bahawa bukunya mendapat perhatian umum. Beliau mahu Melayu bangkit dan Melayu hanya akan maju dengan Islam. Dr. Siddiq menegaskan ‘berani bersikap dan berani berkata tidak’. 

PhotoAcara diteruskan dengan deklamasi sajak oleh Rozan Azen Mat Rasip dan wakil Pkpim Saudara Shahril. Majlis diambil alih oleh Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman sebagai moderator bagi memulakan diskusi buku. Panelis 1 ialah Prof. Mohd Nor Nawawi dan Dato’ Kamarudin Jaffar sebagai Panelis 2. Prof. Mohd Nor Nawawi membangkitkan beberapa persoalan kepada para pembaca berkenaan buku ini. Hal ini demikian, beliau mahu para pembaca memahami dan mengetahui mengapa buku Dr Siddiq perlu menjadi bahan bacaan utama. Panelis Dato’ Kamarudin bersetuju dengan Panel 1 dan menyatakan bahawa buku ini perlu menjadi bacaan wajib buat generasi muda agar mereka memahami kaitan antara Islam dan Melayu. 

Sekitar jam 10.30 malam, ucapan pidato khas oleh Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil tempat. Beliau berpidato mewacanakan buku Islam dan Melayu. Beliau menegaskan kepentingan wasatiyyah, yang merangkumi keamanan, keadilan dan amanah pemerintah untuk rakyat. Majlis berakhir ssekitar jam 11.00 malam dan ditutupi dengan tasbih Kafarah dan suratul ‘Asr.

Nota : Buku ini harus menjadi bacaan wajib, andai mahu mengetahui kenapa hanya dengan Islam baharu Melayu maju. Sesungguhnya anda dalam kerugian jika tidak membaca buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat, karya Dr Siddiq Fadzil

unit media GPTDunisel

Monday, June 18, 2012

Amanat Sempena Israk Mikraj

Apakah itu Isra’ Mi’raj? Ianya ialah peristiwa dimana diperjalankannya Rasulullah saw. oleh Allah swt di suatu malam bulan Rejab pada tahun ke-11 dari kenabiannya, dari Masjid al Haram di Mekah ke Masjid al Aqsha di Palestin dengan mengenderai Buraq, kemudian naik ke langit yang ke tujuh hingga ke Sidratu al Muntaha, untuk diperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Allah.

 “Tatkala Sidratul Muntaha ditutupi oleh bermacam hal yang melingkupinya, tetapi pandangannya (Rasulullah saw.) tidak sampai menyimpang dan tidak pula melampauinya(Sidratul Muntaha). Sesungguhnya dia (Rasulullah saw.) telah melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah Yang Maha Agung” (Q.S Al Najm: 16-18) “Sesungguhnya dia (Muhammad saw.) benar-benar telah melihatnya (jibril) untuk yang kedua kalinya (dalam bentuk aslinya) di dekat Sidratul Muntaha. Di dekatnya terdapat Jannatul Ma’wa” (Q.S Al Najm: 13-15)

 Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam) Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah.

Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin. Adakah perubahan kiblat dari Baitul Maqdis di Palestin ke Baitul Haram, Mekah merupakan perancangan Allah untuk umat Islam lebih memahami konteks Israk Miraj ini? Renungkan umat Islam.

Saya juga menyeru untuk umat Islam lebih bersedia untuk menghadapi yang mana beberapa hari lagi kita akan masuk ke dalam bulan Rasulullah s.a.w iaitu bulan Syaaban. Sudahkah banyak amalan sunat sudah kita lakukan semasa bulan Rejab ini. Saya mengajak umat Islam dan diri saya untuk memperbanyakkan lagi amalan-amalan untuk persediaan Ramadan.

*Penulis merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Psikologi Industri di Universiti Selangor. Sedang menjalani latihan industri di INTEC,Seksyen 17 Shah Alam. Untuk sebarang perkara yang berurusan persatuan sila berhubung terus dengan Setiausaha Agong GPTD , saudari Ummah.

NOR HAFIZ BIN RAZALI
Presien GPTD UNISEL

Friday, June 15, 2012

Bedah Buku "Islam & Melayu"

Dengan rasa rendah hati, Gptd Unisel menjemput saudara-saudari ke Diskusi Bedah Buku pada 18 Jun 2012, Isnin | 9.00 - 10.00 mlm bertempat di Surau, Fsktm, Unisel.  Penyertaan terbuka dan percuma kepada semua. Buku yang akan dibedah pada kali ini adalah 
ISLAM DAN MELAYU | Martabat Umat dan Daulat Rakyat

Maklumat lanjut sila hubungi 013.391.7122 Shakilah 

Wednesday, June 13, 2012

Bedah Buku: Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu


Karya Syed Muhammad Naguib Al-Attas (1972)
Dipersembahkan sebagai syarahan Pengukuhan pelantikan jawatan Professor Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur, yang diucapkan pada 24 Januari 1972 di Auditorium  UKM, Kuala Lumpur.

Bab 1
Syed Naguib memulakan syarahan dengan menyebut, Voltaire menyatakan bahwa fakta Sejarah yang bersifat runchitan; yang bermaksud fakta Sejarah yang bersifat mikro tidak perlu dititik beratkan. Hal ini demikian, Syed Naguib menyatakan apabila fakta yang bersifat runchitan diberati, mungkin tiada insan yang mahu mentafsir Sejarah. 

Bab 2
Syed Naguib membuka Sejarah Peradaban Eropah oleh Henri Pirenne.
prosese Sejarah yang memulakan penjelmaan semangat Adab Pertenghan di Eropah bukanlah sebab kedatangan Kaum Biadap, sukubangsa Jerman yang menceroboh dan menakluk Imperaturia Roma. Setalah menakluk Roma, mereka membahagikan Roma kepada beberapa bahagian.Dalam pada itu, Kaum Biadap terpaksa mengakui keindahan dan keistimewaan budaya Romawi sehingga mereka mengamalkan budaya Romawi dan meninggalkan budaya asal mereka, budaya Jerman.
Walaupun Kaum Biadap berjaya menumbangkan pemerintahan Imperaturia Roma dan membahagikan Roma kepada beberapa bahagian, namun mereka gagal memutuskan perpaduan yang terjalin antara Dunia Barat dan Dunia Timur. Walaupun berlaku pelbagai pergolakan apabila negara meraka ditakluk, namun rakyat masih bersatu hati dengan perpaduan yang tejalin.
Golongan Gereja Kristian masih berdiri teguh untuk memperkukuh dan meneruskan pengaruh Romawi. Golongan ini berjaya memaksa Kaum Biadap untuk akui agama Kristian. 
Di Timur Tengah, Tanah Arab, agama Islam tiba dan tersebar luas keseluruh pelusuk dunia. Berikutan tersebarnya agama Islam, perpaduan antara Dunia Barat dan Dunia Timur  terpisah. Maka semangat Adab Pertenghan bermula apabila Islam tersebar yang mengakibatkan Dunia Barat dan Dunia Timur terpisah.

Bab 3 
Bagi memulakan syarahannya, Syed Naguib mensyarahkan berkenaan kedatangan agama Hindu dan Buddha yang tiba lebih awal berbanding agama Islam. Agama Hindu hanya dianuti oleh golongan raja, golongan bangsawan dan golongan pendita. Manakala, rakyat seperti tidak mengambil peduli akan agam Hindu yang dianuti. Hal ini demikian, masyarakat Melayu masih mengamalkan ritual yang terlebih dahulu wujud sebelum kedatangan Agama Hindu. Namun begitu, hanya kesusasteraan yang diminati oleh masyarakat. Kesusasteraan Hindu ini bersifat mitos, sejarah, hikayat, dan cerita-cerita dongeng yang tiada bersangkut paut dengan falsafah. Demikian itu, sastera agama Hindu bersifat berat sebelah kerana memberati dongengan semata-mata. 
Agama Buddha tiba, namun ia seketika kerana agama Buddha hanya terkesan pada seni bina, sebagai contoh Candi Borodudur. Dua orang pengembara Tionghua Fa-Hsien (abad ke-5) dan I-Tsing (abad ke-6), mereka pernah singgah dan ziarah di kepulauan Sumatra dan Jawa. Mereka berdua mempunyai pendapat yang sama dengan menyatakan agama Hindu dan Buddha yang dianuti merupakan agam yang karut. I-Tsing turut menyatakan bahasa yang digunakan di Jawa dan Sumatra ialah bahasa asing, bahasa Sanskrit, bukannya bahsa Melayu.
Syarahan diteruskan dengan kedatangan kolonial Barat sekitar abad ke-19.
Kolonial Barat datang dengan membawa 'zaman moden'. Bidang sastera Melayu turut dimodenkan dengan kedatangan Barat. Sastera 'moden' yang dibawa oleh Barat bukanlah sebuah sastera moden seperti yang dinyatakan. Hal ini demikian kerena, sastera yang dibawa Barat berbentuk 'tragedi' yang telah lama menapak dalam bidang sastera Barat, sebagai contoh karya-karya oleh Shakespear.
Syed Naguib menegaskan hanya bentuk prosa itu sahaja yang moden bukan pengisiannya.

Bab 4 & Bab 5
Boleh dirumuskan dalam kedua-dua bab ini ialah Syed Nagiub mahu masyarakat Kepulauan Melayu-Indonesia sedar dan bangkit memperjuangkan sejarah terrsebarnya agama Islam di Asia Tenggara. Hal in demikian kerana, sejarah yang kita pelajari hari ini datangnya dari Kolonial Barat, maka ada sejarah yang mereka tutupi. Syed Naguib mahu masyarakat Kepulauan Melayu-Indonesia tahu dan sedar akan sejarah agama Islam. Janganlah secara membabi buta menghadam sejarah yang kita pelajari hari ini. Sebagai contoh agama Islam tiba di Asia Tenggara melalui 3 buah tempat,yakni India, Tanah Arab dan China. Namun, Syed Naguib menegaskan bahawasanya Islam hanya datang dari Tanah Arab. India dan China hanya laluan perdagangan yang dilalui oleh para pedagang dari Tanah Arab.

Sedarlah sesungguhnya kita dibesarkan dengan sejarah yang ditutupi oleh Kolonial Barat agar kita lupa dan tidak tahu asal usul kita.  Justeru itu, Syed Naguib bangkit memperjuangkan Islam dan Melayu

Wa'lahu-alam... 

Tuesday, June 12, 2012

DG.GPTD - 11 Jun 2012

 

 Diskusi dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan berbuka puasa.
Agenda men-tadabbur-kan surah di dalam Al-Mathura mengambil tempat.
 Surah yang di-tadabbur-kan ialah Surah Al-Falaq.

(1) Katakanlah aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh.
(2) Daripada kejahatan makhlukNya.
(3) Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita.
Tiga ayat pertama bermaksud kita perlu berlindung dengan Allah SWT daripada kejahatan sejak bermulanya waktu Subuh hingga terbenamnya matahari, yakni malam yang gelap-gelita mulai menyusup masuk. 24 jam dalm sehari, 7 hari dalam seminggu (24/7), kita memerlukan perlindungan Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan segala yang terjadi diatas muka bumi ini adalah atas kehendak-Nya. Justeru, kita harur senantiasa memohon perlindungan daripada-Nya agar diri kita sentiasa terpelihara dan jauh dari malpetaka dan marabahaya.

(4) Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul.
(5) Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki.
Dari kedua ayat ini dapat kita fahami ialah sifat manusia, yang mingkin tidak senang dengan kejayaan orang lain hingga melakukan pekerjaan yang terlarang seperti sihir. Manusia apabila menyimpan hasad dengki kepada orang lain, ada kemungkin mereka akan melakukan kejahatan.
Justeru itu, kita perlu memohon perlindungan daripada Allah SWT, sesungguhnya hanya kepada Allah kita meletakkan pergantungan.

Wa'lahu-alam...



Friday, June 8, 2012

Bengkel Penulisan Rencana


Dalam usaha memugar budaya ilmu di kampus Unisel Bestari Jaya. Gptd Unisel mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Penulisan Rencana seperti berikut :

Tarikh : 16 Jun 2012, Sabtu
Tempat : BS3, Fsktm Unisel
Masa : 9.00 pg - 1.00 ptg

Terbuka kepada semua. Yuran hanya rm15.00. Jika ahli GPTD perlu bayar rm10 sahaja. Jamuan dan sijil disertakan. Jika berminat sila DAFTAR segera. SMS dan hantar ke 019.205.3197 atau 013.391.7122. Terhad kepada 20 peserta.

Kursus Asas Fotografi


Gptd Unisel akan menganjurkan Kursus Asas Fotografi pada 23 Jun 2012 (Sabtu), 8.30 pg - 4.30 ptg. Yuran hanya rm20 termasuk makan dan sijil. Jika ahli GPTD perlu daftar rm15 shj. Daftar boleh sms/hubungi 013.391.7122 Miss Nana. Terbuka kepada semua...Outdoor Photoshoot di Sekitar Unisel Kampus Bestari Jaya.
 

Mishkat: Kisah Sebuah Institusi Jiwa Yang Dicerahkan

Mishkat: Kisah Sebuah Institusi Jiwa Yang Dicerahkan: Bismillahirrahmanirrahim. Saya sepatutnya sedang mengulangkaji mengenai 9 tamadun purba dunia sekarang ini; tetapi memandangkan iklim p...

Diskusi Bedah Buku : Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Gptd Unisel dengan rasa rendah hati menjemput warga Universiti Selangor menghadiri Diskusi Bedah Buku yang akan mengulas karya Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Diskusi ini akan berlangsung seperti berikut : Tarikh : 11 Jun 2012, Isnin Tempat : Surau Fsktm, Unisel BJ Masa : 9.00-10.00 mlm Info lanjut sila hubungi Shakilah 013.391.7122

Kenyataan Media : JANGAN PERJUDIKAN MASA DEPAN MAHASISWA UNISEL




Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor adalah tindakan yang tidak matang dengan menggunakkan alasan bahawa kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu.

Nama UNISEL sering dijadikan bahan dalam mendepani isu politik yang berlaku baru-baru ini. Baru-baru ini, timbul pula satu isu apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggantung pinjaman pendidikan kepada pelajar baru UNISEL. Masalah ini mula dikesan apabila pelajar baru sesi April UNSEL tidak dapat memohon pinjaman daripada Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Adakah yang ini dikatakan adil untuk memberikan pendidikan yang sempurna tanpa menggadaikan isu pendidikan. Dalam kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan persekutuan atau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak berhak membekukan pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Selangor (Unisel). Perbadanan tersebut bertanggungjawab untuk menyediakan pinjaman kepada semua pelajar seluruh Negara.

Oleh itu, kami dari Grup Pengkaji Tamadun merasa perkara ini merupakan suatu permainan politik yang jelas tidak memikirkan masa depan anak muda yang suatu masa nanti akan menjadi pewaris masa depan. Justeru memandangkan perkara ini memperjudikan masa depan mahasiswa baru yang memasuki Universiti Selangor, kami daripada barisan kepimpinan mahasiswa merasakan perkara yang jelas kurang bijak dari pembuat dasar.

Kami juga merasa terkilan dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan Negeri Selangor dan pentadbir Universiti Selangor lebih peka dan memahami permasalahan yang berlaku. Ini amat jelas pihak terbabit lambat bertindak dalam usaha meringankan masalah mahasiswa yang menuntut di Universiti Selangor. Keputusan pembekuan ini juga berpunca dari permintaan Pakatan Rakyat itu sendiri yang jelas mahu menwujudkan pendidikan percuma. Kami dari golongan mahasiswa juga menuntut agar keputusan segera untuk menyelesaikan masalah ini dilakukan.

Kami juga mendesak pihak-pihak berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian untuk memelihara kebajikan dan masa depan pelajar di masa depan. Mengambil kesempatan ini, GRUP PENGKAJI TAMADUN DUNIA UNISEL (GPTD UNISEL) juga menyeru agar Kerajaan Negeri Selangor agar mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu ini daripada berlarutan, memandangkan ia menyentuh secara langsung imej UNISEL selaku IPT utama di negeri Selangor di samping menyentuh secara langsung kesinambungan masa depan para pelajar.

Nor Hafiz bin Razali
Presiden GPTD UNISEL


Related Posts with Thumbnails