Showing posts with label Umat Islam. Show all posts
Showing posts with label Umat Islam. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Kembara Alam @Pulau Ketam

Melatih sukarelawan untuk mengenali dan mendekati ALAM. Sukarelawan akan menjalankan Pemetaan Komuniti bagi meninjau permasalahan yang dihadapi oleh penduduk dan sekitarnya. Memberi kesedaran kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar kepada penduduk setempat. Semoga usaha awal ini akan membuka lembaran baru untuk meneroka ALAM yang terindah.

Thursday, July 19, 2012

Promo : Kembara Ramadan @Patani


Kembara Ramadan @Patani adalah misi bersilaturahmi warga Malaysia bersama warga Patani. Semoga dengan usaha murni ini dapat terbina semangat ukhuwah dan kasih sayang sesama umat Muslim nusantara. Jika berminat sila hubungi talian 013.391.7122 atau FB : Ummahatul Hamimah, Hdariyani Kampun, Hawa Mas Azmar Ahmad.

 

Wednesday, July 18, 2012

Menghayati Ramadan dengan lebih meluas


“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..” – Al-Baqarah, ayat 183

Alhamdulillah, sekali lagi tetamu mulia bernama Ramadhan menjenguk ke dalam ruang hidup kita. Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti. Syukur kepada Allah SWT, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.

Ramadhan tidak usah lagi disebut sebagai bulan puasa. Kadang-kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal dari sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa. Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan.

Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah swt. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh warga kampus UNISEL dan umat Islam di seluruh Malaysia. Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.

Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi. Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.

Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari. Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka. Oleh itu saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah swt.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih mesra Qalbu bagi diri kita berbanding dengan Ramadhan yang telah berlalu.


Nor Hafiz Bin Razali
Presiden
Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel

Friday, July 6, 2012

Bedah Buku : Art of Deception

Dengan rasa besar hati, Gptd Unisel menjemput peminat buku dan ilmu ke Diskusi Bedah Buku "Art of Deception" pada 9 Julai 2012, Selasa 9.00-10.00 mlm di Surau Fsktm, Unisel. Maklumat lanjut sila hubungi Shakilah Sanaani Abdullah di talian 013.391.7122.

#Lets join GPTD as a VOLUNTEER~
Sign Up here >> https://t.co/jAankwD

Friday, June 29, 2012

Bedah Buku : Hadis Satu Penilaian Semula

Dengan rasa rendah hati, Gptd Unisel ingin menjemput saudara dan saudari ke Diskusi Bedah Buku Hadis Satu Penilaian Semula karya Kassim Ahmad yang sangat kontroversi. Usaha ini adalah untuk mengkritik dan menjawab persoalan dan isu yang ada dalam buku ini. Semoga ada manfaat.

Terinspirasi daripada Surah An Nahl 16:125, "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"

Friday, June 15, 2012

Bedah Buku "Islam & Melayu"

Dengan rasa rendah hati, Gptd Unisel menjemput saudara-saudari ke Diskusi Bedah Buku pada 18 Jun 2012, Isnin | 9.00 - 10.00 mlm bertempat di Surau, Fsktm, Unisel.  Penyertaan terbuka dan percuma kepada semua. Buku yang akan dibedah pada kali ini adalah 
ISLAM DAN MELAYU | Martabat Umat dan Daulat Rakyat

Maklumat lanjut sila hubungi 013.391.7122 Shakilah 

Friday, June 8, 2012

Diskusi Bedah Buku : Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Gptd Unisel dengan rasa rendah hati menjemput warga Universiti Selangor menghadiri Diskusi Bedah Buku yang akan mengulas karya Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Diskusi ini akan berlangsung seperti berikut : Tarikh : 11 Jun 2012, Isnin Tempat : Surau Fsktm, Unisel BJ Masa : 9.00-10.00 mlm Info lanjut sila hubungi Shakilah 013.391.7122

Thursday, May 3, 2012

Syariah Dapat Sambutan Di Britain

Menurut laporan yang dikemukakan oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC), semakin ramai umat Islam di Britain merujuk kepada system penghakiman syariah untuk menyelesaikan kes-kes terutama sekali yang menyentuh permasalahan rumah tangga. BBC juga memetik sumber badan penyelidik Civitas yang menjangkakan sebanyak 85 Majlis Syariah (Shariah Council) di Britain pada masa hadapan. Meskipun mendapat penentangan di kalangan NGO-NGO hak asasi manusia serta wanita di negara tersebut, namun perkembangan (tuntutan kes diselesaikan menerusi prosedur Syariah) telah mendorong firma-firma guaman di negara tersebut untuk mempertimbang memasukkan perundangan syariah sebagai salah satu cabang perkhidmatan mereka. Sumber rujukan: Perbadanan Penyiaran British (BBC).
Sumber : ABIM

Saturday, August 13, 2011

Azhar Condemns Syria 'Human Tragedy'

CAIRO - The highest seat of learning in the Sunni Muslim world has condemned a bloody crackdown by Syrian President Bashar Al-Assad's forces on anti-regime protestors, describing the situation in the Arab country as a 'human tragedy'.

"The situation in Syria gone beyond all limits," Al-Azhar Grand Imam Dr. Ahmed El-Tayyib said in a statement obtained by OnIslam.net.

"This Arab and Muslim tragedy must be stopped."

Assad has sent tanks and armored vehicles into the eastern city of Deir al-Zor to quell anti-regime protests.

At least 80 people have been reportedly killed in the assault, which is the latest episode of Assad's deadly crackdown on protestors demanding an end to Assad's 11-year rule.

Activists say government troops have killed at least 1,600 civilians in the five-month crackdown on protests in Syria, the bloodiest episode in the wave of revolutions sweeping the Arab world.

The crackdown has sparked world condemnations with several Arab states recalling their ambassadors from Syria.

Kuwait and Bahrain summoned their envoys from Damascus on Monday in protest over the deadly crackdown on anti-regime protestors.

The move came a day after Saudi Arabia recalled its ambassador from Damascus with Saudi king Abdullah condemning the Syrian crackdown.

The Saudi monarch said that Syria's fierce military crackdown had "nothing to do with religion, or values, or ethics."

Qatar, which has sought to lead Arab diplomacy as the unrest spreads, was the first to recall its envoy to Syria in July.

The Arab League, in a rare response to the escalating bloodshed, also called on Syrian authorities to stop acts of violence against protesters.

Tragedy

Tayyib called for putting an end to the ongoing bloodshed in Syria.

"It's not acceptable to keep silent on the tragedy of the Syrian people," the Cairo-based body said.

"Blood was shed, families were split up ... and unarmed people are being fought with live ammunition, iron and fire."

The Sunni Muslim body urged Syrian authorities to respond to the "legitimate demands of the people."

"Blood only fuels the fires of revolutions."

Assad on Monday fired defense minister Ali Habib and replaced him with chief of staff General Daoud Rajha.

The state news agency said Habib was ill. Habib had been added to an EU sanctions list last week for his role in crushing protests.

Syria's military is effectively under the command of Assad's brother Maher. Many officers are from the Assad family's minority Alawite sect."A swift response from Syrian authorities to the demands of the people…will abort any schemes aiming to trigger instability in the Levant," Al-Azhar said.

Reproduced with permission from OnIslam.net

Source : IslamOnline

Wednesday, August 10, 2011

JAIS: Waran Kehadiran Kepada 12 Individu Islam

Petaling Jaya, 9 Ogos 2011 - 12 individu beragama Islam yang hadir pada majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama di sini Rabu lalu akan dikenakan waran kehadiran ekoran kegagalan mereka tampil membantu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan kes berkenaan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, waran tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas pihaknya membuat permohonan daripada Mahkamah Syariah.

“Setakat ini, kita telah serahkan surat dan menelefon mereka supaya hadir dan beri keterangan kepada JAIS.

“Bagaimanapun sehingga kini tidak ada seorang pun daripada 12 individu tersebut hadir. Kami difahamkan mereka telah dinasihatkan oleh peguam masing-masing supaya tidak hadir memberi keterangan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini siasatan terhadap 12 individu Islam yang hadir pada majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama minggu lalu.

Mengulas lanjut, Sharom berkata, pihaknya akan tetap memberikan masa kepada individu terbabit untuk hadir dan beri keterangan sebelum waran kehadiran daripada mahkamah dikeluarkan.

"Sepatutnya mereka hadir untuk beri keterangan bermula hari ini. Namun tidak ada seorang pun hadir ke JAIS," katanya.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam, atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam, atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam.

Mereka boleh disabitkan mengikut seksyen kecil (1) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

Abdul Khalid yang melahirkan kekesalannya berhubung insiden itu menyatakan kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

Beliau turut mengeluarkan arahan melarang mana-mana Exco Kerajaan Negeri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut sehingga siasatan berhubung perkara itu siap dijalankan.


Sumber : Mstar

Umat Islam digesa bantu Somalia

Ankara, 8 Ogos 2011 - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu menggesa umat Islam menghulurkan bantuan kecemasan kepada penduduk Somalia yang dilanda kebuluran akibat kemarau, terutamanya pada bulan Ramadan ini.

Somalia sedang mengalami tragedi kemanusiaan yang besar dan kebanyakan mangsanya adalah kanak-kanak, kata Ihsanoglu, menurut laporan agensi berita Turki, Anadolu.

"Bilangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang maut di Somalia dalam tempoh tiga bulan lalu sudah mencecah 29,000 orang," kata beliau dalam pertemuan dengan anggota Majlis Arab Saudi-Turki dan Konsul Jeneral Turki di Jeddah, Salih Mutlu Sen semasa majlis berbuka puasa, kelmarin.

Somalia kini mengalami kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun, tertumpu di kawasan sempadan dengan Kenya dan Habsyah.

Turut dilanda kemarau ialah Uganda dan Djibouti.

Selain kemarau, berpuluh-puluh ribu penduduk Somalia terpaksa melarikan diri disebabkan krisis kemanusiaan di rantau tersebut.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) buat kali pertama pada abad ini mengisytiharkan krisis kebuluran di Somalia, termasuk di Mogadishu dan di empat wilayah di selatan Somalia, dan memberi amaran masalah kebuluran boleh merebak.

Sebahagian besar daripada selatan Somalia, termasuk kebanyakan kawasan yang diisytiharkan mengalami kebuluran oleh PBB, dikuasai pemberontak Shebab yang terus melarang beberapa agensi bantuan utama daripada beroperasi.

"Somalia yang dilanda kemarau sedang menghadapi krisis kemanusiaan terburuk di dunia hari ini dan krisis bekalan makanan terburuk di Afrika sejak kebuluran di negara itu pada 1991-92," menurut amaran PBB. - Bernama/AFP


Sumber : Utusan

Tuesday, August 9, 2011

MBPJ Tidak Pernah Lulus Bina Gereja Methodist Damansara Utama


Petaling Jaya, 9 Ogos 2011 - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum ini hanya meluluskan pembinaan pusat komuniti bukan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang bangunannya kini tersergam di Seksyen 13 di sini.

Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.

“Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembinaan DUMC dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan daripada MBPJ. Fungsi unit kawalan bangunan MBPJ bertindak mengawal semua jenis pembangunan dalam kawasan majlis tersebut, memproses permohonan kelulusan pelan bangunan baru, mengeluarkan sijil kelayakan menduduki (CF) serta boleh mengambil tindakan kawalan ke atas binaan bangunan yang dibuat tanpa kebenaran.

Rabu lalu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

Siasat gereja, sokongan untuk Jais meningkat

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor, Jais, ke atas sebuah gereja di Damansara minggu lalu semakin mendapat sokongan daripada pertubuhan-pertubuhan Islam, meningkatkan suara sokongan terhadap tindakan itu dalam kalangan masyarakat Muslim.

Terbaharu, Persatuan Ulama Malaysia dalam satu kenyataan menegaskan sokongan terhadap tindakan Jais seperti diperuntukkan undang-undang.

Setiausaha agung PUM, Dr Mohd Roslan Mohd Noor dalam kenyataan ringkas itu turut menggesa semua pihak menerima kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan tidak mempertikaikannya.

Kumpulan Islam itu juga menggesa isu itu tidak dijadikan "bahan provokasi" oleh pemimpin politik dan media.

"Dalam hal ini juga, PUM juga menyeru dan menasihatkan seluruh pihak termasuk para pemimpin politik dan pihak media agar tidak menjadikan isu ini sebagai bahan provokasi."

"Tindakan memutar-belit fakta kejadian adalah sesuatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan langsung tidak akan membantu untuk merungkaikan permasalahan ini selain akan membibitkan perpecahan dan ketegangan dikalangan rakyat," tegasnya dalam kenyataan itu.

Dalam satu kenyataan berasingan, Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan yang lebih dikenali sebagai ACCIN turut menggesa media lebih bertanggungjawab dalam melaporkan kontroversi itu.

ACCIN dalam kenyataan itu mengajak semua menghormati sensitiviti umat beragama dan mendesak "usaha memurtadkan umat Islam, khasnya di Kuala Lumpur, Selangor, dan seluruh negara dihentikan segera."

Kenyataan itu diperakukan 17 ahli gabungan yang termasuk PUM, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan beberapa pertubuhan Cina dan India Muslim.

Sebelum itu, gabungan Pertubuhan Pembela Islam, Pembela, menegaskan sokongan terhadap operasi pihak berkuasa agama negeri Selangor itu dan mengkritik pihak yang mempolitikkan isu itu.

Ketuanya Dr Yusri Mohamad berkata operasi itu telah diberi gambaran salah dengan disifatkan sebagai "serbuan" dan pencabulan terhadap sebuah rumah ibadat, sedangkan rundingan untuk menjalankan siasatan dilakukan antara Jais dengan pihak gereja.

Pembela turut menolak campurtangan politik dalam kes itu, termasuk oleh menteri besar Selangor.

"Pembela tidak bersetuju dengan campur tangan politik dalam hal ehwal agama Islam oleh pemimpin yang berkepentingan.

"Kenyataan menteri besar Selangor yang bersifat 'apologetic' amat dikesali dan tidak sepatutnya dibuat ketika siasatan sepenuhnya masih berjalan.

“Begitu juga kenyataan beberapa pemimpin politik yang bukan beragama Islam menghiris hati dan perasaan umat Islam serta menggambarkan seolah-olah agama Islam tidak bertempat di negara ini," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Pemuda PAS mengajak pertubuhan-pertubuhan Islam menyertai satu sidang meja bulat untuk membincangkan kontroversi gereja dan Jais tersebut.

Persidangan itu dijadualkan di Dewan Kohilal Diamond Square, Diamond Square, Jalan Gombak, Setapak, pada 13 Ogos jam 4.30 petang.

Kenyataan ringkas oleh setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil menyifatkan isu seperti ini sebagai mampu menggugat keselamatan negara, dan mengajak pertubuhan Islam "membincangkan dan mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah ini."

Sumber : Siasah

Monday, August 8, 2011

Kenyataan Media Pembela : Isu Dream Center

Kenyataan Media Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berhubung isu pemeriksaan Pasukan Penguatkuasaan JAIS ke atas premis Dream Center milik Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos 2011.

8 Ogos 2011M bersamaan 8 Ramadhan 1432H

Pertubuhan-pertubuhan Islam yang bergabung di bawah PEMBELA ingin menzahirkan sokongan terhadap tindakan Pasukan Penguatkuasaan JAIS melakukan pemeriksaan ke atas premis Dream Centre yang dimiliki Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos 2011. Penganjuran “Thanksgiving Dinner” di dewan tersebut dengan melibatkan orang-orang Islam pada waktu berbuka puasa di bulan mulia Ramadhan menimbulkan pelbagai persoalan dan mendedahkan penganut agama Islam kepada upacara keagamaan bukan Islam di tempat bukan Islam.

Peranan JAIS di dalam menjalankan pemeriksaan tersebut adalah mengikut lunas dan ruanglingkup peruntukan undang-undang yang sedia wujud dan telah dijalankan demi menjernihkan sebarang keresahan di kalangan masyarakat Malaysia, khususnya penganut agama Islam sebagai majoriti penganut agama yang mempunyai kedudukan sebagai agama Negara.

Susulan reaksi pelbagai pihak, terutamanya para pemimpin politik daripada kedua-dua pihak kerajaan dan barisan pembangkang, PEMBELA meyakini keperluan untuk membantah kenyataan-kenyataan fitnah terhadap PPA JAIS kononnya telah berlaku “storm”, “raid” dan “barge” serta tindakan seumpamanya sedangkan pada hakikatnya PPA JAIS telah terlebih dahulu berunding dengan penganjur lebih sejam sebelum melaksanakan tujuan pemeriksaan, iaitu untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam di kalangan hadirin majlis tersebut serta tidak berlaku sebarang tindakan yang boleh mengakibatkan penghinaan terhadap agama Islam. PEMBELA menegaskan sekali lagi bahawa kedudukan Islam, seperti yang terpahat di dada sejarah dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Negeri, adalah dikawalselia serta berada di bawah naungan Duli-duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di negeri-negeri. Hakikat ini bukan sahaja perlu diterima semua pihak, tetapi batas-batasnya juga perlu sentiasa dicernakan dan dihormati di dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia.

Justeru PEMBELA membantah sekeras-kerasnya campurtangan politik dalam hal ehwal agama Islam oleh para pemimpin politik yang bermotifkan percaturan serta perkiraan kuasa semata-mata. Kenyataan YAB Menteri Besar Selangor yang bersifat “apologetic” amat dikesali dan tidak sepatutnya dibuat ketika siasatan sepenuhnya masih berjalan. Begitu juga, kenyataan beberapa pemimpin politik yang bukan beragama Islam menghiris hati dan perasaan umat Islam serta menggambarkan seolah-olah agama Islam tidak bertempat di Negara ini. Kenyataan-kenyataan tersebut hanya menambah kekeliruan dan mewujudkan prasangka yang menajam di kalangan umat Islam dan bukan Islam. Adalah lebih baik sekiranya pihak JAIS dan mana-mana pihak berkuasa agama negeri-negeri diberikan kebebasan menjalankan tugas selagi tidak melanggar lunas serta batas undang-undang yang diperuntukkan.

PEMBELA menuntut pihak berkuasa keselamatan untuk menyekat tindakan-tindakan provokasi agama yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara terancang untuk menghakis kedaulatan Islam sebagai agama negara. Ini termasuklah peranan mana-mana media yang menggunakan istilah-istilah yang tidak tepat berkenaan gambaran kejadian yang berlaku, serta komen-komen yang ternyata tidak membantu di dalam mencari keadilan dan menjernihkan suasana harmoni yang sedia wujud di kalangan seluruh masyarakat Malaysia.

Dr. Yusri Mohamad – Pengerusi PEMBELA

Friday, June 17, 2011

Karikatur: Utusan perlu mohon maaf kepada umat Islam

Kuala Lumpur, 17 Jun 2011 — Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” dalam akhbar milik Umno itu, yang didakwa menghina Islam.

Presidennya Dr Muhd Razak Idris menegaskan karikatur itu yang disiarkan dalam Utusan Malaysia semalam mengandungi unsur-unsur yang menghina perundangan Islam.

“Dalam hal ini, kita mahu Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di atas penyiaran karikatur yang kalau kita lihat mengandungi unsur-unsur kejahilan terhadap perundangan Islam dan hukum syariat.

“Ini tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat dan tidak juga harus dilakukan oleh organisasi media yang memperjuangkan Melayu dan Islam,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Selain itu, jelas beliau, pelukis karikatur ini seolah-olah jahil tentang Islam dan perlu bertaubat selain berjanji tidak akan mengulangi perkara sama.

“Saya rasa pelukis itu jelas begitu jahil dengan hukum agama dan saya menyeru kepada dia agar bertaubat dan tidak lagi melakukan tindakan yang menunjukkan kejahilan dalam hal-hal agama.

“Jadi saya minta, selepas ini mana-mana kartun yang mahu disiarkan harus disemak dulu oleh mereka yang pandai agama kerana kita tidak mahu undang-undang ini dilihat sebagai menzalimi mangsa rogol, dalam kartun ini ia digambar macam itu,” katanya.

Kelmarin, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan mengecam penyiaran karikatur itu sambil menyifatkan ia menghina Islam dan mahu penerbit dan pelukis karikatur itu didakwa.

Tegas Muhd Razak, karikatur karya “Miki” itu menggambarkan perundangan Islam tidak boleh menuntut keadilan bagi mangsa rogol.

Tambah beliau, apa sahaja bahan bukti boleh dibawa ke mahkamah dan mangsa rogol berhak mendapat pembelaan yang sah.

“Dalam sudut perundangan Islam, ada prosedur-prosedur yang harus dipatuhi, kartun ini mempunyai unsur penghinaan apabila menggunakan undang-undang Islam dan kaedah pembuktian yang dilihat tidak mampu memberi keadilan kepada mangsa.

“Sebagai contoh dalam kes rogol dan mengikut kefahaman saya mangsa boleh membawa kes ini ke mahkamah dengan membawa bukti yang dimiliki yang akan dinilai di mahkamah,” katanya.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Mat pula menyifatkan Utusan Malaysia sebagai “Denmark Malaysia” kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada akhbar Denmark yang pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.

Menurut Muhd Razak, sistem perundangan Islam dilakukan penghakiman dalam mahkamah dan bukan secara terbuka.

“Kartun ini dilihat tidak wajar dan prosedur Islam, pembuktian harus dinilai oleh orang yang tepat dan memahami perundangan Islam, bukan sekadar seperti dalam kartun ini yang hanya menunjukkan kejahilan.

“Dan, ingin saya tegaskan prinsip perundangan Islam sebetulnya perlu dibawa ke sistem penghakiman dan ia tidak boleh dilakukan secara terbuka.

“Jadi ia sudah jelas, Utusan Malaysia harus memohon maaf, karikatur ini memaparkan kejahilan terhadap prosedur perundangan Islam seolah-olah undang-undang Islam menolak keadilan kepada mangsa rogol,” katanya.


Sumber : TheMalaysiaInsider

NGO gesa kaji menyeluruh isu murtad

abim and university students 290508Kuala Lumpur, 16 Jun 2011 - Pelbagai NGO Islam mahukan kerajaan membuat kajian terperinci terhadap punca sebenar fenomena murtad di negara ini.

Menurut mereka, tanpa mengetahui punca sebenarnya, gelaja itu tidak akan dapat ditangani dengan berkesan.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) beranggapan stastistik baru yang didedahkan di parlimen kelmarin merupakan petunjuk bahawa kajian menyeluruh perlu dilakukan.

"Saya ingat (kita) perlu menjalankan kajian yang terperinci punca (orang Islam) keluar dari agama Islam, sebab kita tidak tahu lagi apakah yang menyebabkan mereka berbuat demikian," kata Presiden ABIM, Dr Muhd Razak Idris.

Malaysiakini kelmarin melaporkan, permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang antara tahun 2000 hingga 2010.

Jamil Khir BaharomLaporan itu berdasarkan statistik yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di parlimen yang menyatakan permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah berjumlah 863 kes dan sebanyak 168 kes diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Menteri berkenaan semalam dilaporkan menafikan laporan itu kerana sehingga kini belum ada satu pun kes yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.

Pekida: Kenapa mereka berjaya

Sementara itu, Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pula berpendapat, kajian tersebut perlu menjurus untuk mencari punca kerana kefahaman agama umat Islam masih belum kuat.

NONE"Banyak masalah yang berlaku sebenarnya, tetapi mereka (yang terlibat) sukar meluahkannya, (melainkan) hanya kepada orang yang dipercayai sahaja," katanya.

Beliau mencadangkan, tumpuan perlu dibuat di Sabah kerana negeri tersebut mencatatkan jumlah permohonan keluar murtad yang tertinggi iaitu sebanyak 238 kes.

Menurut Zaid (kiri) lagi, mungkin kefahaman Islam tidak dipupuk melalui institusi kekeluargaan dengan baik.

Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pula berkata, kajian perlu dilakukan bagi memastikan sama ada faktor teknikal, seperti orang Islam yang dibesarkan oleh bukan Islam, menjadi penyumbang kepada gejala itu.

"(Ia) perkembangan yang membimbangkan, kajian segenap sudut boleh dilakukan dari segi undang-undang yang memerlukan peruntukkan kemas dan seragam kerana undang-undang yang ada di negeri tidak seragam," kata jurucakap PEMBELA, Dr Yusri Mohamad.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiyah Malaysia (Pekida), Jamaludin Yusof pula meminta pihak berkuasa agama mengkaji bagaimana umat Islam boleh dipengaruhi untuk menukar agamanya.

“Kenapa Kristian berjaya? (Ini) kerana mereka duduk sekali (dengan masyarakat," katanya.

Mufti: Ramai mualaf yang pohon murtad

NONEShah Alam, 17 Jun 2011 - Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid memberitahu, banyak permohonan untuk keluar Islam dibuat oleh golongan mualaf yang baru memeluk Islam.

“Yang ramai itulah dia, (orang yang) bertukar kepada Islam,” katanya ketika ditanya sama ada majoriti yang memohon menukar agama terdiri daripada saudara baru.

Beliau bagaimanapun tidak mempunyai butiran terperinci berhubung pendedahannya itu.

Malaysiakini kelmarin melaporkan, permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah bagi seluruh negara adalah 135 orang antara tahun 2000 hingga 2010.

Laporan itu berdasarkan statistik yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat yang menyatakan permohonan menukar status agama oleh orang Islam adalah 863 kes dan sebanyak 168 diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Lebih memeningkan lagi, menteri berkenaan pada petang Rabu, dipetik Bernama sebagai menafikan jawapan yang diberikannya kepada Dewan Rakyat itu.

sitting in a mosqueBernama melaporkan Jamil Khir berkata sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Tamyes turut melahirkan kebimbangannya berhubung peningkatan bilangan permohonan murtad yang ramai.

“Bukan saya seorang saja (bimbang), semua berasa bimbang. Saya harap golongan tertentu (yang ingin murtad) jelas matlamat (mereka) yang sebenar,” kata Tamyes.

Ramai yang dari Hindu

Sehubungan itu, beliau mencadangkan semua pihak, terutamanya penguatkuasa agama menggandakan usaha membenteras gejala itu dengan menggiatkan usaha dakwah.

“Semua pihak (berusaha) bukan hanya pihak penguatkuasa sahaja. Orang ramai termasuk ibu bapa dan masyarakat kena berusaha,” katanya.

NONEBeliau juga mengingatkan, seseorang yang ingin menganut agama Islam perlulah dengan kerelaan hati dan bukannya kerana paksaan bagi mengelakkan masalah pada kemudian hari.

“Kalau begitu, dia (saudara baru) akan komited (berpegang pada Islam),” katanya lagi.

Sementara itu, seorang pegawai penasihatan akidah di Jabatan Mufti Selangor, M Daruddin Taib @ Hassan memberitahu, di negeri itu, kebanyakan kes murtad melibatkan kaum India.

“Kita (jabatan mufti) menggunakan panel (yang dianggotai orang) Hindu yang masuk Islam (untuk kes sebegitu), saya tak boleh bertutur bahasa Tamil,” katanya.

Namun menurut beliau, terdapat juga kes lain yang melibatkan pelbagai latar belakang.

“Macam-macamla latar belakang. Ada yang lahir dan dibesarkan oleh keluarga yang bukan beragama Islam,” katanya.

Katanya lagi, ada yang memohon untuk bertukar kepada Islam kerana ingin berkahwin dengan orang Islam namun kegagalan perkahwinan mendorong mereka kembali ke agama asal.

Sumber : Malaysiakini

Wednesday, April 13, 2011

SUKAGUAM beri khidmat nasihat guaman percuma

Kuala Lumpur, 13 April 2011 - Penubuhan Program Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM) mampu membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan guaman secara percuma.

Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, penubuhan SUKAGUAM sekaligus dapat memberi pendedahan dan maklumat kepada masyarakat mengenai hal berkaitan perundangan yang tidak diketahui oleh mereka.

Memperoleh sokongan daripada Pengerusi Rangkaian Restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, Khairul Anwar berkata, penubuhan SUKAGUAM juga adalah sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dan juga saranan Majlis Peguam Malaysia di dalam menganjurkan khidmat masyarakat kepada umum.

"Seperti yang dimaklumakan oleh Majlis Peguam Malaysia, yuran guaman yang sebelum ini serendah RM2,000 akan naik sehingga RM10,000 disebabkan oleh sistem baru yang diperkenalkan oleh mahkamah di samping tempoh perbicaraan yang singkat.

"Situasi ini membimbangkan kerana akan ada sesetengah pihak yang akan berasa tidak terjamin kerana tidak dapat menegakkan keadilan di mahkamah kerana tidak mampu mengupah peguam," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Khairul Anwar berkata, melalui program ini, mereka akan menawarkan kepada masyarakat khidmat nasihat dan rundingan berkaitan dengan permasalahan seperti undang-undang keluarga (perkahwinan, perceraian, nafkah, wasiat dan harta pusaka), dan undang-undang berkaitan sivil dan jenayah.

Melalui program ini juga katanya, peguam-peguam terlibat dapat menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat.

"Khidmat nasihat dan rundingan yang diberikan akan berunsurkan kepada panduan tepat bagaimana dan di mana mereka boleh mendapatkan kembali hak mereka atau menyelesaikan masalah mereka.

"Malah daripada sesi itu kita akan cuba membantu mendapatkan khidmat guaman ke mahkamah dengan bayaran minimum jika mereka ingin membawa kes itu ke mahkamah," ujarnya.

Sementara itu, Jawhar Ali berkata, buat permulaan program ini akan diadakan dua kali sebulan iaitu pada setiap Jumaat minggu kedua dan ketiga di Restoran Ali Maju, Sri Rampai, Setapak, di sini.

Program yang akan bermula lusa ini pada pukul 3 hingga 6 petang turut akan disertai tujuh peguam berpengalaman membantu dan memberi khidmat nasihat guaman kepada orang ramai yang datang ke restoran itu.

"Buat masa ini kita akan bermula di restoran di Setapak dan beberapa lagi cawangan di Lembah Klang. Jika mendapat sambutan yang menggalakkan kita akan meneruskan program ini ke seluruh negara.

"Malah kita akan menyediakan makan dan minuman secara percuma kepada pelanggan yang singgah ke kaunter SUKAGUAM," katanya.

Wednesday, November 10, 2010

Bukti-Bukti Masuknya Islam ke Campa

1. Pendahaluan

Saya terpanggil untuk memberikan perbahasan dalam bidang ini berkeranakan persoalan yang saya tanyakan kepada Prof. Dr. Ludvik Kalus, Professor Sejarah Islam di University of Paris-Sorbonne dan Pengarah Pengajian Duit Syiling dan Batu Bersurat Islam di Ecole Practique des Hautes Etudes, Paris, sejurus selepas beliau memberikan ceramah di ATMA, UKM pada 15/10/2010 bertajuk The World Thesaurus of Islamic Epigraphy and Recent Researches in The Malay World, memberikan kesan yang mendalam terhadap pengetahuan umum berkenaan isu masuknya Islam ke Campa. Ceramah beliau dalam bahasa Perancis tersebut diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Dr. Daniel Perret, wakil EFEO, Paris, di Indonesia. Beliau membentangkan maklumat berkenaan 30,000 batu bersurat Tamadun Islam antara 1-1000H yang ditemui dari Sepanyol hingga Filipina, kajian yang mengambil masa selama 20 tahun. Beliau jugalah yang menemui batu nesan Hamzah Fansuri di Mekah. Apakah yang saya tanyakan kepada beliau? Saya bertanyakan “Apakah penjelasan beliau tentang dua buah batu bersurat berbahasa Arab dijangkakan bertarikh sekitar 400-420H/1022-1042M yang ditemui di Phan Rang, Vietnam (dahulunya Panduranga, Campa)?” Beliau bertanyakan kembali kepada saya adakah saya telah mentelaah makalah Ravaisse, Deux Inscriptions Confiques du Campa, Journal Asiatique 20 (1922) : 247-289. Saya angguk sahaja sebab telah mentelaahnya dengan bersusah-payah. Beliau langsung menjawab. Kata beliau, dua buah batu bersurat tersebut tidak boleh dipertimbangkan sebagai sumber sejarah masuknya Islam ke Campa. Alasan pertamanya, hanyalah tentera Perancis sahaja yang mengetahui tentang penemuan dua buah batu bersurat ini. Keduanya, kandungan dua buah batu bersurat ini hanyalah menyebut tentang gelaran-gelaran individu dan nama-nama tempat di Tunisia. Ketiganya, dua buah batu bersurat ini diukir pada kurun ke-19M di Tunisia oleh pengukir yang sama mengukir beberapa buah batu bersurat di Tunisia (dicamkan menerusi perbandingan ukiran). Beliau kemudiannya membuat kesimpulan bahawa tentera Perancis membawa dua buah batu bersurat ini dari Tunisia ke Vietnam pada kurun ke-19M. Kenapa dua buah batu bersurat ini dipindahkan tidak dijelaskan oleh beliau. Jadinya, bukti paling awal masuknya Islam ke Campa seawal kurun ke-5H/11M menggunakan dua buah batu bersurat ini terbatal. Kajian Revaisse juga terbatal, begitu juga dengan kajian-kajian yang menggunakan dapatan Revaisse ini sebagai rujukan utama. Saya berfikir panjang juga berkenaan sanggahan Prof. Dr. Kalus ini terhadap makalah Revaisse yang sudah berusia 88 tahun itu. Saya fikir, eloknya saya menulis memberikan penjelasan terhadap perkara ini untuk tatapan umum.

Terbatalnya bukti pertama yang saya jelaskan tadi tidaklah bermakna tiadanya bukti-bukti yang lain sezamannya. Saya akan mengeluarkan tiga bukti lagi tentang masuknya Islam ke Campa. Bukti ini mungkin juga boleh dijadikan alasan kenapakah tentera Perancis membawa dua buah batu bersurat tersebut ke Phan Rang, Vietnam, dan mungkin juga boleh digunakan untuk menjawab kenapakah Revaisse menulis makalah beliau pada tahun 1922 itu.

2. Dakwaan Prof. Dr. Azedine Beschaouch

Tatkala saya tamat membentangkan makalah di Phnom Penh, atas jemputan Royal Academy of Cambodia, pada 13/12/2007, saya ditanyakan tentang beberapa perkara berkaitan kandungan makalah saya itu oleh Prof. Dr. Azedine, seorang Muslim dan ahli arkeologi Perancis juga wakil UNESCO. Di akhir pertanyaannya, beliau memberitahu bahawa kumpulan arkeologi beliau menemui sebuah batu bersurat marmar di Vietnam dalam bahasa Arab, yang dijangkakan bertarikh pada kurun ke-8M. Ini adalah bukti tertua masuknya Islam ke Campa, kata beliau. Yang tidak menariknya, beliau cumalah menjanjikan bahawa pada suatu masa akan datang, kumpulan beliau akan menerbitkan kandungan batu bersurat ini sebagai bukti terawal masuknya Islam ke Campa. Saya rasa, patutnya kita menyemak sejauh mana sudah perjalanan kajian terhadap batu bersurat ini semenjak ditemui. Saya rakamnya sesi soal-jawab ini di dalam laporan saya tentang seminar di Phnom Penh tersebut dalam ASASAINS 2008, ms 85-88.

3. Gelaran Po Ovlah/Allah

Ketika mengulas buku Maspero, 1911-1913/1928/2002, The Champa Kingdom : The History of an Extinct Vietnamese Culture, saya ada menyenaraikan 14 dinasti yang memerintah Campa dari 192M hingga 1471M. Malangnya Jawhar 3 (2006) Bil. 1 : 64-69 yang menerbitkan ulasan tersebut memadamkan senarai lengkap raja-raja bagi setiap dinasti. Jadinya, saya merujuk kembali kepada ulasan asal sebelum diterbitkan. Beberapa hikayat Campa menyatakan bahawa sekitar tahun 1000-1036M, raja-raja Campa memakai gelaran Po Ovlah/Allah. Raja-raja yang dimaksudkan adalah daripada Dinasti ke-7, iaitu (nama mengikut bahasa Campa // bahasa Cina // bahasa Vietnam (tahun pemerintahan)) :

i. Yan Pu-Ku Vijaya (Shri) // Yang Pou Kiu Pi-t’ou-yi Che-li // Duong Pho Cu Bi-tra Xa Lo’i (999-1007M);

ii. Harivarman III // Che-li Hia-li-pi-ma-ti // ? (?-1010M)

iii. Parameshvavarman II // Che Mei-pai-mo-tie // ? (?-1018M)

iv. Vikrantavarman IV // Yang Pou Kou Che-li Pi-lan-yo-kia-pa-mo-tie // ? (?-1030M)

Gelaran Po Ovlah yang digunakan oleh keempat-empat Raja Campa ini mungkin sekali menunjukkan bahawa beliau memeluk agama Islam. Tetapi, boleh juga ditafsirkan sebagai gelaran yang mereka gunakan untuk menunjukkan kehebatan mereka berbanding pemimpin-pemimpin Muslim yang hebat-hebat sezaman dengan mereka. Kajian teliti bagi mengesahkan yang manakah satukah yang benar perlu diusahakan. Jika maklumat ini diketahui oleh Revaisse, mungkin sekali tujuan makalah yang beliau tulis pada tahun 1922 tersebut adalah untuk menyokong maklumat ini, walaupun menerusi pemalsuan menurut Prof. Dr. Ludvik Kalus.

4. Pemimpin Campa yang Beragama Islam

Seorang pelayar Yahudi bernama Jacob d’Ancona telah belayar dari Venice ke Cina dan singgah di Campa pada tahun 1272M. Di dalam bukunya yang berjudul The City of Light (terjemahan), siap ditulis pada 1273M sekembalinya beliau ke Venice, melaporkan bahawa Raja Campa pada tahun 1272M bernama Ciasinna adalah beragama Islam. Nama penuh raja ini dalam sebutan Campa adalah Indravarman V, manakalah dalam sebutan Cina adalah Che-li Tcha-ya Sin-ho Pa-la Ngo-tie-wa, memerintah pada 1265-1285M, daripada Dinasti Ke-11. Maklumat ini juga terangkum bersekali tidak disiarkan oleh Jawhar 3 (2006 ) Bil 1 : 64-69. Sebutan “Ciasinna” itu pastinya adalah transkripsi bagi “Tcha-ya Sin-ho”. Bukti ini amat sukar ditolak kerana seorang penganut Yahudi amat kenal benar dengan seorang penganut Islam.

Oleh : Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir

Sumber : ASASI

Thursday, October 21, 2010

Santa 'Pak Haji': TV3 didenda RM50,000

Kuala Lumpur, 21 Oktober 2010 - Malaysiakini dipetik, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu.

Iklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”.

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan “Sinari Lebran”.

Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut “menghina dan menjatuhkan martabat Islam”.

“Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3,” kata Salang.

TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan “fitnah perkauman dan agama” menerusi media siber dan elektronik, Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum.

“Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan akta Keselamaatn Dalam Negara,” katanya.

Related Posts with Thumbnails