Showing posts with label Orang Asli. Show all posts
Showing posts with label Orang Asli. Show all posts

Monday, March 5, 2012

Hari Terakhir berkampung bersama Orang Asli di Unisel Bestari Jaya

Disediakan oleh Shakilah Sanaani Abdullah


BESTARI JAYA, 4 Mac 2012 - Detik-detik terakhir bersama para peserta orang asli dari Perak diisi dengan cukup padat. Hari dimulakan dengan solat Subuh berjemaah di Masjid Umar bin Abdul Aziz seawal 5.30 pagi. Agenda diteruskan dengan sesi beriadah diperkarangan masjid dan para peserta disajikan dengan sarapan pagi di kafeteria Pusat Komuniti Pelajar (PKP). Agenda utama dimulakan pada 11 pagi, iaitu Majlis Perasmian Penutupan Program Membentuk Jati Diri, yang dirasmikan oleh Encik Izwan Suhadak, Penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel. Majis dimulakan dengan Ummul Kitab Al-Fatihah bagi memohon berkat dari Yang Maha Kuasa. Selama berlansungnya majlis, para hadirin turut disajikan dengan persembahan tarian sewang dari para peserta program. Selain itu, seorang wakil peserta, Aken bin Aju turut memberi ucapan berkenan program yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam.  Selesai majlis penutupan, penyampaian cenderahati kepada wakil dari JAIP (Jabatan Agama Islam Perak), JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan kedua-dua buah sekolah berlangsung, serta sijil penyertaan diserahkan kepada wakil peserta. Para peserta pulang ke Perak sesudah solat Zuhur berjemaah dan makan tengah hari di masjid. Sebelum para peserta berangkat menuju ke bas mereka, para peserta bersalaman bersama para fasilitator. Air mata tanda sayang meninggalkan Unisel dan para fasilitator mengiringi para peserta. Semoga para peserta dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah mereka pelajari sepanjang berkampung di Unisel Kampus Bestari Jaya. Menimba ilmu bukan hanya untuk diri, tapi untuk ubah keluarga dan kaum.

Orang Asli Berkampung di Unisel - Hari ke-2

Disediakan oleh Shakilah Sanaani Abdullah


BESTARI JAYA, 3 Mac 2012 - Berlansung hari ke-2 Orang Asli berkampung di Unisel, Bestari Jaya. Hari dimulakan dengan solat subuh berjemaah di Masjid Unisel. Agenda diteruskan dengan aktiviti riadah di IPIS yang diketuai oleh para fasilitator. Seterusnya para pelajar dijamu dengan sarapan dan slot "Celik IT" dimulakan seawal 9 pagi di makmal 208 dan makmal 209 di Fakulti Komputer Sains dan Teknologi Maklumat (FSKTM). Para peserta dikendalikan oleh para pelajar FSKTM dan slot berlangsung selama 2 jam. Program diteruskan dengan slot motivasi "Aku Pun Boleh Berjaya" oleh wakil daril Majlis Perwakilan Pelajar, Cik Hdariyani bt Kampun. Sesudah solat Zuhur berjemaah dan makan tengah hari, slot "Mari Berbahasa Inggeris" yang dikendalikan oleh para pelajar Ijazah Sarjana Muda TESL (Teaching English as Second Language) dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial. Selesai solat Asar berjemaah, para peserta dibenarkan pulang bagi khidmat diri dan bersedia untuk solat Maghrib dan makan malam, dan meneruskan agenda program. Sesi slot motivasi 2 "Transformasi Diri" disampaikan oleh Encik Izwan Suhadak bin Ishak, Penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel. Majlis bersurai bagi menberi laluan kepada para peserta untuk beristirehat.

Saturday, March 3, 2012

Orang Asli berkampung di Unisel Bestari Jaya

Disediakan oleh Shakilah Sanaani Abdullah

BESTARI JAYA, 2 Mac 2012 - Seramai 40 pelajar orang asli dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Rambutan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta bersama 5 orang guru pengiringtelahtiba di Unisel tepat pada jam 8 malam pada 2 Mac 2012. Pendaftaran para peserta dijalankan di Masjid Umar bin Abdul Aziz. Para pelajar bakal mengikuti satu program kerjasama di antara pihak Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel, Jabatan Agama Islam Perak, Kelab Mubaligh Orang Asli Perak sedang berlangsung bermula 2 hingga 4 Mac 2012. Program tersebut ialah Membentuk Jatidiri”. Setibanya para pelajar, mereka dijamu dengan santapan makan malam, seterusnya solat Isyak berjemaah dan diberi taklimat berkenaan perjalanan program.

Para peserta dibahagikan kepada enam buah kumpulan di bawah seliaan dua orang fasilitator. Kemudian, sesi taaruf bermodul dijalankan oleh fasilitator bersama para peserta dan sesi ini berakhir pada jam 10 malam. Selepas itu, para peserta di beri kunci hostel dan para fasilitator menginap bersama para peserta. Majlis bersurai pada jam 11 malam untuk menberi peluang kepada para peserta khidmat diri selepas empat jam perjalanan dari Perak menuju Unisel Bestari Jaya, Selangor.




Related Posts with Thumbnails