Showing posts with label Cheng Ho. Show all posts
Showing posts with label Cheng Ho. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Malam Pengenalan GPTD Unisel


Jom kenali Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel dengan lebih dekat. Program akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden GPTD Pusat, Sdr Abdul Hakim Shabuddin. Slot khas akan membawa Perkongsian Pengalaman Jejak Patani yang baru selesai menjalankan misi luar negara pada April 2012.

Tuesday, October 11, 2011

Teater Cheng Ho memukau penonton

Serdang, 9 Oktober 2011 - GPTD Unisel telah menghantar wakil, Sdr Hdariyani Kampun selaku Naib Presiden II berkunjung ke Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menghadiri program Diskusi Intelek Cheng Ho anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM. Teater yang diadakan pada pukul 5.00 petang sangat mengujakan pengunjung dan penonton yang hadir. Teater ini mengisahkan berkenaan kitaran hidup Laksamana Cheng Ho ketika beliau masih kecil, dewasa dan bagaimana bermulanya episod beliau mengembara ke seluruh dunia bersama armadanya.

Kisah yang boleh dijadikan iktibar bagi mahasiswa masa kini yang aktif sebagai aktivis yang sangat jarang kita temui. Semangat Laksamana Cheng Ho juga perlu diambil ketika mengembara dan bagaimana beliau menjadi pemimpin dengan mengendalikan begitu banyak armada. Syabas dan tahniah untuk persatuan Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM atas anjuran program berkenaan.

Oleh Hdariyani Kampun, Naib Presiden GPTD Unisel.

Sunday, April 10, 2011

Jejak Samudera Seorang Laksamana

Matahari merah merekah di ufuk Timur, tampak seolah-olah basah menyembul daripada kedalaman lautan. Pagi itu, awal Julai 1405, barisan kapal layar raksasa mula meninggalkan Pelabuhan Nanking, China Selatan. Laksamana Cheng Ho berseragam militer kekaisaran China berdiri gagah di atas geladak kapal pusaka yang bernama ‘Bao Chuan’. Inilah kapal terbesar pada masa itu. Panjangnya 138 meter dan lebarnya 56 meter dengan daya angkut seberat 2, 5000 tan. Cheng Ho, laksamana yang berperawakan tinggi besar itu masih berusia 34 tahun. Dengan suara lantang, beliau memerintahkan para kelasinya mulai mengangkat sauh. Satu persatu armada yang terdiri daripada 62 buah kapal itu mengembangkan layar lalu bergerak ke samudera terbuka.

Kapal pusaka berlayar di barisan hadapan diapit oleh belasan kapal tempur yang mengangkut lela, meriam dan perajurit. Kemudian disusuli oleh kapal pengangkut barang dan penumpang. Inilah pelayaran perdana ke Samudera Barat yang dipimpin oleh Cheng Ho. Armada raksasa ini melibatkan 27, 800 orang sebahagian besarnya beragama Islam. Anggota armada ini bukan sahaja terdiri daripada para perajurit, kelasi, ahli teknik dan perbintangan tetapi juga mengandungi ahli bahasa yang bertindak sebagai perterjemah, juru tulis dan tabib.

Cheng Ho lahir pada 1371 di sebuah desa di daerah Kunyang, provinsi Yunan, bahagian Barat Daya China. Nama asalnya ialah Ma San Bao yang di dalam dialek Fujian disebut San Po. Beliau merupakan anak ketiga daripada enam bersaudara. Ayahnya bernama Ma Ha berketurunan etnik Hui yang beragama Islam dan telah menunaikan ibadah haji. Sejak kecil, Ma San Bao sering mendengar cerita tentang perjalanan haji ayah dan datuknya dengan menggunakan kapal laut. Cerita-cerita inilah yang kemudiannya telah membangkitkan keinginan Ma San Bao untuk menjadi pelaut.

Nukilan sajak oleh kaisar Cheng Teh (1449-1457M) mengenai agama Islam;

“Tinggi! Tinggi agama (Islam) itu

Selagi lain-lain agama penuh tahyul

Sedikit saja kenal jagat raya, ahli sufi

Budha itu manusia biasa

Tetapi dipuja oleh satu daerah.

Kita, manusia-manusia biasa

Kepada siapakah harus menempatkan iman

Cuma kepada pencipta seluruh alam.”

Petikan dari buku;

LAKSAMANA HAJI MUHAMMAD CHENG HO

ANN WAN SENG


Disediakan oleh Arina Abd

Tuesday, September 21, 2010

Wacana Tokoh : Wali Songo & Cheng Ho

Bestari Jaya, 21 September 2010 - Grup Wali Songo & Grup Cheng Ho di bawah Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel akan menganjurkan Wacana Tokoh : Wali Songo & Cheng Ho di Bilik Seminar 1, Fakulti Industri Teknologi Maklumat. Program ini adalah sebahagian persiapan untuk XPDC Wali Songo yang akan ke Jawa, Indonesia. Pengarah wacana, Sdr Lee Shi Wei menyatakan "Wacana patut dihadiri oleh mahasiswa muslim dan bukan muslim agar dapat memahami dan meneladani ketokohan Cheng Ho dan Wali Songo". Program ini turut menjemput Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Unisel, SdrAzim Bin Md Kasim sebagai perasmi bagi Majlis Perasmian wacana.

Wacana terbuka kepada semua warga kampus dan pelajar sekolah dengan yuran penyertaan sejumlah RM10 / mahasiswa dan RM5 / pelajar sekolah. Digalakkan membuat pendaftaran awal di kaunter GPTD di PKP yang akan dibuka pada 21-23 September 2010 pada jam 8.00 - 10.00 malam. Maklumat lanjut sila hubungi Sdri. Hani di talian 010.269.3310.

Thursday, July 15, 2010

Malam Pengenalan Aktivis meriah

Bestari Jaya, 14 Julai 2010 - GPTD Unisel telah menganjurkan Malam Pengenalan Aktivis di BS3, Fakulti Industri Teknologi Maklumat untuk memperkenalkan kepemimpinan dan program yang telah dan akan dilaksanakan pada semester ini. Kali ini aktivis baru yang hadir agak unik kerana ada penyertaan daripada pelajar kaum Cina. Jarang bukan melayu berminat untuk menyertai program yang dianjurkan oleh GPTD Unisel.

Alhamdulillah dengan penglibatan Sdr Lim ke dalam Grup Cheng Ho akan menambahbaik nilai gerak kerja aktiviti. Dalam perkembangan lain, Sdri Yana pula akan membawa pendekatan teater dalam Grup Wali Songo sesuai dengan metod yang telah dilakukan oleh Sunan Kali Jaga dalam menyampaikan Islam di Jawa.

Atas iltizam yang sama Grup Cheng Ho akan mengadakan kelas bahasa Mandarin pada setiap hari Khamis malan manakala Grup Wali Songo pula akan membuka kelas bahasa Jawa selepas Diskusi Al-Amin. Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi talian sekretariat seperti tercatat dalam sisi blog.

- Unit Media

Monday, July 12, 2010

Masjid Cheng Hoo hebat

DI Jalan Gading No.2 iaitu di belakang Taman Makam Pahlawan Kusuma Bangsa di situlah tersergam masjid yang penuh dengan seni bina kaum Tionghua. Masjid Cheng Hoo atau juga dikenali dengan nama Masjid Muhammad Cheng Hoo Indonesia, ialah bangunan masjid yang menyerupai tokong atau Pagoda. Masjid ini diwarnakan merah, hijau, dan kuning. Pintu masuknya menyerupai bentuk Pagoda, terdapat juga ukiran naga dan patung singa daripada lilin dengan lafaz Allah dalam huruf Arab di puncaknya.

Di sisi kiri bangunan terdapat sebuah beduk sebagai pelengkap bangunan masjid. Nama masjid ini merupakan bentuk penghormatan kepada Cheng Ho, Laksamana berasal China yang beragama Islam. Dalam perjalanannya di kawasan Asia Tenggara, Cheng Ho bukan hanya berdagang dan menjalin persahabatan, beliau juga menyebarkan agama Islam.

Bentuk bangunan masjid ini mencontoh bangunan masjid Niu Jie di Beijing yang berusia lebih 100 tahun. Ruang untuk solatnya berukuran 9 meter lebat dan 11 meter panjang.

Ukuran itu memiliki erti tertentu. Sembilan adalah mewakili Wali Songo (sembilan), sedangkan 11 adalah mengikuti ukuran Kaabah yang dibangun oleh Nabi Ibrahim.

Senibina

Menaranya dengan tiga tingkat dan berukuran segi lapan, juga memiliki falsafah sendiri. Tiga tingkat merupakan seni bina Tionghua dan segi lapan bagi masyarakat Tionghua disebut dengan Pat Kwa, mengandung nilai keberuntungan.

Di dinding menara itu, terpatri hiasan kaca berjumlah 20 yang berisi sifat-sifat Allah. Di dinding depannya terdapat dua jendela berbentuk bulat yang tidak dibiarkan kosong melompong, tetapi diisi dengan kaligrafi bertuliskan Bismillahirahmanirrahim. Papan nama masjid ini juga istimewa, kerana ia adalah hadiah daripada Duta Besar China untuk Indonesia, Lu Shu Ming.

Masjid Muhammad Cheng Hoo rupanya dirasmikan pada 2002. Sejak itu, masjid berkenaan dikunjungi ramai pelancong dalam negeri mahupun luar negara.

Sumber : Utusan

Ulasan Penasihat :

Mohon Grup Cheng Ho yang akan ke Jawa untuk mengkaji jejak Cheng Ho di sana dan dikongsikan dalam Diskusi Al Amin pada minggu hadapan.

Monday, February 8, 2010

Bengkel Asas Fasilitator di Kampus PTS, Janda Baik

6/2/2010 | Sabtu

Seawal jam 5.00 Pagi saya telah pun bersiap dan menunggu kedatangan En. Izwan Suhadak di hadapan pintu pagar penginapan siswi bersama kak wan ritini , sehinggakan pak guide menegur kami kerana seharusnya pelajar tidak dibenarkan keluar sebelum pukul 6.00 pagi. Tetapi setelah penerangan mengenai program yang akan kami ikuti akhirnya barulah pak guide tersebut memahami dan kami dibenarkan keluar. Seterusnya singgah ke Taman Ilmu untuk mengambil Asmawi yang juga turut serta dalam bengkel tersebut.

Pertama kali kaki memijak tanah di Janda Baik tiada kata lain yang dapat diungkapkan melainkan kata syukur dapat melihat tempat secantik itu. Tepat pukul 8.00 pagi kami sampaidisana dan aktiviti pertama yang kami lakukan adalah riadah. Permainan yang kami lakukan adalah diberi nama “telur,ayam dan dinasour”. Tetapi disebabkan saya tidak tahu permainan tersebut maka saya menjadi sebiji telur. Selepas itu, sarapan pagi dan pengisian seterusnya oleh Encik Ahmad Azam Abdul Rahman.

Beliau merupakan pengasas GPTD dan juga mantan presiden ABIM. Beliau menyatakan visi dan misi yang harus ada dalam diri setiap sukarelawan. Paling penting yang harus ada adalah visi ummatik yang mana misinya adalah “rahmatan lilalamin”. Dan setiap sukarelawan harus faham kerana ia adalah asas bagi setiap sukarelawan dan seorang fasilitator.

Encik Ahmad Azam juga menggunakan Sultan Abdul Fateh sebagai modul utama dan menceritakan bagaimana Sultan Abdul Fateh berjaya menawan kota Konstatinopel selepas 800 tahun penantian. Bagaimana cara beliau juga menawan sangat menakjubkan kerana membawa kapal melalui daratan. Sememangnya sangat sesuai Sultan Abdul Fateh dijadikan sebagai modul.

Kemudiannya, selepas kami menunaikan solat zohor berjemaah dan makan bertalam bersama, Encik Ahmad Azam menyambung semula pengisian beliau dengan menerangkan visi yang perlu ada dalam diri setiap aktivis iaitu ummatik. Selain itu, misi quranik, budaya displin, kuasai ilmu dan teknologi, kemahiran pelbagai bahasa serta hidup berpaksikan solat juga merupakan pengajaran yang boleh diambil daripada Sultan Abdul Fateh dan akan menjadi budaya di dalam GPTD.

Mengapa Jepun dan Perancis berjaya hingga kini merupakan antara pengisian yang dibincangkan yang boleh dijadikan ikitibar bagi aktivis seperti saya. Masa, kebersihan dan sentiasa berfikiran positif antara mengapa Negara besar tersebut boleh berjaya. Ini boleh juga dijadikan budaya di dalam GPTD Unisel agar boleh berjaya seperti Negara besar tersebut.kami juga diberikan lagu mengenai Sultan Abdul Fateh agar dapat membakar semangat kami.

Kemudiannya kami diberikan tugasan agar membuat lirik lagu tersebut dan menyanyikan ataupun membuat persembahan pada keesokan harinya selain mencipta objektif,misi,visi, logo dan falsafah kumpulan masing-masing. Kami diberi masa dan fasi yang akan membantu kami dalam tugasan. Fasi bagi kumpulan saya ialah encik Ghazali. Dalam perbincangan itu juga diselitkan beberapa agenda seperti SWOT Analysis iaitu mengenal kelemahan dan kekuatan diri, Kompas Personaliti Seimbang iaitu mengetahui apa yang ada dalam diri samaada mencukupi ataupun tidak dan Analisi kendiri yang dibuat menggunakan graf bagi mengetahui kesedihan dan kegembiraan yang pernah dilalui untuk mematangkan diri. Semua itu merupakan asas di dalam diri Fasilitator.

Aktiviti berakhir selepas solat Asar dan diteruskan dengan aktiviti riadah iaitu berjalan ke sebatang sungai dengan lelaki mendahului diikuti perempuan.Sesampai di sungai aktiviti berlangsung tetapi lelaki membuat permainan sendiri dan perempuan membuat aktiviti sendiri. Perempuan membuat bulatan dan membuat permainan yang tidak mempunyai banyak pergerakan.

Selesai sahaja solat magrib, aktiviti seterusnya diisi oleh Abg Mali, beliau merupakan pekerja di RTM dan terlibat membuat sebuah rancangan. Beliau mengatakan TV dan Internet tidak akan mengeluarkan kenyataan yang sama setiap hari . Namun pengisian tidak terlalu lama kerana masa yang begitu mencemburui dan selesai solat Isyak berjemaah pengisian seterusnya oleh Abg Hakim yang membincangkan pengenalan GPTD dan kemudian oleh Abg Najmuddin Mohd Nawi iaitu setiausaha Agung GPTD. Beliau juga memperkenalkan GPTD, Exco GPTD dan pengasas iaitu Encik Ahmad Azam serta alumni GPTD.

Selesai sahaja perbincangan mengenai GPTD, kami pergi ke kumpulan masing-masing bagi membincangkan persembahan untuk keesokan harinya. Perbincangan berakhir pada pukul 12.30 Malam.

7/2/2010 | Ahad

Dingin pagi yang menyegarkan membuat kami yang terlena terbangun kerana tidak tertahan dengan kesejukan. Selesai solat Subuh dan Kuliah Magrib, kami bersiap kerana pada pukul 8.00 pagi acara penutupan akan dimulakan. Selepas makan pagi, kelihatannya kumpulan begitu bersungguh dalam melakukan tugasan yang diberikan. Sehinggakan kedengaran bunyi-bunyi nyanyian kecil dari kumpulan masing-masing.

Tepat pukul 9.00 pagi aktiviti dimulakan dengan sedikit pengisian oleh Encik Ahmad Azam. Seterusnya persembahan dari kumpulan 2, kumpulan 1 dan diakhiri oleh kumpulan 3. Namun, kumpulan yang begitu menarik perhatian iaitu kumpulan 2 yang mana menyelitkan sajak tetapi setelah pembaca sajak iaitu asmawi mendeklamasikan sajaknya, semua barang yang berada dibelakang terjatuh. Semua orang geli hati melihat keadaan tersebut.

Setelah itu, kami diberikan lagi tugasan iaitu membuat satu program yang mana seperti bengkel ini. Kemudian, akhir sekali kami membuat pembentangan dan setiap kumpulan telah pun merancang. Kumpulan 1 membuat program bengkel ke IPT, kumpulan ke dua akan ke Afrika Selatan dan kumpulan 3 Semarang, Indonesia.

Bengkel kemudian berakhir dengan penyerahan sijil kepada peserta.



HDARIYANI KAMPUN

Nota : Penulis merupakan pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan aktivis Grup Cheng Ho yang akan mengembara ke Guangzho, China pada bulan Jun




Wednesday, October 28, 2009

Seluar panjang haram di Aceh

Banda Aceh, 28 Oktober 2009 - Akhbar Kosmo melaporkan, wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jean berikutan pelaksanaan undang-undang baru, kata seorang pegawai semalam. Bermula pada tahun depan, wanita yang memakai seluar panjang atau jean yang dianggap terlalu ketat akan diminta menukar kepada skirt labuh yang diberikan oleh kerajaan.

Seluar panjang yang dipakai oleh wanita itu akan digunting menjadi helaian kecil. "Jika didapati ada wanita yang ingkar, seluar mereka akan digunting serta-merta dan digantikan dengan skirt yang disediakan secara percuma oleh pemerintah Aceh Barat," kata ketua daerah itu, Ramli Mansur.

"Peraturan itu bukan sahaja untuk golongan wanita, malah lelaki turut dilarang memakai seluar pendek," tambahnya. Namun, peraturan itu akan dilaksanakan di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam dan dilaksanakan berdasarkan cadangan daripada ulama. "Kami masih menghormati hak penduduk bukan Islam dan mereka tidak perlu bimbang," kata Ramli.

Menurutnya, seluar panjang boleh dipakai di dalam skirt selagi tidak ada bahagian buku lali yang terdedah. "Kami tidak akan menghalang wanita daripada memakai seluar panjang. Apa yang dilarang ialah seluar panjang ketat dan jean. "Jika mereka terpaksa memakai seluar panjang, ia perlu melindungi buku lali dan dipakai dalam skirt labuh," katanya. - AFP

Sumber : Kosmo

Ulasan Penasihat :
Perhatian kepada Grup Cheng Ho yang merancang untuk pengkajian tokoh Cheng Ho di Aceh harapnya mengambil penting perkara ini. Usaha pemerintah Aceh adalah suatu yang baik dan sesuai dengan busana muslimah yang mengikut syariat. Mungkin daripada sekarang sudah boleh mula untuk dibiasakan. Adakah perkara sebegini juga boleh diusulkan kepada pentadbiran Hal Ehwal Pelajar?


Saturday, September 12, 2009

Iftar & Perkongsian Membara Semangat Aktivis

Bestari Jaya, 11 September 2009 - Semalam aktivis GPTD UNISEL telah menghadiri Majlis Iftar GPTD UNISEL yang diadakan di rumah Penasihat. Acara yang bermula dengan berbuka ringkas dan ringan, kemudian menunaikan solat Maghrib secara berjamaah di Surau RKS bagi lelaki. Manakala perempuan menunaikan di rumah sahaja. Jamuan berbuka diteruskan selepas selesai solat, dengan menggunakan 'talam' bagi meratakan membudayakan semangat ukhwah & perkongsian rezeki. Solat terawih dijalankan di Masjid Unisel bagi meraikan tuan rumah.

Slot kemuncuk iaitu sesi Perkongsian Pengalaman di China oleh Sdr Suhail. Beliau menerangkan secara ringkas Fakta Nombor tentang sejarah awal dan terkini China. Kemudiannya berkongsi mehnah & tribulasi kerja-kerja sekarelawan di sana. Dimaklumkan beliau telah mengislamkan seorang gadis China, Alhamdulillah. Aktivis Grup Ibn Battutah & Grup Cheng Ho juga berkesempatan bertukar soalan dan pandangan tentang kajian yang akan dan boleh dilaksanakan di China.


Wednesday, July 15, 2009

Nasib Umat Islam di Xinjiang dinafikan

Masyarakat dunia digemparkan dengan keganasan yang berlaku di Wilayah Urumchi, Ibu negeri Xinjiang pada 5 Julai 2009. Rusuhan meletus di antara etnik Uighur (majoritinya masyarakat Islam keturunan Turkik) dan etnik Han. Ini menggusarkan kerana dilaporkan jumlah yang terlibat di antara 1000 hingga 3000 dikalangan orang Uighu. Akhbar The daily Telegraph pula melaporkan pertembungan pada Ahad lalu tercetus selepas etnik Uighur mengadakan demonstrasi menentang pemerintah yang dikatakan tidak adil dalam mengendalikan pertikaian industri di mana berlaku kematian dua orang pekerja Uighur di sebuah kilang alat permainan dalam perkelahian dengan kakitangan etnik Han pada bulan lalu. Rentetan itu, ratusan Han menggunakan kayu sebagai senjata bertempur dengan etnik Uighur.

Berdasarkan sejarah, etnik Han berhijrah ke Urumchi dan kini telah menjadi majoriti mengalahkan bilangan etnik Uighur. Ini menyebabkan berlaku ketidakseimbangan sosial di wilayah itu yang mana suatu ketika dulu adalah majoriti masyarakat muslim. Akibat kebanjiran etnik Han, rumah-rumah etnik Uighur telah dimusnah bagi memberi laluan kepada kemasukan etnik Han malah budaya mereka di kesampingkan dan kini menjadi minoriti di wilayah sendiri. Malah pekerjaan telah dikuasai etnik Han. Maka bermulalah gerakan memperjuangkan nasib bangsa yang dikategorikan pihak berkuasa China sebagai pengganas.

Kumpulan-kumpulan Uighur mengatakan dasar-dasar kerajaan yang menindas demi memberikan tempat kepada penghijrahan etnik terbesar China, kaum Han Cina ke wilayah Xinjiang telah menimbulkan ketegangan etnik dan menaburkan benih-benih keganasan. Kejadian yang berlaku ini tidak mendapat liputan luas media antarabangsa. Umat Islam juga tidak mempedulikan penindasan yang dialami etnik Uighur Muslim ini. Berbanding isu yang berlaku di Gaza, Palestin tetapi mungkin juga disebabkan hampir 6 dekad telah berlangsung barulah ummat mengambil perhatian. Ini tidak berlaku di Urumchi.

Etnik Uighur yang merupakan penduduk asal Xinjiang pernah menikmati kebebasan dalam pentadbiran dan pemerintahan China. Tetapi sejak 20 tahun lalu dasar-dasar China telah melahirkan ketidakpuasan kepada mereka terutamanya berkaitan dengan penempatan semula jutaan etnik Han Cina ke wilayah mereka.

China patut sedar bahawa sikap dan dasar yang menindas ini akan diketahui masyarakat antarabangsa dan China mesti memohon maaf kepada masyarakat Islam seluruh dunia dan masyarakat antarabangsa di atas ketidakadilan terhadap etnik minoriti dan strategi penyusunan etnik yang bias. Jika dilihat pada zaman atau pemerintaha dinasti Ming, tokoh Islam juga ada menjadi pembesar negara Tanah Besar China. Kepakaran dan keilmuan mereka diakui tanda ada sangka buruk. Contohnya Cheng Ho, seorang pelayar muslim yang tersohor di seluruh dunia yang mengemudi kapal untuk membina jaringan diplomatik tanpa agenda penjajahan.

Rujukan : Wikipedia

Monday, July 6, 2009

Ringkasan Pelayaran Cheng Ho

Cheng Ho adalah seorang sida-sida di zaman Dinasti Ming bawah pimpinan Maharaja Yung-lo dan merupakan ketua komandan ekspedisi armada China pada awal abad ke 15.

Lahir dalam keluarga yang bernama Ma, mungkin berasal dari keturunan Mongol-Arab, di Wilayah Yunnan, Cheng Ho telah dipilih untuk dikasi oleh pemerintah yang berkuasa yang sedang merekrut sida-sida pada tahun 1381, ketika dia berumur sekitar 10 tahun.

Cheng Ho telah ditugaskan menjadi pendamping kepada Panglima Besar bernama Chu Ti (yang kemudiannya menjadi Maharaja) dalam kempen peperangannya untuk merebut kuasa menakluki takhta dinasti pada tahun 1402.

Maharaja Hui Ti yang telah melarikan diri ke luar negara (ada yang berpendapat dia ke luar negara untuk tujuan perdagangan)telah memberi inspirasi kepada Maharaja Yung Lo untuk menjalinkan hubungan luar dengan negara-negara lain dengan mengirim ekspedisi Cheng Ho.

Dalam tempoh 28 tahun, iaitu dari tahun 1405 hingga 1433, Cheng Ho telah mengarahkan tujuh ekspedisi dan telah mengunjungi lebih 37 buah negara bermula dari Champa di sebelah pantai timur hingga ke Afrika di sebelah barat.

Sebanyak 1,180 kapal pelbagai jenis dan ukuran telah dibina untuk tujuan itu. Saiz-saiznya berbeza dari satu armada ke armada yang lain.

Ekspedisi pertamanya terdiri daripada 27,800 pelayar dan 62 kapal armada dan 255 kapal kecil yang membawa barangan sutera, perhiasan, dan produk-produk berharga lain.

Semua pelayaran adalah di bawah perintah peribadi Cheng Ho. Namun, dia memberi kepercayaan penuh kepada laksaman-laksamana lain untuk melakukan pelayaran kecil yang bukan dalam laluan utama ekspedisinya.

Negara-negara yang dikunjungi adalah dari negara-negara terdekat, seperti Champa, Sumatera, Jawa,dan Tanah Melayu hingga ke negara-negara jauh di Timur, termasuk Arab dan tempat-tempat di sebelah timur pesisir Afrika, seperti Mogadishu dan Brawa.

Tujuan dari pelayaran ini adalah untuk meyakinkan orang asing dari tentang keterbukaan Cina, memperluas pengaruh dengan pemberian hadiah dan perkenalan kepada pemimpin-pemimpin dari luar kerajaan, dan melaporkan keadaan luar negara kepada Maharaja.

Dalam masa yang sama, armada Cheng Ho juga berjaya menghapuskan lanun laut Cina yang kuat, campur tangan dalam perang Jawa, dan membantu mengembalikan penguasa yang sah di Sri Lanka.

Armada yang dipenuhi banyak produk eksotik asli telah menarik perhatian ekspedisi-ekspedisi lain yang sering mengikutinya untuk memberi perutusan penghargaan dari pelbagai negara.

Setelah kematian Maharaja Yung Lo pada tahun 1424, ekspedisi ini dihentikan kerana didakwa tidak bermanfaat dan merugikan negara.Cheng Ho kemudiannya dilantik menjadi Komandan di Nanking. Pelayaran terakhirnya (1432-1433) adalah di sewaktu pemerintahan Maharaja Hsüan-te. Cheng Ho dipercayai meninggal dunia pada usia sekitar 63 - 65 (tahun 1433 - 1436).

Ekspedisi Cheng Ho ini dilakukan hampir satu abad sebelum Christopher Columbus dan Vasco de Gama, tidak hanya memperkuat pengaruh Cina di dunia tetapi juga prestasi uniknya dalam sejarah perusahaan maritim harus diakui.

Related Posts with Thumbnails