SM MOHAMED IDRIS presiden CAP. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Sumber : Malaysiakini
GPTD=grup_pengkaji_tamadun_dunia | AIS=aktivisme+intelektualisme+spiritualisme | 3M=menjejak.meneladani.memimpin
![]() |
| En Izwan Suhadak Ishak, Penasihat GPTD Unisel telah dijemput oleh TV Alhijrah dalam rancangan Assalamualaikum untuk memberi kesedaran tentang Kempen Citizenship For Rohingya. Beliau juga mewakili GPTD Pusat mengajak seluruh masyarakat Malaysia dan global untuk turut serta dalam kempen ini agar dapat memberi mesej pada kepada Tentera Junta Myanmar atas kezaliman yang dilakukan oleh mereka. Modus operandi kempen agak unik kerana semua peringkat masyarakat berpeluang untuk menyatakan sokongan kepada Kempen Citizenship For Rohingya dengan cara mengambil foto bersama poster pilihan. Malah digalakkan juga merakamkan video dengan menyatakan bantahan terhadapa kezalimanan yang berlaku. LIKE Citizenship For Rohingya |
Apabila masuk fasa ketiga bulan Ramadan, umat Islam akan membincangkan tentang malam kemuliaan atau lebih dikenali sebagai Lailatul-Qadr. Ramai ulama yang telah membahas dengan panjang lebar berdasarkan Al-Quran dan Hadith Rasulullah saw. Surah al-Qadr menegaskan bahawa al-Quran telah diturunkan dari Luh Mahfuz (langit yang tertinggi) ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam Lailatul-Qadr. Ibn Abbas menyatakan bahawa al-Quran diturunkan kesemua sekali pada malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadan ke langit dunia.Kenangan menghadiri Pesta Buku Islami di Jakarta 2010 sewaktu XPDC HAMKA II bersama Wak Ijat, Anuar Ismail & Mawi. Menziarahi makam Buya Hamka dan pertemuan bermakna bersama Ibu Fatihah, Pak Afif dan Pak Rusydi (anak-anak Buya Hamka). Malah aku dan adik-adik GPTD sempat lawat ke Gudang Panjimas, sebuah syarikat penerbitan dan percetakan milik famili Buya Hamka yang kini diurustadbir oleh cucunya iaitu Bang Yousran Rusydi. Terima kasih kepada Bang Yousran kerana hadiahkan beberapa koleksi karya Hamka buat Pustaka Madani, milik GPTD Unisel dan rujukan umat.
Kembali ke PBAKL 2011. Aku dihubungi oleh Pak Raja. Beliau maklumkan tentang buku baharu Minda Tertawan Intektual, Rausyanfikir dan Kuasa. Raja Ahmad Aminullah adalah penulis, editor dan penerbit yang pernah menawarkan aku menulis puisi. Aku duduk mendagu. Itulah tajuk puisi ku yang pernah diterbitkan dalam sebuah buku berjudul katahati. Buku tersebut pernah dikomentar oleh Pak Samad Sasterawan Rakyat. Beliau menyinggung semangat Pak Raja yang berjaya mengumpulkan anak muda merakamkan luahan rasa sehingga terlupa meletakkan tahun terbitan dalam buku tersebut dengan nada seloka.
Kembali ke buku Minda Tertawan. Mendengarkan sahaja tentang tajuknya, Minda dan hati aku sudah tertawan. Bukan sahaja kerana penulisnya adalah Pak Raja seorang budayawan. Tajuknya juga tertarik dan menarik. Malah dengan cover yang simple memang pasti akan menarik hati untuk di baca Sang Algojo buku (Pengkritik Buku - Mencantas, memancung pemikiran penulis). Pak Raja memang jujur dalam tulisannya seperti jujurnya surat kiriman rasmi beliau kepada Tun Mahathir (Perdana Menteri) sewaktu ketika dahulu.
Sindiran dan kritikan beliau terhadap sikap pemikir, cendiakawan dan budayawan yang penakut dan takut dalam bayangan sendiri memang tepat sekali. Mereka menghidapi sindrom ABS iaitu Asal Bapak Senang. Memuji dan membenarkan dalam senyap (diam tandanya setuju) setiap apa yang diungkapkan oleh Penguasa Pemerintah dan politik. Ya asalkan bosnya senang dan selesa. Malah sindrom ini merebak juga sehingga kepada aktivis politik pembangkang dan NGO. Ini memang parah jika terus berlaku.
Sepatutnya yang berlaku adalah sang pemikir, budayawan, ahli akademik dan mahasiswa (golongan intelektual) berani dan bebas menyatakan sudut pandangan mereka yang benar berdasarkan kepakaran bidang masing-masing sebagai orang yang berjiwa merdeka. Sebagaimana mana pesanan Burhanuddin Al-Helmy:"Di atas robohan kota Melaka, Kita bangunkan jiwa merdeka". Maka apabila golongan intektual sudah tidak berani maka tidak takutlah penguasa untuk mengkhianati peranan mereka. Jadi tertawanlah pemikiran, fikrah mereka semua kepada sang penguasa yang zalim. Cuma yang meronta hanya di dalam sudut hati yang tidak diterjemahkan ke dalam aksara-aksara yang mampu di baca insan lain.
Minda Tertawan juga membuka minda aku apabila Pak Raja mengingatkan tentang wujud pelbagai pusat kekuasaan kecil atau besar dalam komuniti umat. Selain parti politik pemerintah, parti oposisi juga punya wilayah pengaruhnya. Makanya, peranan NGO yang ada wilayah pengaruh yang tersendiri harus dimainkan. Kadang-kadang wilayah pengaruhnya lebih besar daripada anggota penggerak NGO tersebut. Dinyatakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Comsumers Association of Penang (CAP), Malaysian Trade Unions Congress (MTUC) mampu mewakili umat menyatakan sikap benar kepada penguasa. Mereka istiqomah dengan prinsip non-partisan.
Nama-nama besar seperti Siddiq Fadzil, Zainur Zakaria, SM Mohamad Idris, Ahmad Azam yang terlibat dalam NGO sudah memiliki khalayak yang tersendiri. Mereka mampu memberikan suntikan vaksin daripada diserang sindrom ABS. Buah pemikiran dan pencerahan yang diberikan amat bermakna kepada umat. Tambahan pula mereka berjuang tanpa kepentingan kuasa politik. Mereka bukan mahukan ghanimah (harta rampasan perang). Maka alhamdulillah, aku rasa sangat beruntung kerana dapat berada di bawah naungan tersebut iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). Mendapat pencerahan keilmuan. Minda Aku Tertawan dengan keikhlasan, ketulusan, kesungguhan, kebaktian & keilmuan gerakan ini. Gerakan telah menjadi guru buat diri ku.
"Selamat Hari Guru"
IZWAN SUHADAK ISHAK
16 Mei 2011 @Bestari Jaya
11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.
12. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohon itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata."
13. Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Olah karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang- orang yang dusta.
14. Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa azab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu.
15. (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.
16. Dan mengapa kamu tidak berkata, diwaktu mendengar berita bohong itu: "Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini, Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar."
17. Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman.
18. dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
19. Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui.
20. Dan sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua, dan Allah Maha Penyantun dan Maha Penyayang, (niscaya kamu akan ditimpa azab yang besar).
Beramal dengan Surah Al Kahfi
Kitab Muntakhab Ahadith susunan Hadzrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi) iaitu:
Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)
Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)
Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)