Showing posts with label Penaja. Show all posts
Showing posts with label Penaja. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Gagasan Transformasi Diri & Sosial dihayati bersama

Bestari Jaya, 15 Disember 2010 / 9 Muharram 1432H - Malam Taaruf GPTD Unisel telah berlangsung dengan jaya di Dewan Senat dengan kehadiran daripada kepemimpinan GPTD Pusat, Pelajar Indonesia (Program pertukaran pelajar IKMI), sukarelawan baru & lama. Acara bermula dengan ucapan Presiden GPTD Unisel, Sdr Muhammad Izzat Chiairil Anuar. "Terima kasih kepada sukarelawan baru yang telah memilih organisasi yang betul untuk melakukan transformasi diri & sosial", kata Izzat dengan penuh semangat. Kemudian penasihat, En Izwan Suhadak telah menyampaikan syarahan tentang konsep GPTD=(AIS=AIR)+3m sebagai sebuah gagasan untuk sukarelawan hayati.

Sdri Hdariyani Kampun, selaku Setiausaha merangkap Pengarah program telah berkongsi pengalaman dalam 3 XPDC yang pernah diikutinya iaitu XPDC HAMKA, XPDC WALI SONGO & XPDC CHENG HO. Pada malam tersebut dilancarkan Grup Ibn Battutah yang akan melaksanakan XPDC IBN BATTUTAH pada pertengahan tahun 2011. Pada akhir acara sukarelawan bersetuju untuk melaksanakan Misi Bantuan Kebakaran di Kg Rantau Panjang yang akan diketuai oleh Sdr Mohd Helmy.

-Unit Media

Thursday, October 28, 2010

MH Multitouch taja pakaian aktivis XPDC Wali Songo

Kuala Selangor, 28 Oktober 2010 - MH Multitouch Resources telah berbesar hati menaja pakaian aktivis Grup Wali Songo, GPTD Unisel untuk projek XPDC Wali Songo 2010 yang akan berlangsung pada 1-14 November 2010. En Izwan Suhadak mewakili GPTD Unisel hadir ke pejabat urusan MH Multitouch Resources di Kuala Selangor untuk menerima penajaan 10 helai vest. "Ini adalah kali kedua pihak MH Multitouch Resources menaja GPTD Unisel, semoga sumbangan ini akan dikira sebagai amalan di sisi Allah SWT. Kami doakan agar syarikat ini terus maju pada masa hadapan", kata En Izwan.

Penyerahan telah disampaikan oleh salah seorang staf MH Multitouch Resources petang semalam. Mohd Hasli Bin Ridhal selaku Pengurus syarikat tidak dapat turut serta pada sesi penyerahan sumbangan kerana ada urusan bisnes. Laporan penuh projek akan diserahkan kepada MH Multitouch Resources sebagai tanda komitmen grup kepada pihak penajaan. Logo syarikat akan diletakkan di dalam kain rentang sebagai tanda penghargaan. Sila layari www.mhmultitouch.com untuk mengetahui maklumat lanjut.

Related Posts with Thumbnails