Showing posts with label Bengkel. Show all posts
Showing posts with label Bengkel. Show all posts

Sunday, October 26, 2014

SUBANG, 25 Oktober 2014 (kemaskini 9.00 pagi) – Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) telah melaksanakan Induksi Relawan TURDA – Projek Turun Ke Desa yang bermula semalam di Pusat Dakwah IOA Selangor, Subang. 16 relawan yang terdiri daripada Universiti Selangor (UNISEL) yang komited hadir untuk memperkukuhkan objektif dan memperkemas gerak kerja sebelum, semasa dan selepas projek. Para relawan dijangkakan fokus untuk Khidmat Pendidikan dan Kajian Sosio Budaya di Kg Tundangon, Ranau Sabah selama dua minggu bermula 17-31 Disember 2014 bagi meninjau keperluan masyarakat mualaf dari segi pendidikan dan bantuan asas. “Latihan di dalam induksi akan membantu relawan mendapat gambaran jelas melalui simulasi yang dijalankan”, kata Pengarah Projek Turda, Saudari Ummahatul. GPTD mendapat sokongan dan kerjasama daripada NGO Sabah, ABIM, Rumah Putera Harapan dan Universiti Malaysia Sabah dalam menjayakan projek kali ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun AmIslamic Bank atas nama GRUP PENGKAJI TAMADUN DUNIA UNISEL 124-202-200155-5.

Monday, October 22, 2012

Kuasa Minda & NLP melatih keupayaan otak

BESTARI JAYA, 20 Oktober 2012 - Kuasa Minda dan NLP telah merubah cara dan teknik berfikir para peserta yang hadir. Program yang dianjurkan oleh Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel telah dihadiri kurang lebih 100 peserta daripada pelbagai fakulti dari Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya. En. Fyrol Ikram Othman daripada Akademi Minda Holistik memberi penerangan terperinci fungsi dan peranan otak kanan dan kiri semasa sesi Kuasa Minda di sebelah pagi. Peserta juga dapat mengenal potensi dan karakter diri berdasarkan kecenderungan otak kanan atau kiri. Rawatan pertimbangan sunnah juga dikongsikan oleh penceramah agar dapat diaplikasikan oleh para hadirin. Beberapa orang peserta yang bertuah sempat meminta En Fyrol untuk melakukan imbas aura untuk mengesan potensi peserta. "Slot Kuasa Minda sangat mengujakan dan potensi otak yang Allah swt kurniakan perlu dimanfaatkan seoptimum mungkin", kata Cik Nurul Farhana Yahya, Pengarah Kuasa Minda.

Pada sesi petang, Bengkel Asas Neuro Linguistic Programming telah disampaikan oleh Faizal Kamal Mohamed daripada Jurulatih Akademi NLP Malaysia. Penceramah membuka slot dengan penuh ceria dan gelak ketawa peserta. Pengisian yang sarat dan padat dengan teori dan pengalaman sangat merangsang perhatian peserta. Pendekatan En Faizal yang menekankan tentang aplikasi NLP dalam kehidupan seharian memang sangat dipuji. Peserta juga telah direprogramkan minda melalui proses hipnosis bagi memberi fokus oleh penceramah. "Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta", kata Vilaiya Suvannarat selaku Pengarah Bengkel Asas NLP.
 
-Unit Media GU


Friday, October 19, 2012

Sukarelawan GPTD belajar seni kraf felt

BESTARI JAYA, 18 Oktober 2012 - Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel telah berjaya menganjurkan Bengkel Kraf Felt yang telah dibimbing oleh Sifoo Ame, pelajar Diploma Multimedia, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Para peserta seramai 15 orang begitu teruja dengan seni felt malah begitu obses dengan alatannya seperti jarum, benang, butang, gam uhu dan kain felt. Sifoo Ame telah menunjukkan langkah demi langkah cara menghasilkan dompet dengan hiasan hadapannya seekor lebah comel. Pilihan lebah adalah kerana GPTD telah menetapkan bahawa lebah sebagai maskot rasminya. Ini semua mengambil inspirasi daripada Surah An Nah dalam Al-Quran serta ciri-ciri unik yang terdapat pada lebah. "Terima kasih kepada Ame kerana sudi berkongsikan pengalaman dan ilmu untuk diajarkan kepada para peserta. Semoga bisnes dan rezekinya akan bertambah dan maju", kata En Izwan Suhadak, Penasihat GPTD Unisel. Turut hadir adalah Sdr Nor Hafiz, Presiden GPTD Unisel. Rata-rata peserta menyatakan keseronokan belajar seni felt dan berhasrat untuk serta lagi jika dianjurkan oleh GPTD. - Unit Media

Thursday, October 11, 2012

Belajar Bahasa Mandiri sebelum ke Pulau Ketam


BESTARI JAYA, 11 Oktober 2012 - Saudara Nazran atau dikenali sebagai Abang Buah (UNISEL) telah sudi mengajar secara sukarela Bahasa Cina. Lebih 20 orang sukarelawan GPTD yang hadir sebagai persiapan ke Kembara Alam di Pulau Ketam. Menurut fakta atau populasi adalah lebih 95 peratus penduduk Kg Nelayan Pulau Ketam terdiri daripada bangsa cina. Saudara Nazran memberi tumpuan dalam penguasaan perbualan ringkas melatih cara menyebut dengan selanga mandirin seperti Wo Pu Ming Pai  (saya tidak faham). Kelas bahasa seperti ini adalah latihan wajib yang merupakan latihan standard bagi sukarelawan GPTD yang akan pergi ke sesuatu tempat projek. Pada akhir kelas saudara Nazran telah mengajar serangkap lagu yang bertemakan ibu. Chi Sang Chi Wao Mawa Wa Hou, Xou Ma Chi Ha Zhi Xiang Ke Boo, Cheng Di Mou Di Huai Boa, Shing Fu Siang Fa Liaw. Yang akan di persembahkan ketika acara ke Pulau Ketam. - Unit Media


Oleh Hazirah Muhammad Rosli
                                                                                                      

Wednesday, October 10, 2012

Bengkel Asas NLP



 Dengan penuh rasa sukacitanya, @Gptd Unisel ingin menjemput semua untuk menyertai Bengkel Asas NLP (Neuro Linguistic Programming) pada 20 Oktober 2012 (Sabtu), 9.00 pg - 12.00 pg di BS Fsktm, Unisel BJ. {MAKAN&SIJIL disediakan}

Yuran Penyertaan:
RM5.00

Anda akan pelajari :
• Kuasa & inspirasi Komunikator
• Skil membaca nahasa badan
• Komunikasi Verbal & non-verbal
• Kesedaran sensitiviti
• Kuasai Emosi & Minda
• Hilangkan ketakutan & fobia
• Pengupayaan & Motivasi diri & orang lain
• Membina hubungan yang mesra
• Mengeluarkan sikap negatif dalam diri & orang lain

Siapa patut hadir:
• Pemimpin pelajar sekolah dan pelajar bermasalah
• Mahasiswa yang kurang keyakinan diri dalam kuliah
• Mahasiswa yang akan menempuh alam pekerjaan
• Pemimpin Mahasiswa yang ingin pengaruhi pengikut
• Guru yang ingin menarik perhatian semasa mengajar
• Staf yang ingin memperbaiki cara berkomunikasi
• Daie yang ingin berdakwah dengan berkesan
• Sukarelawan yang ingin mudah berinteraksi

Kenali penyampai:
Hamka Idris

Semoga dengan penyertaan ini dapat memberi manfaat kepada saudara/saudari.

Untuk pendaftaran Taip NLP NAMA NO. KP NO. TELEFON sms ke019.455.6271 (Elly) | 013.279.2875 (Vee) | 013.391.7122 (Amir)

Untuk menjadi ahli sila daftar di
http://bitly.com/gptdvolunteer

Friday, June 8, 2012

Bengkel Penulisan Rencana


Dalam usaha memugar budaya ilmu di kampus Unisel Bestari Jaya. Gptd Unisel mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Penulisan Rencana seperti berikut :

Tarikh : 16 Jun 2012, Sabtu
Tempat : BS3, Fsktm Unisel
Masa : 9.00 pg - 1.00 ptg

Terbuka kepada semua. Yuran hanya rm15.00. Jika ahli GPTD perlu bayar rm10 sahaja. Jamuan dan sijil disertakan. Jika berminat sila DAFTAR segera. SMS dan hantar ke 019.205.3197 atau 013.391.7122. Terhad kepada 20 peserta.

Kursus Asas Fotografi


Gptd Unisel akan menganjurkan Kursus Asas Fotografi pada 23 Jun 2012 (Sabtu), 8.30 pg - 4.30 ptg. Yuran hanya rm20 termasuk makan dan sijil. Jika ahli GPTD perlu daftar rm15 shj. Daftar boleh sms/hubungi 013.391.7122 Miss Nana. Terbuka kepada semua...Outdoor Photoshoot di Sekitar Unisel Kampus Bestari Jaya.
 

Tuesday, October 25, 2011

Induksi GPTD melahirkan sukarelawan adabi

TG KARANG, 23 Oktober 2011 - GPTD Unisel telah menganjurkan Induksi GPTD bagi mempersiapkan faham konsep Aktivisme, Intelektualisme dan Spiritualisme (Rohanisme) di kalangan sukarelawan. Sesuai dengan tujuan penubuhan, sukarelawan harus dibangunkan kefahaman mereka agar perlaksanaan kerja-kerja sukarela akan lebih tuntas dan penuh kesedaran maknawi. Pengenalan GPTD telah disampaikan oleh En Izwan Suhadak Ishak, Naib Presiden GPTD Pusat kepada para sukarelawan. Seramai 10 peserta yang terpilih untuk dilatih secara metod intensif-simulator bagi menghadam input-input penting di dalam konsep kesukarelaan.

Ekspedisi Sawah turut diadakan bagi meninjau kawasan sekitar yang alami. Para peserta diajar bagaimana menangkap makna-makna besar apabila berkomunikai dengan alam di samping koreksi diri tentang faham Hamba & Khalifah. Peserta juga sempat menulis wasiat (nasihat) kepada sahabat, kaum keluarga dan ibu bapa sekiranya panggilan Allah swt lebih awal. "Modul Induksi GPTD ini dirangka khas untuk para sukarelawan GPTD Unisel agar lebih tabah dan faham apabila melakukan kerja-kerja sukarela", kata En Izwan. Turut hadir sebagai penceramah adalah En Wan Ab. Rahman wakil Global Peace Mission (GPM) memberi taklimat perkembangan isu semasa di Selatan Thailand fokus kepada sukarelawan Jejak Pattani II.

"Kami harap selepas induksi ini para peserta dapat mengaplikasikan faham sukarelawan adabi bagi membina generasi  khayra ummah", kata Sdr Hdariyani, Penyelaras program merangkap Timbalan Presiden GPTD Unisel. Acara selesai selepas solat Asar dengan pergerakan beransur-ansur atas keterbatasan pengangkutan.

-Unit Media

Tuesday, March 2, 2010

Bengkel Asas Fotografi : 3 peserta lagi diperlukan


Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan tentang asas penggunaan kamera digital tidak kira kamera telefon, kamera digital (P&S), DSLR dan sebagainya. Antara asas-asas yang akan diberi tunjuk ajar ialah penggunaan ISO, apeture, shutter dan sebagainya. Ahli-ahli GPTD sangat digalakkan menyertai bengkel ini untuk lebih faham penggunaan kamera semasa membuat dokumentasi projek di lapngan

Peringatan:-

- Pengesahan di laman FB ini tidak bermakna anda telah mendaftar secara sah. Sila sahkan kehadiran anda kepada Saudara Epah - 0139733202.

- Makanan, nota & sijil akan diberikan oleh pihak penganjur.

- Kredit akan diberikan kepada mereka yang telah memiliki Kad Rekod Aktiviti Sukarelawan GPTD. Kepada mereka yang tiada akan diberikan semasa bengkel tersebut.

Terkini:-
PERHATIAN: Masih ada 3 kekosongan kerana 3 org telah menarik diri kerana tiada kenderaan utk ke bengkel ni (mereka dari Kelantan) Jadi kepada yang ingin sertai cepat2 hubungi aku ya!

Senarai peserta setakat jam 1.50pm, 24 Februari 2010:

1-Syafiq Hishamudin
2-Noor Jannah Afi
3-Mohd Ridzuan Yusof... See More
4-Abdul Hafis Mohdd Saiden
5-Hdariyani binti Kampun
6-Nur Shafika Abel binti Razali
7-Sabariah Abdullah
8-Mohd Nazri bin Abu Jalil
9-
10-
11-
12-Wan Ritini Wan Ismail
13-Nur Farahin Mispul
14-Farish
15-Fakhrul





Related Posts with Thumbnails