Showing posts with label PKPIM. Show all posts
Showing posts with label PKPIM. Show all posts

Monday, December 8, 2014

TURDA 2.0 : Sukeralawan Buat Persiapan Akhir


BESTARI JAYA, 8 Disember 2015 - Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel (Gptd Unisel) akan menjalankan misi Turun Ke Desa (TURDA) buat kali kedua di Ranau, Sabah. Kali ini melibatkan 20 sukarelawan daripada Unisel Kampus Bestari Jaya, Kolej Dar al-Hikmah, Kipsas dan UKM. Bergabung untuk merealisasikan objektif dan memberi khidmat kepada masyarakat di Pedalaman Sabah. Persiapan telah dibuat setahun awal selepas misi TURDA 1.0 berjaya dilaksanakan. TURDA 2.0 dipimpin oleh Sdri Ummahatul Hamimmah yang merupakan Majlis Tertinggi di dalam Majlis Perwakilan Pelajar Unisel sesi 2014.

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung. Para penaja daripada individu dan organisasi yang budiman amat membantu untuk menjayakan misi pada kali ini. Banyak cabaran dan rintangan yang dihadapi para sukarelawan sebelum ini. Sukarelawan yang serius dan istiqomah berjaya kekal dalam pasukan dan meneruskan misi rahmatan lil alamin ini. Kami mohon doa daripada anda semua agar TURDA 2.0 dapat capai objektifnya. 

Disediakan oleh Unit Media

Jika berminat untuk serta Gptd Unisel sebagai sukarelawan sila daftar di http://bitly.com/gptdvolunteer

Tuesday, May 6, 2014

SUKARELAWAN MALAYSIA MENGAJAR ENGLISH DI YALA

YALA 22 April 2014 - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Foundation For Education & Human Resource (FEHRD) telah menjayakan Jejak Patani | Khidmat Pendidikan English Camp di Sekolah Santitham A,Muang J, Yala, Thailand. Turut dibantu oleh sukarelawan Grup Jejak Patani dan Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK). Seramai 10 sukarelawan yang mengikuti program ini bermula dari tanggal 18 hingga 22 April 2014. Projek ini bertujuan untuk membimbing seramai 120 pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah dalam memantapkan penguasaan bahasa inggerish dalam kalangan peserta. Elemen jati diri dan spritiual diterapkan dalam kalangan peserta seperti aktiviti yang melibatkan permainan diluar bilik darjah. 

"Kami rasa terpanggil untuk mengajar di sini selepas memahami cabaran pertembungan budaya Melayu-Siam yang menyebabkan anak-anak Melayu Muslim merasa rendah diri. Bukan sahaja penguasaan bahasa Inggeris yang lemah malah, menghadapi masalah bertutur dalam bahasa Melayu piawai", kata saudari Tengku Farhanan selaku pengarah projek. Timbalan Gabenor Wilayah Yala sempat berkunjung melihat projek ini dan memuji segala usaha yang telah dilakukan. Projek ini adalah projek tahunan dan akan diteruskan setiap tahun. Grup Jejak Patani adalah entiti di bawah Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD UNISEL). Kami mengalu alukan penyertaan sukarelawan yang serius membantu perjuangan pendidikan dan seterusnya menyumbang kepada perjuangan pendidikan masyarakat Patani. Jika berminat sila daftar di http://bitly.com/gptdvolunteer

Disediakan oleh,
Sukarelawan Grup Jejak Patani

Wednesday, March 13, 2013

Diskusi Hamka Indonesia-Malaysia

HMINEWS.Com – Rombongan mahasiswa yang tergabung dalam Group Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) Universiti Selangor (UNISEL), khusus pengkaji pemikiran Hamka datang ke Jakarta. Dalam rangka napaktilas Hamka, mereka juga bertemu dengan Pengurus Besar HMI MPO di Jagakarsa, Jakarta Selatan.

Ditemani jajaran Pengurus Besar Pelajar Islam Indonesia (PII), rombongan yang terdiri dari 6 orang tersebut bertandang ke PB HMI MPO dan berdiskusi banyak hal. Mulai dari perkaderan di masing-masing organisasi sampai rencana kerjasama kedepan.

Keenamnya adalah Shazuan Hazizi Rosli, Azmah Binti Aede, Norhafidzah Arifah Suhardi, Riza Aidil Azis, Rozaidi Jamaludin, serta Izwan Suhadak Ishak. Sedangkan dari PB PII, Helmi Aldjufri dan Kartika Mayasari (Ketua Korpus PII-wati).

Diskusi utama adalah mengenai pemikiran Hamka, ulama sekaligus sastrawan besar Indonesia yang telah mendunia. “Hamka ini bukan hanya milik Indonesia, tetapi sudah jadi milik dunia,” ujar Izwan Suhadak (9/3/2013). Dan karena itulah ada kelompok pengkaji di GPTD yang khusus mengkaji pemikiran Hamka.

Ketua Umum PB HMI MPO, Alto Makmuralto, menguraikan banyak hal yang mereka tanyakan. Di antaranya, di Indonesia sendiri, anak-anak muda kini makin jarang yang kenal Hamka dan pemikirannya. Menurut Alto yang telah membaca banyak karya Hamka tersebut, di sejumlah kalangan Hamka lebih dikenal sebagai sastrawan, padahal sekaligus tokoh yang pernah dipenjara di masa Orde Lama tersebut adalah seorang ulama, terbukti dari karyanya yang monumental, Tafsir Al Azhar.

Menurut Ketua Komisi HI, Abdul Malik Raharusun, minimnya minat anak muda pada kajian intelektual ke-Indonesiaan, seperti terhadap karya-karya Hamka dan yang lainnya memang memprihatinkan. Namun dengan adanya Grup Hamka dari GPTD tersebut dan mulai difilmkannya karya-karya sastra Hamka diharapkan mampu menginspirasi anak muda untuk kembali meliriknya. []

Tuesday, June 26, 2012

Peluncuran dan Wacana Buku Islam dan Melayu


Gptd Unisel
AMPANG, 25 Jun 2012 – Sebuah peluncuran buku telah diadakan di Hotel De Palma Ampang. Buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat, karya Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah. Majlis bermula sekitar 7.00 malam dengan pendaftaran para tetamu yang hadir. Majlis diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah. Majlis pelancaran buku bermula sekitar jam 9.00 malam setelah para jemputan khas tiba di lokasi. Sebelum majlis diteruskan, majlis dibuka dengan Ummul Kitab, al-Fatihah. 

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Datuk Idris Jauzi. Majlis diambil alih oleh Pengerusi Majlis, Saudara Mohd Shazni untuk mempersilakan Saudara Mohd Zaib untuk membacakan Surah Al-Alaq (Iqra). Selesai surah dibacakan, maka terlancarlah buku karya Dr. Siddiq Fadzil. Seterusnya, ucapan pengantar dan sedikit ulasan oleh Dr. Siddiq berkenaan karyanya. Beliau tidak pernah menyangka bahawa bukunya mendapat perhatian umum. Beliau mahu Melayu bangkit dan Melayu hanya akan maju dengan Islam. Dr. Siddiq menegaskan ‘berani bersikap dan berani berkata tidak’. 

PhotoAcara diteruskan dengan deklamasi sajak oleh Rozan Azen Mat Rasip dan wakil Pkpim Saudara Shahril. Majlis diambil alih oleh Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman sebagai moderator bagi memulakan diskusi buku. Panelis 1 ialah Prof. Mohd Nor Nawawi dan Dato’ Kamarudin Jaffar sebagai Panelis 2. Prof. Mohd Nor Nawawi membangkitkan beberapa persoalan kepada para pembaca berkenaan buku ini. Hal ini demikian, beliau mahu para pembaca memahami dan mengetahui mengapa buku Dr Siddiq perlu menjadi bahan bacaan utama. Panelis Dato’ Kamarudin bersetuju dengan Panel 1 dan menyatakan bahawa buku ini perlu menjadi bacaan wajib buat generasi muda agar mereka memahami kaitan antara Islam dan Melayu. 

Sekitar jam 10.30 malam, ucapan pidato khas oleh Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil tempat. Beliau berpidato mewacanakan buku Islam dan Melayu. Beliau menegaskan kepentingan wasatiyyah, yang merangkumi keamanan, keadilan dan amanah pemerintah untuk rakyat. Majlis berakhir ssekitar jam 11.00 malam dan ditutupi dengan tasbih Kafarah dan suratul ‘Asr.

Nota : Buku ini harus menjadi bacaan wajib, andai mahu mengetahui kenapa hanya dengan Islam baharu Melayu maju. Sesungguhnya anda dalam kerugian jika tidak membaca buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat, karya Dr Siddiq Fadzil

unit media GPTDunisel

Monday, January 31, 2011

Forum Analisis Perkembangan Terkini Timur Tengah

Sila klik pada poster untuk paparan lebih besar. Jika pelajar Unisel Bestari Jaya berminat untuk turut serta sila hubungi Hani di talian 010.269.3310 bagi urusan pengesahan dan pengangkutan.

Thursday, December 9, 2010

Catatan Kembara XPDC Wali Songo


"Kembara diri dan jiwa. InsyaAllah."

Bismillah.

Ini pengalaman saya selaku exco PKPIM menyertai Ekspedisi Menjejak Wali Songo anjuran Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) UNISEL yang bukan sekadar berobjektifkan jalan-jalan ke Makam Wali Allah itu. Namun ia merupakan kembara panjang (2 minggu) dalam menjalani tarbiyyah Allah dimuka bumi-Nya. Di tempat asing dan di temani sahabat seperjuangan seramai tujuh orang, malah tiga daripadanya adalah muslimah, menjadikan kami cepat akrab sebagai satu pasukan.

Awal ketibaan kami di Tanah Jawa, Sang Merapi menyambut mesra dengan butir-butir debu melaju menyimbah udara sekitarnya. Alhamdulillah, sepanjang empat hari di Yogjakarta, tiada apa-apa yang buruk menimpa kami. Syukur panjang kami panjatkan kepada Ilahi. Moga itu adalah tanda redha-Nya pada kembara kami ini. InsyaAllah.

Persahabatan yang terjalin bersama mahasiswa-mahasiswa Indonesia membuahkan pelbagai hikmah. Kami masih sangat berterima kasih kepada sahabat-sahabat dari Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) yang banyak membantu kembara kami di Yogjakarta, Semarang dan Surabaya. Hingga soal penginapan, makan dan minum juga banyak yang terbantu. Malah kepada sahabat dari Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) dan Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indeonesia (KAMMI) yang sangat mesra menerima kunjungan dan ziarah kami.

Sejujurnya ziarah ini bukan sekadar memaut ukhuwwah, malah menguatkan idealisma perjuangan mahasiswa yang kebanyakan diskusi antara kami banyak membicarakan soal mewujudkan masyarakat yang lebih baik, dakwah Islam itu sendiri dan soal meningkatkan kesedaran pemuda Islam mengenai kepentingan menyumbang kepada masyarakat. Malah perkongsian kami bukan sekadar itu, tetapi meliputi hubungan dakwah Malaysia-Indonesia dan harapan-harapan agar syiar Islam akan terus menyinar di bumi Allah ini.

Saya juga telah dijemput untuk diwawancara oleh Radio Suara Muslim Surabaya, salah satu saluran radio terbesar di Surabaya untuk berkongsi pengalaman kembara dan memperkenalkan PKPIM sebagai salah satu NGO dakwah di Malaysia. Kami juga berkesempatan membuat pertemuan bersama editorial Majalah Suara Hidayatullah, Kepimpinan Lembaga Dakwah Kampus (LDK), dan Ikatan Mahasiswa Hidayatullah yang kesemua mereka merupakan bekas pelajar di Pesantren Hidayatullah.

Sebuah pesantren terbesar di Indonesia. Alhamdulillah. Pengalaman ini membuatkan saya terfikir akan pengaruh media dalam dakwah dimana jika di Malaysia keadaannya mungkin lebih baik. Maksud saya, di Malaysia tiada cabaran seperti Indonesia dimana saluran radio dan televisyennya bebas menyiarkan rancangan-rancangan dari pelbagai agama. Pada saya itu satu cabaran besar buat pendakwah Islam di Indonesia dan melihat kesungguhan sahabat-sahabat baru saya ini, membuatkan hati semakin yakin dengan jalan perjuangan yang dipilih. Allahuakhbar.

Selain itu, kembara ke Makam Wali Allah ini banyak membuka mata kami dalam mencari kebenaran. Sebenarnya wali-wali Allah ini bukanlah satu individu sahaja yang menyampaikan ajaran Islam di Tanah Jawa, tapi sebenarnya sekumpulan anak muda yang dihantar untuk menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat disana. Malah sebenarnya bukan sembilan ini saja bahkan ramai lagi wali-wali Allah yang mungkin kisahnya tidak diceritakan seperti Wali Songo.

"Masih mampu tersenyum walau kelelahan."

Sejujurnya kembara ini punya beribu hikmah yang tak tertuliskan semua. Soal kembara diri dan jiwa. Soal pengabdian diri kepada Allah yang bukan hanya berkisar soal Ibadah, tetapi juga soal kerja-kerja dakwah, membantu mereka yang memerlukan dan sebagainya. Malah sebagai seorang muslimah, saya kira perjuangan seorang wanita tidak hanya perlu dibelakang tabir, tetapi juga ada waktunya kita harus kehadapan dalam menyampaikan kebenaran.

Soal kerjasama berkumpulan, sebenarnya bukan sahaja dalam soal tugasan sahaja walaupun ia sangat perlu sewaktu dalam kembara. Tetapi juga dalam penjagaan kembara rohani secara jamaie seperti solat berjemaah, qiyamullail, tazkirah dan tidak dilupakan bacaan ma'thurat harian sebagai bekal diri dan pasukan.

Alhamdulillah, hingga di hujung kembara, setiap pengalaman dirasai manisnya. Walau sebenarnya tugasan harus disambung di Malaysia, namun penghayatan atas segala tarbiyyah-Nyadiharapkan mampu menjadikan kami ini muslimah-muslimah yang akan menyumbang kepada ummat. InsyaAllah.

Siti Nur Dalila Melatu Samsi
Exco PKPIM 2010/2011 juga merupakan aktivis GPTD yang mengikuti XPDC WALI SONGO 2010 ke Jawa, Indonesia

Wednesday, October 27, 2010

Presiden PKPIM saran bertukar buah fikiran

Gombak, 27 Oktober 2010 - Grup Wali Songo berpeluang bertemu dengan Presiden PKPIM Pusat, Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz. Pertemuan ini penting bagi mendapatkan nasihat dan pesanan penting bagi mengetahui isu terkini gerakan mahasiswa di Malaysia. Pengalaman luas PKPIM dalam dakwah di peringkat nasional dan antarabangsa sangat memberi makna yang besar kepada aktivis GPTD.

Sdr. Faisal menyarankan agar diadakan pertemuan dengan rakan-rakan mahasiswa Islam di sana antaranya Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) dan Persatuan Islam Indonesia (PII) yang merupakan badan gabungan Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT). Kepemimpinan PKPIM telah diamanahkan sebagai Presiden dan Setiausaha Agung pada pemilihan yang lepas.

"Ambil peluang bertukar buah fikiran bersama mahasiswa Indonesia", kata Sdr Faisal kepada aktivis Grup Wali Songo. "Jika boleh ziarah ke Toko Buku dan dapatkan buku-buku yang sangat banyak dan berkualiti dengan harga yang murah", pesan beliau lagi. Turut dalam XPDC Wali Songo kali ini adalah dua orang Exco iaitu Sdri Raudhah dan Sdri Siti Nur Dalila.

Thursday, August 26, 2010

Konflik Malaysia-Indonesia: Hormati Rukun Muafakat

KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

24 Ogos 2010/ 14 Ramadhan 1431 H

KONFLIK MALAYSIA-INDONESIA: PKPIM DESAK HORMATI RUKUN MUAFAKAT

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada tindakan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang dilaporkan telah melemparkan najis ke dalam perkarangan kedutaan termasuk bendera Malaysia sambil dipijak-pijak dalam satu tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia di Jakarta.

PKPIM menggesa agar agar seluruh mahasiswa dan generasi muda Indonesia supaya bertenang dan jangan sama sekali terpengaruh dengan tindakan provokasi murahan yang sengaja diadakan oleh pihak tertentu untuk menjerumuskan umat Islam kedua-dua negara ke dalam konflik yang direncanakan.

Justeru, PKPIM mendesak agar seluruh anak muda khususnya mahasiswa Indonesia agar sama-sama menghormati lima Rukun Muafakat dan pendirian bersama yang dicapai sebagai panduan dan inisiatif untuk mencari titik noktah kepada pertikaian dan persengketaan yang telah berlarutan. Baca seterusnya...

Lima Rukun Muafakat tersebut telah dipersetujui antara pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mewakili seluruh pelajar Malaysia dan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) yang mewakili seluruh pelajar Indonesia atas keinsafan berdasarkan hakikat bahawa terdapat usaha untuk memecahbelahkan rumpun Melayu-Islam antara kedua-dua negara.

Lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama yang telah ditandatangani pada 11hb September 2009 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1430H oleh Presiden kedua-dua persatuan ini telah menegaskan lima perkara yang seharusnya dijadikan sebagai pendirian sikap antara mahasiswa kedua-dua negara.

Kelima-lima Rukun Muafakat berkenaan adalah:

1) Menginsafi nilai persaudaraan Islam dan persamaan rumpun Melayu antara rakyat Malaysia-Indonesia dalam berhadapan dengan pelbagai isu yang melibatkan kedua-dua negara.

2) Memberi keutamaan kepada pendekatan yang bersifat musyawwarah, diplomasi, perbincangan dalam menghadapi sesuatu isu yang melibatkan kepentingan bersama.

3) Menjauhi sebarang tindakan yang bersifat emosi semata-mata di mana akhirnya menjurumus kepada kekerasan dan kebuntuan dalam mencari jalan penyelesaian.

4) Menyeru generasi pelajar kedua-dua negara untuk memupuk persefahaman yang ampuh dan jitu dalam semua aspek termasuk kebudayaan, idealisme, ekonomi, sosial, keselamatan dan sebagainya.

5) Melahirkan generasi pelajar Malaysia- Indonesia sebagai agen penyatu masyarakat kedua-dua negara sekiranya terdapat sebarang konflik terkemudian yang timbul.

Maka, atas rasa tanggungjawab, PKPIM mengharapkan agar lima rukun ini sentiasa dihormati dan disemangati oleh anak muda kedua-dua buah negara memandangkan jalinan pertalian antara kedua-dua negara seringkali dilihat rapuh dan goyah.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM sentiasa mengalu-alukan medium perbincangan dan rundingan untuk kita bersama-sama tamatkan sebarang bentuk dan usaha provokasi yang sentiasa mahu dinyalakan oleh pihak tertentu.

Sumber : PKPIM

Ulasan Presiden

Kami mengalu-alukan dan bersetuju dengan Rukun Muafakat yang telah dinyatakan oleh PKPIM dan PII yang menyarankan dialog antara kedua buah negara yang latar sejarahnya yang unik dan mirip serumpun. Maka tidak wajarlah perkara tersebut di seret berpanjangan sehingga menjejaskan persahabatan dan semangat serantau. Berdasarkan pengalaman dan hubungan GPTD dengan NGO Islam Indonesia amatlah mengembirakan dengan sambutan dan jalinan yang terbina selama ini. Insya Allah jaringan antara Malaysia-Indonesia akan terus diikat simpul mesra atas nama aqidah yang satu.

Nota : Muhammad Izzat Chiaril Anwar merupakan Presiden Gptd Unisel yang telah mengikuti XPDC Hamka I & II ke Maninjau dan Jakarta.


Related Posts with Thumbnails