Thursday, March 15, 2012

Risalah Madani Edisi Mac 2012 Terbit



Risalah Madani Mac 2012

Diskusi Isu Semasa @ Save Syria


BESTARI JAYA, 14 Mac 2012 – Bertempat di Dewan Senat, Tingkat 3 Bangunan Canselory, berlansungnya sebuah program iaitu, ‘Save Syria Campaign’. Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada para mahasiswa  dan mahasiswi Unisel agar lebih peka dengan isu semasa seperti isu yang berlaku terhadap saudara kita di bumi Syria. 15 Mac 2011, revolusi Syria bermula untuk menentang kerajaan pimpinan Basar al-Asad, seorang pelampau Syiah. Dewan Senat dipenuhi hampir 40 orang mahasiswa dan mahasiswi Unisel Kampus Bestari Jaya. Acara dimulakan dengan bacaan doa bagi memohon keberkatan dari Illahi.  Acara diteruskan dengan ucapan dari Saudara Muhd Shazni bin Abdullah, wakil dari PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia). Sebelum acara diteruskan, persembahan selingan dipersembahkan kepada para hadiran, iaitu

penyampaian puisi oleh Penasihat GPTD (Grup Pengkaji Tamadun Dunia), Encik Izwan Suhadak bin Ishak, bersama mahasiswi Unisel Saudari Shakilah binti Abdullah dan Saudari Siti Wan Ratna binti Johari. Program diteruskan dengan Majlis Perasmian ‘Save Syria Campaign’ oleh Yang Berbahagia Professor Ir. Mohamed bin Daud. Program tiba dikemuncaknya iaitu ucapan khas berkenaan Syria oleh  Saudara Jufitri bin Joha, Naib President ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). Program diteruskan dengan tayangan video keadaan Muslim Sunni di Syria. Program di akhiri dengan tasbih Kafarah dan Suratul ‘Ashr serta sesi fotografi. 





FORLOT - Sistem Demokrasi Pilihanraya dan Generasi Muda


BESTARI JAYA, 12 Mac 2012 – FORLOT, nama singkatan bagi Forum Lorong Tengah yang diadakan bagi membincangkan isu berkaitan demokrasi, FORLOT bertempat di Dewan Biru Unisel. Acara ini diadakan dalam bentuk forum. Program dihadiri seramai hampir 40 orang mahasiswa dan mahasiswi Unisel Bestari Jaya. Para panel dari luar telah diundang bagi menjayakan program FORLOT.  Antara panel yang diundang ialah Ahmad Fahmi wakil PKPIM (Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia), Azan Safar wakil GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia), Fahmi Reza dari Occupy Dataran, dan Firdaus Zolkofli dari Mesin Cetak Diskopi. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Muhammad Fakhrul Amiruddin bin Hamdan. Forum antara panel dimulakan dan moderator pada malam tersebut ialah Ahmad Fawwaz Afifi bin Jamaludin. Perbincangan para panel begitu rancak dan berakhir pada jam 11.30 malam dan FORLOT berlansung selama 3 jam. Jualan buku-buku ilmiah turut berlansung di dalam dewan sewaktu  FORLOT berlansung. FORLOT diakhiri dengan Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Ashr dan sesi berfotografi. Sebelum para panel pulang, mereka dijamu di kafe PKP (Pusat Komuniti Pelajar) Unisel.










Sunday, March 11, 2012

Mahsiswa dan Mahasiswi Unisel di Medan Sasar

KUALA SELANGOR, 10 Mac 2012 -  Seramai  36 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Selangor kampus Bestari  Jaya bersama seorang pengiring, Encik Izwan Suhadak bin Ishak telah menyertai satu sesi latihan memanah di kompleks Sukan Kuala Selangor anjuran Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) UNISEL. Para peserta mula berkumpul di Dewan Biru, PKP Unisel seawal jam 7.30 pagi untuk sesi taklimat ringkas mengenai pergerakan ke kompleks sukan tersebut. Para peserta mula bertolak dari UNISEL ke Lapangan Sasar Kompleks Sukan Kuala Selangor dengan menaiki bas pada jam 8.30 pagi dan tiba pada jam 9.00 pagi. Setibanya di lokasi tersebut para peserta diberikan sedikit taklimat dan penerangan mengenai cara-cara dan peraturan memanah oleh Puan Faizah yang merupakan jurulatih untuk latihan memanah tersebut. Kemudian, para peserta melakukan sedikit senaman ringan sebelum memulakan sesi latihan memanah. Seterusnya sesi latihan telah dijalankan pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Selepas itu para peserta diberikan rehat untuk makan tengah hari dan menunaikan solat fardu Zohor. Pada pukul 2.00 petang sesi memanah tersebut telah diteruskan dengan “Archery Mini Tournament” iaitu pertandingan antara para peserta. Pertandingan ini dilakukan sebanyak dua pusingan iaitu pusingan pertama dijalankan untuk menentukan ranking antara para peserta dan pusingan kedua untuk mencari kedudukan tempat pertama, kedua dan ketiga. Pertandingan ini telah berlangsung sehingga pukul 5.00 petang. Pertandingan bagi kategori lelaki telah dimenangi oleh Ahmad Asyraf bin Mohd Sean. Manakala bagi kategori perempuan dimenangi oleh Nur Aisyah binti Mohd Sean. Pada pukul 5.00 petang para peserta menunaikan solat Asar dan bertolak pulang ke UNISEL.

Sesi taklimat oleh Puan Faizah @ Mama




Bersiap sedia memanah camera man

Para pemanah fokus ke arah sasaran.




Sesi fotografi bersama finalist "Mini Archery Tournament"

Bersama peserta mahasiswi


Sesi fotografi sebelum berangkat pulang ke Unisel

'Kembara Minda' 4S bersama Fasilitator Unisel.

BATANG BERJUNTAI, 10 Mac 2012 - Program 'Kembara Minda' anjuran bersama Sekolah Mengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Syah, GPTD (Grup Pengkaji Tamdun Dunia), PPMU (Persatuan Penggerak Mahasiswa Universiti) dan PEPIAS  (Persatuan Pelajar Selangor). Seramai 15 orang fasilitatortelah  menjayakan program Kembara Minda di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Syah di Batang Berjuntai. Program ini disertai seramai 41 pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Program ini dimulakan seawal jam 8 pagi dengan aktiviti MASS iaitu aktiviti 'Pintu Gerbang'.  Program diteruskan dengan sesi LDK 1 iaitu sesi ta'aruf, ice-breaking dan mind-setting. Antara aktiviti yang dijalankan dalam LDK 1 ialah 'Tak Kenal, Maka Tak Cinta' dan 'Terbang Kau Hilang'. Selepas itu, LDK 2 diteruskan. Pada sesi LDK 2, pelajar Muslim dan Non-Muslim diasingkan. Aktiviti yang dijalankan untuk pelajar Muslim ialah 'Imam 5 Masjid'. Kepentingan solat dipentingkan dalam aktiviti ini. Aktiviti bagi pelajar Non-Muslim ialah 'Pokok Kelapa vs Anda'. Para peserta diminta untuk menyenaraikan kelebihan pokok kelapa dan kelebihan diri sendiri. 11.00 pagi para fasilitator dan para peserta dibenarkan berehat dan slot motivasi oleh Dr. Wan Noor Asmara, pegawai kesihatan Unisel bermula 15 Minit kemudian. Majlis Perasmian Penutupan program berlansung pada 12.30 tengah hari. Majlis dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Sasuraja a/l Kolundai. Majlis bersurai sekitar jam 1.30 petang dan para fasilatator dijamu makan tengah hari sebelum pulang ke Unisel. Selesai solat Zuhur di Masjid Umar bin Abdul Aziz, Unisel, post-mortem bagi program 'Kembara Minda' diadakan dan di ketuai oleh PC, Program Coordinator Encik Muhammad Hafiz, Timbalan President PEPEIAS.

Monday, March 5, 2012

Hari Terakhir berkampung bersama Orang Asli di Unisel Bestari Jaya

Disediakan oleh Shakilah Sanaani Abdullah


BESTARI JAYA, 4 Mac 2012 - Detik-detik terakhir bersama para peserta orang asli dari Perak diisi dengan cukup padat. Hari dimulakan dengan solat Subuh berjemaah di Masjid Umar bin Abdul Aziz seawal 5.30 pagi. Agenda diteruskan dengan sesi beriadah diperkarangan masjid dan para peserta disajikan dengan sarapan pagi di kafeteria Pusat Komuniti Pelajar (PKP). Agenda utama dimulakan pada 11 pagi, iaitu Majlis Perasmian Penutupan Program Membentuk Jati Diri, yang dirasmikan oleh Encik Izwan Suhadak, Penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel. Majis dimulakan dengan Ummul Kitab Al-Fatihah bagi memohon berkat dari Yang Maha Kuasa. Selama berlansungnya majlis, para hadirin turut disajikan dengan persembahan tarian sewang dari para peserta program. Selain itu, seorang wakil peserta, Aken bin Aju turut memberi ucapan berkenan program yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam.  Selesai majlis penutupan, penyampaian cenderahati kepada wakil dari JAIP (Jabatan Agama Islam Perak), JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan kedua-dua buah sekolah berlangsung, serta sijil penyertaan diserahkan kepada wakil peserta. Para peserta pulang ke Perak sesudah solat Zuhur berjemaah dan makan tengah hari di masjid. Sebelum para peserta berangkat menuju ke bas mereka, para peserta bersalaman bersama para fasilitator. Air mata tanda sayang meninggalkan Unisel dan para fasilitator mengiringi para peserta. Semoga para peserta dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah mereka pelajari sepanjang berkampung di Unisel Kampus Bestari Jaya. Menimba ilmu bukan hanya untuk diri, tapi untuk ubah keluarga dan kaum.

Orang Asli Berkampung di Unisel - Hari ke-2

Disediakan oleh Shakilah Sanaani Abdullah


BESTARI JAYA, 3 Mac 2012 - Berlansung hari ke-2 Orang Asli berkampung di Unisel, Bestari Jaya. Hari dimulakan dengan solat subuh berjemaah di Masjid Unisel. Agenda diteruskan dengan aktiviti riadah di IPIS yang diketuai oleh para fasilitator. Seterusnya para pelajar dijamu dengan sarapan dan slot "Celik IT" dimulakan seawal 9 pagi di makmal 208 dan makmal 209 di Fakulti Komputer Sains dan Teknologi Maklumat (FSKTM). Para peserta dikendalikan oleh para pelajar FSKTM dan slot berlangsung selama 2 jam. Program diteruskan dengan slot motivasi "Aku Pun Boleh Berjaya" oleh wakil daril Majlis Perwakilan Pelajar, Cik Hdariyani bt Kampun. Sesudah solat Zuhur berjemaah dan makan tengah hari, slot "Mari Berbahasa Inggeris" yang dikendalikan oleh para pelajar Ijazah Sarjana Muda TESL (Teaching English as Second Language) dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial. Selesai solat Asar berjemaah, para peserta dibenarkan pulang bagi khidmat diri dan bersedia untuk solat Maghrib dan makan malam, dan meneruskan agenda program. Sesi slot motivasi 2 "Transformasi Diri" disampaikan oleh Encik Izwan Suhadak bin Ishak, Penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel. Majlis bersurai bagi menberi laluan kepada para peserta untuk beristirehat.

Saturday, March 3, 2012

Orang Asli berkampung di Unisel Bestari Jaya

Disediakan oleh Shakilah Sanaani Abdullah

BESTARI JAYA, 2 Mac 2012 - Seramai 40 pelajar orang asli dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Rambutan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta bersama 5 orang guru pengiringtelahtiba di Unisel tepat pada jam 8 malam pada 2 Mac 2012. Pendaftaran para peserta dijalankan di Masjid Umar bin Abdul Aziz. Para pelajar bakal mengikuti satu program kerjasama di antara pihak Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel, Jabatan Agama Islam Perak, Kelab Mubaligh Orang Asli Perak sedang berlangsung bermula 2 hingga 4 Mac 2012. Program tersebut ialah Membentuk Jatidiri”. Setibanya para pelajar, mereka dijamu dengan santapan makan malam, seterusnya solat Isyak berjemaah dan diberi taklimat berkenaan perjalanan program.

Para peserta dibahagikan kepada enam buah kumpulan di bawah seliaan dua orang fasilitator. Kemudian, sesi taaruf bermodul dijalankan oleh fasilitator bersama para peserta dan sesi ini berakhir pada jam 10 malam. Selepas itu, para peserta di beri kunci hostel dan para fasilitator menginap bersama para peserta. Majlis bersurai pada jam 11 malam untuk menberi peluang kepada para peserta khidmat diri selepas empat jam perjalanan dari Perak menuju Unisel Bestari Jaya, Selangor.



Related Posts with Thumbnails