Wednesday, July 10, 2013

LAPORAN KUNJUNGAN BALAS MAHASISWA PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY



06 Julai 2013, Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya - Seramai 45 orang mahasiswa daripada Prince of Songkla University, Patani di Selatan Thailand telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Selangor Bestari Jaya. Mereka tiba di Unisel pada jam 8.00 pagi. Kehadiran mahasiswa daripada Prince of Songkla University disambut mesra oleh wakil pimpinan Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel iaitu Muhammad Fakhrul Amiruddin bin Hamdan, Tengku Farhanan Binti Tengku Mohamed serta Siti Nur-Alia Binti Che Burhan. Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) sebagai pengelola Lawatan Sambil Belajar Mahasiswa Prince Of Songkla University. Antara tujuan kita adalah untuk membina jaringan antara Kampus Universiti Selangor dengan Prince Of Songkla University selain mengadakan kunjungan balas selepas sukarelawan GPTD telah melaksanakan Projek Jejak Pattani untuk member khidmat Pendidikan dan kajian Sosio Budaya. Lawatan ini turut dihadiri oleh Encik Zulfikri Bin Mohd Kamil sebagai Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar, Encik Izwan Suhadak selaku Penasihat GPTD Unisel, Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Wakil Persatuan dan Kelab serta barisan pimpinan GPTD Unisel.

Program berlangsung dengan ucapan daripada Setiausaha Agung Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) oleh saudari Siti Nur-Alia Binti Che Burhan. Wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Selangor (MPP) turut member ucapan iaitu saudara Khairul Anwar Bin Korai selaku Naib Timbalan Yang Dipertuan MPP. Majlis Perasmian berlangsung pada jam 10.30 pagi dan telah dirasmikan oleh Encik Zulfikri Bin Mohd Kamil selaku Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar. Dalam ucapan beliau, menegaskan bahawa walaupun kita berlainan Negara tetapi  kita adalah saudara seagama dan seakidah serta kita semua adalah satu rumpun. Justeru itu, segala pandangan serta idea baru perlulah  dikongsikan bersama dalam pembentukan generasi yang hebat. Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi Dialog Mahasiswa diantara Mahasiswa Prince Of Songkla University dengan Mahasiswa Universiti Selangor yang dikendalikan oleh saudara moderator Muhammad Fakhrul Amiruddin Bin Hamdan. Antara tema utama Sesi Dialog ini ialah ‘’Building Relationship Toward Successful Ummah’’.

Membina jaringan dan hubungan luar Negara dalam melahirkan generasi yang Berjaya merupakan topic perbincangan yang akan disentuh padasesi dialog ini. Melihat kembali sejarah tokoh-tokoh dunia islam kotemporari seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan Kota Konstantinopel pada usia 21 tahun dan Sultan Salehuddin Al-Ayyubi yang menawan kembali Jarussalam ke tangan orang islam. Inilah antara tokoh generasi muda yang harus dicontohi serta menjadi teladan bagi generasi muda hari ini. Sebagaimana semangat, kekuatan, keazaman dan kepimpinan yang ditonjolkan, tidak ada yang mustahil akan berlaku juga perkara yang sama sebagaimana bangkitnya generasi muda dalam memperjuangkan kebenaran dan menegakkan keadilan. Isu umat islam yang tertindas di Negara-negara seperti di Syria, dan di Mesir semuanya digerakkan oleh gerakan generasi muda yang mahukan perubahan. Justeru itu, lima resolusi yang disepakati bersama diantara Mahasiswa Prince Of Songkla University dengan Mahasiswa Universiti Selangor antaranya ialah :-

1)       Bertukar perkongsian penulisan berita ,artikel dan kajian dua buah Negara iaitu Malaysia, dan Thailand. Semua Negara haruslah menulis antaranya melalui Facebook dan Website.
2)       Mengadakan kerjasama program dalam bentuk kepimpinan dan turun kelapangan merentasi sempadan Negara.
3)       Membuat Facebook Group agar membuka ruang untuk perbincangan dengan lebih tuntas juga penyebaran maklumat secara cepat dan tepat.
4)       Menerbitkan markalah bercetak  yang menghimpunkan hasil penulisan dua Negara secara konsisten.
5)       Mewujudkan satu portal yang menghimpunkan koleksi gambar program yang di jalankan oleh mana-mana pihak.

Seterusnya, diharapkan jaringan yang terbina ini tidak akan sampai disini serta dapat berkembang luaskan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Selatan Thailand. Perkongsian maklumat, gerakan mahasiswa serta perkara-perkara yang boleh digerakkan bersama harus di pupuk dan dijaga sebagai salah satu misi Rahmatan lil alamin.

Laporan Disediakan Oleh :

Muhammad Fakhrul Amiruddin Bin Hamdan
Fakulti Science & Biotechnology, Universiti Selangor.

Thursday, March 14, 2013

IKUTI Temubual Eksklusif Isu Lahad Datu-Sulu oleh Asree Sug

#http://www.youtube.com/watch?v=QwE4NtvCtYs

GPTD Unisel ingin mencari sukarelawan yang berminat untuk menjalankan projek khidmat pendidikan & kajian sosio-budaya di Sultanate of Sulu Darul Islam. Jika berminat sila daftar di http://bitly.com/gptdvolunteer | atau berikan NAMA NO. KP No Tel kepada emel gptdunisel@gmail.com atau SMS di 013.391.7122. Sangat mengalu-alukan Tausug (orang suluq) yang berada di Malaysia terutama dikalangan mahasiswa.

Wednesday, March 13, 2013

Diskusi Hamka Indonesia-Malaysia

HMINEWS.Com – Rombongan mahasiswa yang tergabung dalam Group Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) Universiti Selangor (UNISEL), khusus pengkaji pemikiran Hamka datang ke Jakarta. Dalam rangka napaktilas Hamka, mereka juga bertemu dengan Pengurus Besar HMI MPO di Jagakarsa, Jakarta Selatan.

Ditemani jajaran Pengurus Besar Pelajar Islam Indonesia (PII), rombongan yang terdiri dari 6 orang tersebut bertandang ke PB HMI MPO dan berdiskusi banyak hal. Mulai dari perkaderan di masing-masing organisasi sampai rencana kerjasama kedepan.

Keenamnya adalah Shazuan Hazizi Rosli, Azmah Binti Aede, Norhafidzah Arifah Suhardi, Riza Aidil Azis, Rozaidi Jamaludin, serta Izwan Suhadak Ishak. Sedangkan dari PB PII, Helmi Aldjufri dan Kartika Mayasari (Ketua Korpus PII-wati).

Diskusi utama adalah mengenai pemikiran Hamka, ulama sekaligus sastrawan besar Indonesia yang telah mendunia. “Hamka ini bukan hanya milik Indonesia, tetapi sudah jadi milik dunia,” ujar Izwan Suhadak (9/3/2013). Dan karena itulah ada kelompok pengkaji di GPTD yang khusus mengkaji pemikiran Hamka.

Ketua Umum PB HMI MPO, Alto Makmuralto, menguraikan banyak hal yang mereka tanyakan. Di antaranya, di Indonesia sendiri, anak-anak muda kini makin jarang yang kenal Hamka dan pemikirannya. Menurut Alto yang telah membaca banyak karya Hamka tersebut, di sejumlah kalangan Hamka lebih dikenal sebagai sastrawan, padahal sekaligus tokoh yang pernah dipenjara di masa Orde Lama tersebut adalah seorang ulama, terbukti dari karyanya yang monumental, Tafsir Al Azhar.

Menurut Ketua Komisi HI, Abdul Malik Raharusun, minimnya minat anak muda pada kajian intelektual ke-Indonesiaan, seperti terhadap karya-karya Hamka dan yang lainnya memang memprihatinkan. Namun dengan adanya Grup Hamka dari GPTD tersebut dan mulai difilmkannya karya-karya sastra Hamka diharapkan mampu menginspirasi anak muda untuk kembali meliriknya. []

Tuesday, January 22, 2013

Pesan Presiden GPTD UNISEL Sempena Maulidur Rasul 1434H

Pendahuluan

Setiap kali tiba bulan Rabiul Awal, umat Islam menyambut hari kelahiran Rasulullah S.A.W. dengan pelbagai majlis dan acara. Di Malaysia, pelbagai agensi dan institusi, terutamanya masjid dan surau, mengadakan ceramah, perarakan, forum, kenduri dan lain-lain, demi memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W., yang telah membawa Islam yang menerangi jalan kehidupan manusia di atas muka bumi ini.

“Alif, Laam, Raa’. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkannya kepadamu (Wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman, dengan izin Tuhan mereka, ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.” (Surah Ibrahim: 1)

Kedatangan dan pengutusan baginda membawa agama Islam ini merupakan satu nikmat agung kepada umat Islam. Ini kerana dengan agama Islam  mereka terselamat daripada menjalani kehidupan dalam alam kekufuran dan kejahilan, seperti menyembah berhala, roh nenek moyang, “anak Allah” dan sebagainya. Islam menyelamatkan kita dari melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diterima akal yang sejahtera itu. Alangkah beruntungnya kita dengan nikmat Islam ini, sehinggakan jika tiada nikmat di atas dunia ini selain Islam, maka yang demikian itu pun sudah mencukupi melayakkan umat Islam berada di atas memimpin bangsa-bangsa lain.

Menyambut Maulidur Rasul
Bagaimanapun perasaan bersyukur dan berterima kasih atas nikmat agung ini tidak seharusnya terhad dengan sambutan Maulidur Rasul semata-mata. Sesungguhnya sambutan Maulidur Rasul hanyalah sebagai peringatan akan tanggungjawab yang terpikul di atas bahu setiap umat baginda, iaitu untuk meneruskan tugas Rasulullah S.A.W. memberikan petunjuk dan bimbingan kepada umat manusia, memimpin mereka ke arah jalan yang betul dan diredai Allah. Kita sebagai umat Islam bertanggungjawab memimpin umat yang lain, bukan sebaliknya.

Teladan
Islam merupakan agama yang bernyawa dan dominan dalam kehidupan. Ia bukan sekadar istiadat dan upacara kaku, sebagaimana agama-agama lain. Sebaliknya Islam adalah satu cara hidup yang dihayati dari tahap individu dalam kehidupan peribadi, sehinggalah ke tahap negara dalam hubungan antarabangsa. Islam pernah memerintah dan mentadbir urusan dunia. Umat Islam pernah menjadi pemimpin dan teladan bagi umat-umat yang lain. Pencapaian hebat itu adalah hasil apabila umat Islam mempraktikkan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. dalam segenap aspek kehidupan mereka.


Umat Islam mesti menjadi teladan  bagi kaum-kaum lain, sebagaimana Rasulullah S.A.W. mencapai kedudukan dihormati kaumnya ketika baginda masih muda. Gelaran “al-Amin”, yang bermaksud dipercayai, adalah aset akhlak yang digunakan oleh baginda ketika melancarkan dakwahnya di bukit Sofa, “Apakah pandangan kamu jika aku katakan bahawa ada tentera berkuda yang sedang bersiap siaga di sebalik wadi ini untuk menyerang kamu, adakah kamu mempercayai aku?” Mereka menjawab: “Kami tak pernah melihat kamu berdusta”. Soalnya, adakah umat Islam hari ini, atau sebahagian daripada mereka sama ada pemimpin atau pun rakyat biasa, mempunyai kualiti peribadi seperti itu di hadapan kaum bukan Islam?

Justeru ketibaan bulan Rabiul Awal ini semestinya memberikan kita kesedaran betapa mengamalkan ajaran Islam sebenar dalam kehidupan peribadi, berkeluarga, masyarakat dan bernegara merupakan tuntutan yang amat mendesak ke atas umat Islam. Usaha ini perlu dimulakan dengan teladan daripada mereka yang bergelar pendakwah. Sesungguhnya dakwah yang paling berkesan ialah dengan tindakan dan contoh teladan. Kesan yang ditinggalkan oleh tindakan dan teladan ke dalam hati berkali ganda lebih hebat daripada kesan yang ditinggalkan oleh kata-kata nasihat.

Seruan
Sempena sambutan Maulidur Rasul 1434H, Grup Pengkaji Tamadun Dunia Universiti Selangor (GPTD UNISEL) menyeru agar semua mahasiswa Muslim, pimpinan persatuan terutama yang Muslim, pimpinan universiti dan warga universiti khususnya agar kembali menghayati akhlak Islam dalam segenap lapangan kehidupan. Akhlak Islam adalah berasaskan akidah yang sejahtera. Tanpa akidah tauhid, sebarang perbuatan yang dipandang baik, sama ada dalam soal peribadi atau kepimpinan, merupakan akhlak yang pincang, kerana mengetepikan ketuhanan Allah Yang Maha Esa, Yang Maha Mengetahui perkara yang baik dan buruk bagi hamba-Nya. Seterusnya mantapkanlah akhlak itu dengan ibadah yang betul dan berterusan. Dirikanlah solat kerana ia mencegah perbuatan mungkar, tunaikanlah zakat kerana ia menyucikan jiwa dan harta, berpuasalah kerana ia membenihkan ketakwaan. Ibadah-ibadah sunat mampu memantapkan lagi akhlak seseorang hamba.

Penutup

Akhir sekali renungilah perumpamaan berikut, yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada generasi para sahabat, menggambarkan kedudukan yang mereka capai pada masa itu di hadapan kaum-kaum yang bukan Islam.

“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka, dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada kalangan mereka, keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Fath: 29)

Penulis merupakan Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia Universiti Selangor (GPTD UNISEL) penuntut Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian), Tahun Akhir. Merupakan juga mantan Exco Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Selangor (MPP). Terlibat aktif dengan pelbagai program kesukarelawan dan misi bantuan.


Monday, January 14, 2013

Sukarelawan Memerlukan Media Massa?


13 Januari, Gombak – Bertempat di pejabat Global Peace Mision telah dianjurkan suatu Latihan Media Massa bagi Sukarelawan Kemanusian.  Latihan Media Massa ini disampaikan oleh pengamal media serta penerbit TV3, saudara Shahnun Hanif Suhaimi. Program ini telah berlangsung selama 2 hari yang bermula hari yang sebelumnya.

Latihan ini memasuki suatu dimensi baru yang mana menuntut para sukarelawan kemanusian terutamanya memahami mengenai bagaimana mendekati peranan melaporkan kepada pihak media dengan laporan yang tepat dan jitu.

Latihan ini  merupakan suatu bentuk pendedahan awal dalam melatih para peserta yang kebanyakan peserta yang terlibat secara langsung dalam sukarelawan yang kebanyakan dari kelompok mahasiswa. Kebanyakan peserta rata-rata datang dari Persatuan Pelajar Kebangaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Grup Pengkaji  Tamadun Dunia serta aktivitis yang terlibat dengan Global Peace Mision  secara langsung mengikuti program ini. Ini jelas usaha Global Peace Mision ini mahu membuka jurus fikir dan pengetahuan mengenai media massa pada kebanyakan sukarelawan yang terlibat dengan pelbagai misi di lapangan.
Usaha murni ini telah diserikan dengan menjemput pengamal media yang berpengalaman luas dalam bidang ini dengan membawa Encik Shahnon Hanif yang mana merupakan seorang pengamal media TV3 yangg selalu terlibat dengan bidang kewartawanan serta juga penerbit untuk program Jejak Rasul dan Majalah 3.

Sepanjang program ini jelas telah membawa peserta memahami lebih dekat kepada pengenalan penggunaan kamera yang sebenarnya serta bagaimana memaafaatkan penggunaan pengcahayaan, keseimbangan gambar dan visual yang dirakam serta pelbagai teknik yang diterangkan dengan baik oleh beliau.

Pada hari kedua program, para peserta sekali telah diberikan suatu lagi pengisian yang berguna iaitu bagaimana mahu menulis artikel yang begitu baik untuk dilaporkan kepada media. Ini juga ditambah dengan nasihat oleh penceramah iaitu, untuk melatih diri dengan mendisplinkan diri dengan bermula menulis dan menghantar artikel ke akhbar, majalah dan terutama kepada ruangan surat pembaca tidak kira mengenai penulisan mengenai pendapat, idea atau luahan pendapat. Dengan penulisana begini mampu menjadi seorang penulis yang mampu melatih diri untuk lebih berpandangan kreatif dan kritis.

Program ini berakhir sekitar jam 4.00 petang dengan majlis penutup diserikan dengan ucapan penutup oleh CEO GPM iaitu Mejar Azlan Mohd Shariff, yang mempunyai harapan agak program ini dapat menjadikan sukarelawan yang terlibat di lapangan agar melakukan terlibat dengan media massa dalam memberitahu masyarakat betapa peri pentingnya penulisan setiap apa yang telah dilakukan untuk paparan masyarakat mengenai apa yang telah dilakukan dalam menarik lebih ramai orang telibat dengan bidang kesukarelawan terutamanya kemanusiaan.

Penulis merupakan Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia Universiti Selangor (GPTD UNISEL) penuntut Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian), Tahun Akhir. Merupakan juga mantan Exco Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Selangor (MPP). Terlibat aktif dengan pelbagai program kesukarelawan dan misi bantuan.
Related Posts with Thumbnails