Wednesday, June 30, 2010

Hadith : Kemudahan Dalam Bermusafir

Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah suka (redha) supaya rukhsah-rukhsah yang diberikannya diamalkan sebagaimana ia tidak suka perkara-perkara maksiat dilakukan.”

Hadith Riwayat Imam Ahmad

Monday, June 28, 2010

Hadith : Jaguh sebenar


"Seorang yang benar-benar jaguh bukanlah dia yang dapat menumbangkan musuhnya, tetapi yang sebenarnya jaguh ialah dia yang dapat MENGAWAL DIRINYA DI SAAT DIA SEDANG MARAH"

Bukhari dan Muslim, Imam Ahmad dlm Musnadul Muktsirin dan Imam Malik dlm Muwaththa'

Sunday, June 27, 2010

Firman : Siapa lebih baik?

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."

Surah al-Mulk: Ayat 2

Friday, June 25, 2010

Hadith : Syurga Ar-royyan Untuk Orang Yang Berpuasa

Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”

Hadith Riwayat Bukhari & Muslim

Thursday, June 24, 2010

Saintis temui tarikh sebenar era Firaun

Washington, 18 Jun 2010 - Saintis buat pertama kali berjaya menentukan tarikh pemerintahan dinasti Mesir purba melalui sampel-sampel karbon tumbuhan yang diperoleh.

Keputusan itu memaksa pakar sejarah meneliti semula rekod bagi tempoh 2,000 tahun lalu semasa pemerintahan Mesir purba menguasai dunia Mediterranean dan diharap akan mengakhiri perdebatan antara pakar arkeologi Mesir.

Diketuai Profesor Christopher Ramsey dari Universiti Oxford Britain, satu pasukan antarabangsa menguji biji benih tanaman, bakul, kain, batang tumbuhan dan buah-buahan yang diperoleh dari pelbagai muzium di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

"Buat kali pertama, tarikh radio karbon yang diperoleh sangat tepat sehingga cukup untuk mengenal pasti tarikh sebenar pemerintahan Mesir purba.

"Saya rasa cendekiawan dan saintis juga gembira mendengar bahawa pasukan kecil kami berjaya menjalankan penyelidikan satu kurun hanya dalam masa tiga tahun," kata Ramsey.

Tarikh pemerintahan Mesir Purba, Pertengahan dan Kerajaan Baru dikenal pasti berdasarkan dokumen-dokumen sejarah atau penemuan arkeologi, namun jangkaan itu biasanya tidak menentu kerana tarikh setiap dinasti akan diubah.

Data terbaru penyelidikan menunjukkan pemerintahan Djoser, firaun terkenal semasa Kerajaan Mesir Purba adalah antara 2,691 dan 2,652 Sebelum Masihi, kira-kira 50 hingga 100 tahun lebih awal daripada pendapat sebelum ini.

Kajian itu yang disiarkan hari ini dalam edisi jurnal Sains AS turut menyimpulkan bahawa pemerintahan Kerajaan Mesir Baru bermula lebih awal dari yang dijangka iaitu antara 1,570 dan 1,544 Sebelum Masihi.

Anggota pasukan penyelidikan itu termasuk beberapa pakar dari Universiti Oxford dan Cranfield di Britain, Pusat Kebangsaan untuk Penyelidikan Saintifik (CNRS) di Perancis dan pakar dari Austria serta Israel.

Penetapan tarikh radio karbon yang turut dikenali sebagai kaedah 'tarikh karbon-14', merupakan satu teknik yang boleh menentukan usia bahan organik dengan tepat. - AFP


Sumber : Utusan

Catatan musafir ilmu @Jordan


Segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta dan Penguasa sekalian alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para ahli keluarga, sahabat,tabi’, tabi’in serta seluruh mahasiswa mahasiswi baru sekalian. Ahlan wasahlan wamarhabanbikum diucapkan kepada semua ke bumi UniSel.

Pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kita kehadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dalam mencari redha-Nya. Dalam masa yang sama kita jua diberi peluang menuntut ilmu bagi memantapkan lagi keimanan jua ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Allah ta’ala mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan mereka yang menuntut ilmu dengan beberapa darjat”

Sedikit perkongsian musafir ilmu saya ke bumi Jordan. Bagi yang meminati subjek geografi pasti mengetahui bahawa Jordan terletak di bahagian Asia Barat dan bersempadan dengan Syria, Turki, Iraq, Palestin, Arab Saudi dan Laut Mati. “Alladzee barakna haulahu”.Itulah ayat suci yang mencirikan bumi Jordan. Bumi Anbiya’ yang penuh barakah.Teringat awal kedatangan saya ke bumi Syam, jelas dari atas kelibat dataran Syam di bawah sana,gersang tetapi tempat inilah dambaan setiap insan yang dahagakan ilmu-Nya dan kini saya antara salah seorang penghuninya.

Jordan. Pastinya sudah tergambar dalam kepala masing-masing bahawa ia adalah sebuah negara arab padang pasir seperti dalam kisah Laila dan Majnun, Ketika Cinta Bertasbih dan sebagainya. Tapi ia tidaklah seperti yang disangka, bukan semua tempatnya padang pasir hanya di beberapa kawasan tertentu sahaja padang pasir dan bagi saya itu adalah keistimewaan yang tak dapat kita rasai di Malaysia. Walaupun apabila melalui kawasan padang pasir ini kita akan dihidangkan dengan wangian bau kambing gurun dan unta tapi saya pasti itu suasana yang tidak akan dapat dilupakan. Selain itu, Jordan juga mengalami perubahan empat musim dan kadar hujan disini terlalu kurang, jadi bersyukurlah kita di Malaysia yang mengalami hujan sepanjang tahun.

Walaupun kebanyakan orang menyangka Jordan hanya padang pasir tapi jangan terkejut kerana boleh dikatakan semua tempat-tempat sejarah disini seperti Petra, Wadi Rum, Jerash, Laut Mati dan lain-lain lagi pernah menjadi lokasi penggambaran antarabangsa seperti drama Nur Kasih, filem Mission to Mars dan sebagainya.

Negara arab, sudah tentu bahasa perantaraannya adalah bahasa arab, tidak susah sebenarnya untuk belajar dalam bahasa arab, dan sebagai umat Nabi Muhammad SAW kita harus menanamkan keazaman untuk belajar bahasa Al-Quran dan bahasa syurga ini. Amat rugi jika kita hanya mementingkan belajar bahasa penjajah tapi memandanga enteng bahasa syurga ini. “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Qurab dalam bahasa arab agar kamu mengetahui”. Seperti di Malaysia, disini juga terdapat lebih kurang 40 jenis dialek tidak termasuk dialek kaum badawi (arab yang tinggal didalam khermah). Walaupun berlainan lahjah tetapi masih dalam satu maksud.

Sepanjang berada di bumi anbiya’ ini, apa yang saya dapat lihat adalah mereka amat-amat menghormati tetamu dan pantang dijemput ke rumah pasti akan dihidang dengan bermacam-macam jenis hidangan. Makanan asasi rakyat Jordan adalah khubuz(sejenis roti arab) dimakan dengan za’tar(seakan campuran rempah dan herba - baik untuk kekuatan ingatan) dan minyak zaitun serta humus(kacang yang dilumatkan).Hidangan nasi yang terkenal disini seperti Maqlubah,Mandi,Mansef sejenis nasi yang dimasak dengan susu kambing dan laban(yogurt) dan dihidang bersama tea daun pudina serta pelbagai jenis lagi. Bagi masyarakat disini kopi adalah lambang kemesraan,kebiasaannya mereka minum kopi pahit tanpa gula berperisa buah pelaga. Antara makanan lain yang adalah syawarma (seperti kebab) dan falafel (kacang hijau dikisar dan digoreng seperti kuih masalodeh). Apa yang pasti cerita-cerita di bumi anbiya’ ini terlalu panjang dan masih banyak yang perlu diterokai. Itulah serba sedikit rehlah permusafiran saya di bumi Jordan ini.

Sama-samalah kita berlumba-lumba dalam mencari redha-Nya serta rahmat dari Allah walau dimana jua kita menuntut. Tidak kira apa jua bidang yang kita ceburi yang penting sumbangan kita tetap untuk agama, bangsa dan negara. Kehidupan di dunia adalah bekalan untuk di akhirat sana.

Akhirulkalam, Selamat datang buat semua pelajar baru. Semoga kehadiran anda ke sini dengan semangat menuntut ilmu dengan hati yang ikhlas mengharap redha Allah jua bersama harapan agar suatu hari nanti dapat mengukir senyuman ayah bonda kalian.

Putri Nur Azwa bt Hj Megat Mohd Yusuf

Universiti Al-Bayt, Mafraq, The Hashemite Kingdom of Jordan

Nota : Penulis merupakan aktivis GPTD yang sedang menuntut di Jordan

Tuesday, June 22, 2010

Pasport boleh dipohon di kaunter JPN

Kaunter di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak lama lagi akan dijadikan sebagai kaunter guna-sama bagi membolehkan orang ramai membuat permohonan pasport dengan Jabatan Imigresen. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata projek perintis kaunter itu akan dilakukan di pejabat cawangan JPN di Puchong, Kepong dan Gombak.

Katanya, langkah itu antara usaha penambahbaikan proses dan prosedur kerja agensi dan jabatan dalam kementerian yang sedang dilakukan bagi memastikan mutu perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. "Di samping itu, ia bagi mengelak berlakunya penyelewengan dan kelemahan tertentu," katanya pada majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Lee berkata, pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan oleh kementerian untuk mengurangkan jenayah termasuk mengaktifkan semula bandar selamat yang sedang dilaksanakan di beberapa kawasan panas. Katanya, pelancaran "Balai League Table" akan dilakukan di KLCC dalam masa terdekat. "Inisiatif ini bertujuan menilai prestasi balai polis berdasarkan kriteria ditetapkan seperti kejayaan pengurangan kadar jenayah di bawah jagaan balai tersebut," katanya. Sumber : Malaysiakini


Penasihat:
Saya gembira dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan dalam usaha memudahkan perolehan pasport. Semoga peluang ini akan diambil oleh setiap aktivis GPTD Unisel yang masih belum berbuat demikian.

Hadith : Mudahkanlah

Abu Burdah r.a berkata :”Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.”

Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

Sunday, June 20, 2010

Pengalaman ke Gaza



From: "shamly.shariff@daimler.com"
Sent: Tuesday, 8 June 2010 14:12:47
Subject: Pengalaman ke Gaza


Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!"- Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza. Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine ...

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara
Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )


Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza ! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan
mazhab Shafie. Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim....) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel ...punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang...Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer
nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau. Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

---------------------------------------------------------------------------------

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Begitulah resam orang berjuang, tidak kenal erti sakit, tidak kenal apa itu luka, tidak kenal apakah itu darah, yang hanya mereka kenal ialah syahid. Inilah kata-kata yang dapat disimpulkan ketika mendengar 6 dari 12 orang aktivis kemanusian LL4G (Life Line For Gaza) berkongsi kisah suka dan duka mereka ketika kapal MV Mavi Marmara mereka dan sebilangan
yang lain diserang oleh tentera komando rejim Israel pada awal Jun 2010 menuju ke Gaza untuk menyampaikan sumbangan kemanusiaan.

Melihat senyuman mereka, memberi tiupan semangat kepada kami untuk bersama turut serta dalam misi keamanan mereka untuk Gaza. Suatu usaha yang memang tidak boleh dipatahkan oleh musuh apabila penerajunya hanya menunggu syahid sebagai pengakhiran kehidupan di dunia ini. Apabila ditanya, "Bagaimana keadaan anda ketika dipijak dan ditembak oleh peluru getah tepat di anggota badan anda oleh rejim Israel?" Jawapan mereka, "Sikit pun kami tidak takut ketika dengar bunyi dentuman bertalu-talu Israel dari arah belakang kapal kami, dan ketika kapal kami diceroboh dan kami disepak terajang serta diikat tangan, kami tidak merasa walaupun sedikit kesakitan, inilah kuasa Allah". MasyaAllah... sungguh kuasa Allah itu, tiada siapa yang boleh menandingi.

Walaubagaimanapun, tumpuan saya teralih apabila mendengar cerita dari wartawan Astro Awani, Saudara Ashwad. Seorang wartawan berumur 25 tahun ini mengambil risiko untuk mengikuti konvoi kemanusiaan ini. Isu utama yang dibawa oleh beliau ialah berkenaan kawalan media (media control) yang dilakukan oleh zionis. Mendengar sahaja ucapan beliau, menguatkan
lagi kepercayaan saya dan sahabat-sahabat betapa berita yang sampai kepada masyarakat dunia tidak akan sampai selain ianya telah dimanipulasi untuk memperlihatkan yang Israel tidak salah. Pelbagai cara digunakan untuk mencapai objektif tersebut. Media pro-barat hanya mengambil berita dan video dari sumber-sumber Israel yang tidak benar dan telah dimanipulasi. Antara media pro-barat ialah CNN, BBC, CNBC dan yang sewaktu dengannya.

Semua pita rakaman dirampas, telefon bimbit, dan segala gadjet perhubungan dirampas dan dimusnah. "Pada mulanya saya dan juru kamera saya tidak bagi, selepas dia (komando) mengacukan senjata tepat di atas dahi saya, apa yang saya boleh lakukan pada masa itu ialah beri sahaja". Lihatlah betapa munafiqnya rejim Israel ini, bagaimana dalam International Law melarang dari mengapa-apakan 'orang media' tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. PBB terus buat-buat tidak nampak dengan senario ini. Kata media pro-barat, sebab utama serangan dilakukan ialah kerana kapal-kapal itu telah memasuki 60 batu nautika perairan Israel, sedangkan cerita sebaliknya ialah kapal-kapal ini masih jauh untuk sampai ke jarak itu. Kata media pro-barat, mereka ini (aktivis) bersekongkol dengan terrorist dengan merakam gambar pisau pemotong sayur. Betapa jahatnya media kuffar ini mengekploitasi masyarakat dunia dengan berita-berita tipu. Apa pun, saya berasa lega kerana ucapan yang diberikan Saudara Ashwad mengenai media controlled itu menguatkan lagi hujjah saya terhadap perancangan Illuminati dalam proses penaklukan dunia. "Serangan ini lebih kepada peperangan media" kata En. Jamaluddin Ilyas ringkas, salah seorang dari 12 orang wirawan negara itu.

Masa yang hanya 2-3 jam itu, diperuntukan sebaiknya untuk berkongsi cerita-cerita benar dari mereka. Kisah benar, mangsa tembakan peluru hidup berbau kasturi, ini cerita yang dikongsikan oleh salah seorang dari mereka ketika mencium jenazah. Bau wangi yang sangat kuat. Cerita ini sekali lagi menyebabkan semangat jihad saya sekali lagi berkoba-koba. "kalaulah aku ada disitu". Kalau ada rezeki, insyaAllah kami akan menjadi diantara mereka yang syahid di jalan Allah.

Gambaran detik-detik cemas ketika berada di dalam serangan itu terus dikongsi bersama lebih 200 orang pelajar Malaysia Jordan yang bertempat di Irbid tempoh hari. Kisah-kisah yang pada asalnya menggerunkan pada firasat kami, ternyata ia meleset apabila mendengar pengalaman mereka. Lebih-lebih lagi, wajah mereka yang terlalu ceria itu dapat kami tatapi bersama. Sungguh semangat, mereka ini sebenarnya baru sahaja menamatkan satu sesi talk bersama dengan Menteri Luar Malaysia, Dato' Anifah Aman bersama Kedutaan Malaysia Ke Jordan Dato' Abdul Malek Abdul Aziz, tetapi apa yang dapat kami saksikan pada petang bermakna itu, raut wajah mereka begitu benar-benar bersemangat tanpa kelihatan sedikitpun rasa penat. Sungguh kuat semangat mereka. Jiwa besar mereka ini seharusnya diketahui seluruh rakyat Malaysia. Sungguh membanggakan.

Sebagai konklusi, ternyata kisah yang diceritakan bersama kami ini ternyata memperlihatkan kepada kami bahawa Israel dan Yahudi-Zionis ini benar-benar bacul, penakut dan bapa segala pembohong, dan kaki melanggar janji. Jika kita membaca sirah pun, kita akan kenali siapakah yahudi ini. Bagaimana mungkin aktivis ini boleh digelar pengganas? Alasan mereka, mereka lihat terdapat beberapa aktivis menghalakan senjata api kepada mereka, padahal, juru kamera yang meletakkan kamera di atas bahunya menyasar video ke arahnya. Apa komando terlatih mereka ini tidak kenal antara kamera dan senjata api? Mana mungkin mereka boleh menyerang rakyat biasa, wartawan dan doktor sedangkan undang-undang antarabangsa melarang sebarang serangan ke atas ketagori-ketagori berkenaan. Ini yang saya katakan mereka ini sebagai pemungkir janji. Inilah yahudi yang berjiwa zionis, sifatnya kita cukup kenal.

Banyak lagi kisah yang dikongsikan bersama saya dan rakan-rakan. Tentunya sebuah kisah penaik semangat untuk terus berjuang mempertahankan bumi Palestin. Wahai Tuhan Yang Memiliki Segala Sesuatu, Kau berilah kepada kami tiupan angin keberanian dan tiupan angin cintakan syahid ke jalan-Mu. Kami mahu mati dalam berjuang ke arah menegakkan agama-Mu. Makbulkanlah ya Allah..



Regards,

Ahmad Faiz Bin Mohamed Akib
Inspector, QA/QC Department
SMOE Pte Ltd, Singapore.
DID : +6567506264
Email : ahmad.faiz@smoe.com

Saturday, June 19, 2010

Selamat Datang kepada mahasiswa baru Semester 1/10/11


Barisan kepemimpinan Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel mengucapkan SELAMAT DATANG kepada mahasiswa yang telah terpilih sebagai warga Universiti Industri Selangor Kampus Bestara Jaya. Semoga hadir dengan penuh bersemangat untuk menghayati budaya ilmu di kampus yang permai ini. Ingat harapan ibu bapa serta keluarga terhadap anda yang akan merubah kehidupan keluarga yang lebih bahagia. Penuhi tanggungjawab sebagai mahasiswa dalam keutamaan akademik dan jangan lupa terlibat dengan organisasi mahasiswa bagi melatih diri dalam makmal pra-kehidupan yang realiti. Ilmu teori dalam kuliah hanyalah 20% yang akan dimanfaatkan dalam alam kerjaya. Sebaliknya 80% didapati daripada pengalaman sosial melalui pengurusan organisasi dan penganjuran program yang kreatif. Maka rebut kesempatan 2-3 tahun pengajian untuk terlibat secara aktif dalam organisasi tanpa mengabaikan akademik di fakulti. Insya Allah kita jumpa di lapangan yang lain.

Hdariyani Kampun
Setiausaha
Bestari Jaya


CCTV dibantah penduduk Islam di Britain

London, 18 Jun 2010 - Satu operasi pengawasan melibatkan lebih 200 kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi dihuni majoriti penduduk Islam di Birmingham, bandar raya kedua terbesar Britain, semalam ditangguhkan selepas mendapat bantahan daripada penduduk setempat, lapor pihak berkuasa.

Ketua anti-jenayah berkata, kamera-kamera itu tidak akan diaktifkan di Birmingham, selepas satu dakwaan mengatakan pihak berkuasa anti-keganasan terlibat dalam pemasangan peralatan tersebut.

Pendedahan itu menimbulkan dakwaan bahawa kawasan berkenaan dilabelkan sebagai 'satu lokasi kejiranan yang banyak berlaku keganasan'.

Pihak berkuasa mengumumkan, beg plastik akan diletakkan pada lebih 218 kamera bagi memastikan pergerakan penduduk tidak dirakam.

Menurut pihak berkuasa, satu rundingan dengan penduduk tempatan perlu dilakukan di kawasan kamera diletakkan yang melibatkan dua daerah.

"Kami percaya adalah wajar untuk memberi penduduk tempatan hak menyatakan pendapat mereka," kata polis, majlis bandar raya dan sebuah agensi anti-keganasan dalam satu kenyataan bersama tentang rancangan pengawasan itu yang digelar Project Champion.

Kenyataan itu menambah, pihak bertanggungjawab seharusnya lebih berterus-terang tentang peranan operasi pengawasan anti-keganasan pihak berkuasa, yang membiayai projek berkenaan.

Seorang penggubal undang-undang tempatan, Tanveer Choudhry menyelar inisiatif itu dengan memberitahu akhbar The Birmingham Post bahawa kelengkapan pengawasan perlu dialihkan sehingga satu rundingan selesai dijalankan.

"Kawasan ini telah dilabel sebagai satu lokasi keganasan. Polis perlu mengalihkan kamera berkenaan sehingga mereka selesai berunding dengan penduduk tempatan," katanya. - AFP


Sumber : Utusan

Angka kematian di Kyrgyzstan 10 ganda banyak

Moscow, 18 Jun 2010 - Jumlah kematian akibat keganasan etnik yang melanda Kyrgyzstan mungkin sepuluh kali ganda lebih banyak daripada yang dilaporkan, kata pemimpin kerajaan sementara, Rosa Otunbayeva hari ini.

"Jumlah kematian yang dilaporkan iaitu sebanyak 191 sepatutnya didarab dengan 10 bagi mendapatkan jumlah kematian sebenar.

"Ini kerana jumlah kematian yang sangat tinggi dicatatkan di beberapa kawasan perkampungan selain kepercayaan penduduk tempatan yang memerlukan jenazah dikebumikan sebelum matahari terbenam," katanya kepada akhbar harian Rusia, Kommersant.

Menurut laporan terkini yang dikeluarkan kerajaan Kyrgyzstan, angka kematian adalah sebanyak 191 orang manakala 1,971 dilaporkan cedera dalam keganasan etnik terburuk yang pernah melanda negara ini dalam tempoh 20 tahun itu.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kira-kira 400,000 orang menjadi mangsa dalam keganasan itu dan pasukan bantuan antarabangsa sedang giat menghantar bantuan. - AFP


Sumber : Utusan

Kenapa Yahudi bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awalmengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell compter, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gens bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70 cents !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :
Adibah Mohd Noor
Matriculation Lecturer
Department of Sciences
UIA Matriculation Centre
PJ, Selangor.

Friday, June 18, 2010

Firman : beroleh pahala dua kali ganda

"Mereka itu akan beroleh pahala dua kali ganda disebabkan kesabaran mereka dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan serta mereka menderma daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka."

Surah al-Qasas, ayat 54

- Unit Pembina

Wednesday, June 16, 2010

Hadith : Sebaik-baik manusia

"Sebaik-baik manusia ialah (kaum Muslimin yang hidup) pada kurunku, kemudian diikuti oleh kurun yang selepas mereka kemudian diikuti oleh kurun yang selepas mereka."

Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad

Tuesday, June 15, 2010

Jom Puasa Rejab

Hari ini sudah masuk 4 Rejab 1431H. Sudahkah kita berpuasa sunat? Ya, ianya bukanlah suatu kewajiban tetapi ia digalakkan oleh Rasulullah. Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya menyifatkan Nabi SAW sendiri pernah menegaskan bahawa rejab itu adalah bulan Allah. Iaitu bulan Ahlullah. Dan dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu Ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.” (al-Qurtubi, Jami’ Ahkam al-Qur’an, hlm 326 juz 6). Maka rebutlah kesempatan yang ada untuk melatihn diri sebelum bertemu Ramadan.

Kita sering mendengar "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku ". Walaupun ada pertikaian terhadap hadis ini oleh Al-Iman Ibnu Jauzi, Imam Al-Suyuti, dan Al-Hafiz Ibnu Hajar yang menyatakan palsu tetapi memetik kata-kata Imam Nawawi: "Dan tidak ada satu hadis pun yang menunjukkan fadhilat berpuasa pada bulan rejab, dan tidak ada juga satu hadis yang melarangnya, tetapi asal hukum berpuasa adalah sunat, - yakni setiap masa –". Maka berpuasalah.

Daripada membahaskan tanpa kesudahan lebih baik diteladani hikmah berpuasa yang perlu difikir dan direnung. Puasa bukan sekadar menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Tetapi semangat puasa perlu sentiasa kita suburkan dalam kehidupan kita. Bagaimana? Kebiasaannya apabila puasa, kita akan menjaga percakapan daripada berbual kosong dan bergosip. Malah jika ada tanda-tanda untuk bergaduh dan sebagainya, kita diajar untuk mengungkapkan "sesungguhnya saya sedang berpuasa". Ini supaya kita bersabar dan meninggalkan perkara yang tidak mendatangkan manfaat.

Pandangan kita juga akan diredupkan daripada melihat daripada perkara-perkara haram. Pendengaran kita dipelihara daripada mendengar fitnah dan adu domba orang sekeliling. Kita akan melangkahkan kaki ke surau/masjid untuk solat berjamaah. Bertilawah al-Quran dan menghayati tafsirannya. Bersungguh-sungguh kita melakukannya di dalam bulan Ramadan. Sebaliknya sebaik sahaja mendengar pengumuman esok raya. Malam raya sudah kita lupa untuk bertakbir dan menangisi Ramadan yang ingin meninggalkan kita.

Sebaiknya kita kena berada dalam semangat berpuasa atau berpegang kepada prinsip puasa dengan menggunakan pendengaran, penglihatan dan hati untuk beribadah kepada Allah SWT. Maka, insya Allah tiadalah penyelewangan amanah dan kemaksiatan yang berlaku walaupun bukan bulan Ramadan atau berpuasa sunat.

- Unit Pembina

Kempen #8 : Bicara Biar Jelas



Contoh : "Solat ni tak payah", kata seorang ustaz kepada anak muridnya.

Pendengar Negatif : Tak perlu solat.
Pendengar Positif : Solat ini tak susah.

Friday, June 11, 2010

Khidmat aktivis GPTD @AYATA

Meru, 10 Jun 2010 - Aktivis GPTD Unisel, Sdr Muhammad Annuar dan Khairul Anwar telah turun ke lapangan bersama-sama Anak Yatim Tak Bai (AYATA) di Maahad Tahfiz ABIM di sini. Program ini dianjurkan oleh Global Peace Mission dan Angkatan Belia Islam Malaysia. Selama lima hari bermula 6-10 Jun 2010 dan anak yatim seramai 20 orang berkampung di sini untuk mengikuti program intensif bahasa Inggeris dan motivasi jatidiri. Sdr Muhammad Annuar yang merupakan Timbalan Presiden GPTD Unisel telah menjadi sukarela fasilitator sepenuh masa demi membantu menjayakan program ini.

Anak-anak yatim sangat gembira dengan aktiviti yang dilaksanakan. Program ini akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang mengikut keperluan. Atas rasa tanggungjawah, GPTD Unisel merancang untuk melaksanakan khidmat pendidikan di sana dalam beberapa bulan lagi. "Program akan bertumpu kepada khidmat pendidikan ICT", kata Penasihat GPTD Unisel, Sdr Izwan Suhadak.

Sila lihat Galeri

-Unit Media

Tuesday, June 1, 2010

Konvoi Flotilla Di Serang Israel: Rumah Putih Kecewa

31 Mei 2010 – Rumah Putih menyampaikan rasa “sangat kecewa” atas kehilangan nyawa dan kecederaan terhadap aktivis konvoi Flotilla setelah Israel menyerang konvoi tersebut di perairan antarabangsa yang membawa bantuan ke Gaza, sehingga menyebabkan kematian. “Amerika Syarikat sangat menyesali sehingga hilangnya nyawa dan kecederaan yang dihadapi, dan saat ini kami berusaha untuk memahami situasi sekitar tragedi ini,” kata juru bicara Rumah Putih, William Burton. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengarahkan penyiasatan penuh dan merasa terkejut atas tindakan Israel menyerbu dan membunuh aktivis konvoi tersebut.

“Sangat penting untuk kita adakan kajian penuh bagi menentukan dengan tepat bagaimana pertumpahan darah boleh berlaku. Saya percaya Israel perlu memberikan penjelasan lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara Uganda Kampala. PBB mengutuk keganasan terhadap orang awam di perairan antarabangsa. Perancis menjadi Negara Eropah pertama yang memberi respon terhadap kejadian tersebut. Menteri Luar Negeri Perancin, Bernard Kouchner mengatakan beliau “sangat terkejut”.

Ramai aktivis yang berada di atas kapal-kapal bantuan tersebut adalah warganegara Eropah dan penganalisis telah menjangkakan respon diplomatik yang amat keras dari Kesatuan Eropah dan negara-negara anggotanya terhadap Israel. Kesatuan Eropah menuntut kajian sepenuhnya di buat. Jerman juga menyatakan kejutannya dengan tindakan Israel. Jerman adalah salah satu sekutu paling setia Israel, mempersoalkan apakah tindakan yang diambil oleh pasukan komando Israel bersikap profesional. Kementerian luar negeri Greek dalam kenyataan rasminya hari ini mengatakan, mereka sudah memanggil Duta Besar Israel dan menuntut laporan “segera” laporan atas nasib sekitar 30 warga Greek yang ikut serta dalam rombongan kemanusiaan itu.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Greek memutuskan untuk menarik diri dari latihan ketenteraan bersama dengan Israel sebagai bentuk protes atas serangan Israel terhadap konvoi tersebut. Sehingga saat ini, dilaporkan 20 orang telah terbunuh dan lebih dari 30 orang cedera setelah Israel menyerang konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza seperti peralatan pendidikan, peralatan perubatan, bahan makanan dan bahan pembinaan.

Sumber : Haluan

Related Posts with Thumbnails