Tanggal 12 Ogos, dunia akan menyambut Hari Belia Antarabangsa. Berdasarkan Resolusi 54/120 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada tahun 1999, badan dunia tersebut telah mengisytiharkan 12 Ogos sebagai Hari Belia Antarabangsa. Hari tersebut didedikasikan oleh PBB bagi meraikan dan mengiktiraf sumbangan aktif belia di seluruh dunia kepada pembangunan masyarakat global. Bermula 12 Ogos ini juga, PBB telah memutuskan untuk mengisytiharkan 2010 sebagai ‘International Year of Youth’ (IYY) dengan bertemakan Dialogue and Mutual Understanding.
Justeru, PBB menyeru agar kesemua negara anggotanya, agensi berkaitan belia dan semua pertubuhan belia untuk mengambil kesempatan dari pengisytiharan IYY tersebut dengan melakukan sinergi dalam akitiviti belia di semua peringkat berlandaskan tema keamanan, kemerdekaan, solidariti dan pembangunan. PBB juga meminta negara anggotanya, pertubuhan serantau, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat madani untuk menyokong dan menjayakan segala aktiviti berkaitan dengan IYY ini secara sukarela.
Di Eropah, IYY akan disambut di Brussel, ibu kota Eropah dengan mengajak para belianya berkumpul untuk bersama-sama menikmati jamuan tengahari ala perkelahan yang dipanggil sebagai ‘Picnic Eurotastic’ bertempat di Royal Park yang terletak di antara Istana Diraja dan Parlimen Belgium. Acara seumpama ini akan dianjurkan di seluruh Eropah oleh para belia memandangkan 2010 merupakan tahun bermulanya IYY.
Di Malaysia walaupun mungkin tiada sambutan khusus sempena IYY, namun sudah memadai diperuntukkan hari khas untuk meraikan dan mengiktiraf sumbangan para belia iaitu pada 15 Mei setiap tahun di peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai Hari Belia Negara. Disusuli dengan sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri-negeri yang biasa dihadiri oleh pimpinan kerajaan negeri bagi menggambarkan kesungguhan pimpinan Negara dan Negeri dalam meletakkan belia sebagai aset dan modal yang amat berharga bagi Malaysia.
Secara umumnya, belia di mana sahaja mereka berada, sentiasa diraikan, diktiraf, dihargai, didengari, dan diberi perhatian khusus. Terbaru, Kerajaan Malaysia telah memutuskan menubuhkan satu Makmal Transformasi Pembangunan Belia yang bertujuan mengkaji kehendak dan keperluan belia dengan fokus utama kepada Generasi Y yang berumur 10 hinggan 28 tahun. Ini bermakna segala program yang dirancang kerajaan berkaitan belia adalah berdasarkan kajian kepada perubahan semasa minda Generasi Y dan memberikan impak positif kepada pembangunan negara.
Ini merupakan satu inisiatif yang amat baik yang dibuat oleh kerajaan kerana segala perancangan program pembangunan belia dibuatkan berdasarkan kajian teliti yang berpaksikan ilmu dan juga dalam masa mengambil kira sudut praktikal dengan mempertimbangkan kehendak dan keperluan belia semasa. Sudah tentu pertimbangan kepada kehendak dan keperluan belia tersebut haruslah dinilai dan ditimbang berdasarkan neraca agama, budaya, nilai-nilai ketimuran, kenegaraan dan kepentingan umum. Ini bagi memastikan hanya kehendak dan keperluan belia yang dianggap positif dan berakhlak sahaja dipertimbangkan oleh kerajaan untuk diterapkan dalam program pembangunan belia.
Selain itu, bertepatan dengan pengiktirafan global yang diberikan oleh dunia kepada warga belia melalui IYY, beberapa aspek harus diberikan perhatian oleh Kerajaan dalam merangka program pembangunan belia agar para belia Malaysia kekal kompetitif dan kompetens untuk bersaing dengan warga belia global yang lain. Antara yang ingin difokuskan oleh penulis ialah aspek pembangunan program kesukarelawanan antarabangsa. Menurut Putnam (2000), kesukarelawanan merupakan ‘a part of the syndrome of good citizenship and political involvement’. Justeru, kesukarelawanan mampu membentuk peribadi para belia agar menjadi rakyat yang proaktif menyumbang kepada proses pembangunan diri dan negara.
Menurut kajian penulis terhadap sekumpulan para belia yang pernah terlibat dalam program kesukarelawanan antarabangsa ini, didapati mereka memperolehi pelbagai manfaat dan kualiti seperti pendedahan antarabangsa, jaringan global, pelbagai skil tambahan, peningkatan keyakinan diri, kreativiti, pembukaan ufuk minda, motivasi dan esteem diri dan kematangan. Sebahagian besar elemen-elemen ini, amat sukar diperolehi jika hanya tertumpu dalam bilik darjah dan bilik kuliah melainkan mereka keluar dan bercampur bersama masyarakat dan dalam konteks kesukarelawanan antarabangsa, mereka bercampur dan terdedah dengan masyarakat antarabangsa yang berlatarkan kepelbagaian bahasa, budaya dan gaya hidup. Kualiti yang mereka perolehi melalui kesukarelawanan antarabangsa ini, amat berguna dan bermanfaat dalam proses pembangunan diri dan negara.
Di United Kingdom, projek Gap Years diperkenalkan kepada mahasiswa dan belia bagi memberikan ruang dan peluang kepada mereka terlibat dalam kerja kesukarelawanan sepenuh masa dalam dan luar negara. Dalam tempoh 3 ke 9 bulan iaitu luar daripada tempoh pembelajaran di universiti atau kolej, mereka diberi peluang sepenuh masa untuk terlibat dalam kerja kesukarelawanan yang dipilih sendiri oleh mereka dan diberikan dana bahkan elaun oleh Kerajaan UK. Sebahagian besar belia di UK memilih untuk bersukarela di luar negara kerana memberikan mereka peluang untuk mengembara dan melihat sendiri dunia luar. Sebagai sebuah negara maju yang melaksanakan dasar ini, ia tenyata memberikan impak positif kepada para belianya terutamanya dari segi kelebihan pengalaman, pendedahan, kematangan, pemikiran dan kemandirian.
Di Malaysia, Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (GPTD) telah melakukan eksperimen kesukarelawanan antarabangsa selama lebih 9 tahun kepada para belia dan mahasiswa. Ternyata hasilnya amat menggembirakan apabila para belia yang lahir daripada program ini mempunyai kualiti dan jatidiri yang amat diperlukan dalam menyumbang kepada proses pembangunan negara yang bakal menjadi negara maju menjelang 2020. Namun eksperimen yang dilakukan oleh GPTD ini berskala kecil dan dilaksanakan di peringkat NGO.
Program kesukarelawanan antarabangsa ini, wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat nasional sebagai salah satu agenda dan polisi transformasi pembangunan belia bersepadu. Ianya juga diyakini mampu memenuhi citarasa dan kehendak para belia khususnya Generasi Y yang sukakan aktiviti bersifat pengembaraan, lasak dan ‘adventerous’. Di samping itu, bersesuaian dengan tema IYY 2010, ia memberikan peluang kepada para belia untuk berinteraksi dan berdialog dengan dunia luar bagi mewujudkan persefahaman dan keamanan sejagat.
0titoVliora-1998 Nathan White https://wakelet.com/wake/xsJrqa4G9L4izZ6L_CkNG
ReplyDeletediaperreno
Oaltica_ko-1981 Darrell Orlando Adobe Acrobat Pro DC
ReplyDeleteFastStone Capture
CCleaner pro
chihojehot
gutsixede-1990 Keith Carouthers get
ReplyDeleteBest
essoifracal