Showing posts with label Pengenalan. Show all posts
Showing posts with label Pengenalan. Show all posts

Monday, July 6, 2009

Aktiviti & Program

Aktiviti Keilmuan, Kajian Ketamadunan & Bahasa:
  • Wacana bulanan
  • Kursus intensif & kelas bahasa
  • Projek kajian ketamadunan
  • Wacana isu semasa
  • Ziarah NGO
  • Forum Lorong Tengah (ForLoT)
  • Seminar ketamadunan
  • Taklimat GPTD dan perkongsian pengalaman

Aktiviti Kerohanian:
  • Iqra’ circle & solat berjemaah
  • Qiamullail
  • Kuliah agama
  • Usrah Wali Songo
  • Usrah Pimpinan

Aktiviti Skil & Latihan:
  • Bengkel Pengurusan Projek
  • Bengkel Fotografi & Video
  • Kursus Penulisan Buku dan Artikel
  • Bengkel Asas Sukarelawan
  • Aktiviti Sukan & Rekreasi
  • Bengkel Raih Sumbangan
  • Bengkel Perancangan GPTD
  • Sesi Motivasi & Dakwah

Alamat Perhubungan

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD)
Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP)
UNISEL Kampus Bestari Jaya,
45600 Bestari Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

E + gptdunisel@gmail.com
W + http://gptdunisel.blogspot.com

Misi

• Menyemai budaya kenal dan sayangkan sejarah bangsa, Negara dan agama dalam diri setiap individu khususnya mahasiswa Unisel

Visi

  • Menjadi wadah penerapan dan penghayatan nilai kemanusiaan dan semangat kesukarelawanan yang tinggi.
  • Cetusan kepada pembinaan generasi muda yang mempunyai kecekalan dan daya juang yang mapan.

Penerangan Logo




TAKRIFAN LOGO:
• Simbol berdasarkan gabungan huruf jawi ra ha min ta yang bermaksud RAHMAT.
• Simbol logo yang bercirikan bulatan bermakna khidmat bakti perlu disampaikan secara menyeluruh di peringkat lokal dan global.

TAKRIFAN WARNA
• Warna Emas - Bermaksud pelaksanaan objektif GPTD adalah sangat penting dan bermakna seperti nilaian EMAS.

SLOGAN
• Kembara Menelusuri Kegemilangan Tamadun

Objektif

  • Mewujudkan satu pertubuhan yang bergerak aktif bagi mengharumkan nama universiti di peringkat IPTA/ IPTS, melatih sukarelawan muda dengan kerja-kerja khidmat sosial dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa.
  • Menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan modal insan yang cerdas jiwa dan jasmani.
  • Melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat yang tidak mudah mengalah terhadap arus cabaran.
  • Memupuk semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa – mahasiswa Unisel yang merupakan salah satu elemen penting untuk membentuk graduan yang cemerlang.
  • Menyedarkan para mahasiswa mengenai potensi diri dan keyakinan diri dalam membentuk sahsiah yang mulia.
  • Membentuk siswa – siswi yang berkelakuan positif terhadap aktiviti sukan demi mempertingkatkan kemajuan siswa – siswi Unisel dalam aktiviti sukan.
  • Membentuk semangat kepimpinan di kalangan siswa – siswi Unisel dan memberi peluang untuk menggilap bakat – bakat semulajadi yang ada pada mereka.
  • Mengelakkan siswa – siswa dari melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan aktiviti yang bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej.

Rasional

Sejarah dan peninggalan tamadun dunia masa lampau masih kekal dan wujud. Ini berikutan peninggalannya yang berkurun lama masih dipelihara dan dipulihara oleh satu generasi ke generasi yang lain. Daripada kesan peninggalan tamadun dunia yang masih wujud kini, dapat kita perhatikan dan mengkaji pelbagai aspek pembangunan dan peradaban sesebuah tamadun tersebut. Perkembangan sesebuah tamadun dapat kita kaitkan dengan budaya ilmu atau tradisi ilmu yang menjadi budaya dan amalan sesuatu bangsa. Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagian individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa atau umat. Hal ini dapat kita kaitkan dengan kehidupan sebagai mahasiswa di institusi pengajian tinggi terutamanya di UNISEL. Tujuan yang utama pembudayaan ilmu dalam konteks mahasiswa ialah untuk mencapai kejayaan dan kekuatan individu dan kumpulan sosial.

Kerajaan Malaysia telah menyarankan semangat integrasi antara kaum demi mengukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia. Oleh itu GPTD merupakan salah sebuah pertubuhan yang akan mendorong dan menggalakkan semangat integrasi antara kaum dikalangan siswa dan siswi unisel untuk bertukar buah fikiran dan budaya masing-masing. Merujuk kepada dasar Malaysia yang mana telah dinyatakan secara jelas perpaduan nasional adalah satu cara mengukuhkan semangat dan kerjasama di antara semua kaum mahasiswa IPT.

Oleh yang demikian, rasional penubuhan GPTD adalah sebagai medan dalam mewujudkan dan memupuk budaya ilmu di kalangan mahasiswa, membina semangat integrasi, melahirkan intelektual mahupun cerdik pandai dan meningkatkan martabat serta memperkenalkan Universiti Industri Selangor sebagai salah sebuah insitut pengajian swasta yang berprestij, profesional dan berkualiti dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

Thursday, July 2, 2009

Pengenalan

Ini adalah kertas cadangan penubuhan Grup Pengkaji Tamadun Dunia, Universiti Industri Selangor (UNISEL). GPTD yang membawa konsep penjelajahan dan pengkajian peninggalan tamadun dunia yang masih wujud. Pertubuhan ini akan dikenali dengan nama “Grup Pengkaji Tamadun Dunia” (GPTD).

Pertubuhan ini secara khususnya terbuka kepada semua mahasiswa-mahasiswi UNISEL. Kami berharap kewujudan pertubuhan ini akan mendapat sambutan yang hebat daripada siswa – siswi UNISEL. Dengan adanya pertubuhan ini siwa – siswi akan dapat menggunakan masa mereka dengan baik di samping mengharumkan nama baik UNISEL dengan menjadi duta kecil UNISEL dalam negara dan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Diharap dengan adanya usaha daripada sebilangan warga UNISEL yang bertungkus lumus membina lapangan atau ruang bagi siswa-siswi unisel menimba pengalaman dan pembinaan tradisi ilmu, GPTD akan menjadi wadah pemangkin intelektual siswa-siswa unisel yang berwawasan dan cemerlang.


Related Posts with Thumbnails