Tuesday, August 10, 2010

Janin lelaki dicampak dalam tong sampah

Pulau Pinang, 9 Ogos 2010 - Utusan Malaysia Online melaporkan hanya manusia bersifat binatang dan tidak takut dosa sahaja yang sanggup membuang bayinya yang dilahirkan tidak cukup bulan dan masih berlumuran darah ke dalam tong sampah.

Hakikatnya, manusia seperti itu memang wujud di kalangan kita. Ia terbukti apabila mayat janin lelaki yang masih mempunyai tali pusat ditemui di tempat pembuangan sampah di Kompleks Pulau Mutiara di sini hari ini.

Lebih menyayat hati, janin itu dipercayai dicampak dari ketinggian kira-kira 5 meter menyebabkan bahagian kepalanya luka teruk dipercayai akibat terkena serpihan tulang di dalam timbunan sampah sarap.

Janin yang berusia antara lima hingga enam bulan itu ditemui seorang wanita warga emas yang kebetulan sedang mencari barang lusuh di tempat buangan sampah itu kira-kira pukul 11.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, janin itu dipercayai telah dibuang dalam tempoh 24 jam.

"Ia ditemui dalam timbunan sampah selepas kita menerima maklumat daripada orang awam. Hasil siasatan awal, ia dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan iaitu baru berusia antara lima hingga enam bulan," katanya.

Tambahnya, mayat janin itu dihantar ke Bilik Mayat Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke mana-mana balai berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181822 membantu siasatan.


Ulasan Setiausaha

Kes berulang lagi, perlaksanaan hukuman yang wajar adalah sebat/rejam jika berzina. Manakala kes buang bayi menyebabkan kematian wajar lebih berat bagi mengelakkan perkara ini terus menjadi-jadi. Wahai kaum hawa bangun dan insaf, kembalilah kepada agama mu. Wahai kamu adam pelihara gejolak nafsu dan bertanggungjawab terhadap peranan besar mu.

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails