Showing posts with label Dana. Show all posts
Showing posts with label Dana. Show all posts

Friday, December 11, 2009

Bestari Sportwear Centre menaja pakaian aktivis XPDC HAMKA

Bestari Jaya, 10 Disember 2009 - Bestari Sportwear Centre telah menaja pakaian (vest) Aktivis Grup Hamka yang akan melaksanakan XPDC HAMKA beberapa hari lagi. Majlis penyerahan ringkas telah diadakan dengan Penasihat, En Izwan Suhadak Ishak sebagai wakil telah menerima sumbangan 8 helai vest daripada Puan Jeanne (berasal dari Filipina) yang merupakan isteri kepada Pengurus, Encik David Ananthan.

"Terima kasih kepada Untie Jeanne kerana sudi menyumbang dan menyokong projek khidmat sosio pendidikan ini. Saya kira, budaya ini patut dicontohi oleh syarikat yang lain sebagai tanda mendokong tanggungjawab sosial", kata Izwan ketika ditanya oleh pemberita. Puan Jeanne berkata, "Program ini memang bagus, membantu orang yang dalam keadaan kesusahan. Saya harapkan program ini akan berjaya".

Bestari Sportwear Centre adalah merupakan syarikat pembekal alatan sukan dan menerima tempahan aksesori alat tulis dan pakaian. Sesiapa yang berminat untuk boleh berhubung terus di talian 016-3387002 atau emel di bestarisportwear@yahoo.com. Boleh juga ke pejabat di No 22, Jalan 3, Pusat Perniagaan Bestari Jaya, Bestari Jaya.

Sunday, December 6, 2009

Sumbangan Yusliza buat Pesantren Buya Hamka

Kuala Lumpur, 6 Disember 2009 - Setelah mendapat makluman tentang XPDC HAMKA daripada sistem pesanan ringkas, Saudari Yusliza Binti Muhamad Yunus telah menghubungi Sekretariat untuk memberikan sumbangan material. Yusliza yang berkhidmat di salah sebuah firma kewangan di ibu kota memohon agar gambarnya tidak dirakam atas tujuan publisiti. Antara sumbangan beliau adalah 3 kotak pakaian, koleksi buku novel Inggeris dan sebungkus pen dan pensil. "Akak biasanya akan kutip pen atau pensil yang biasanya ditinggalkan oleh peserta di Seminar, konferen", kata Yusliza ketika menyerahkan sumbangan kepada aktivis Grup Hamka. "Pakaian dan buku sumbangan bersama daripada keluarga akak", tambahnya lagi. Pemberita hanya sempat merakamkan kereta milik Yusliza.


- Unit Media




Related Posts with Thumbnails