KEBERSIHAN
Saya Hafizah Azizan, salah seorang dari aktivis GPTD UNISEL telah di tugaskan membuat kajian tentang kebersihan dan keselamatan. Kajian ini dilakukan di sekitar Maninjau, Indonesia. Saya memfokuskan kajian ini di sebuah kampung kecil iaitu Kampung Kukuban yang berada di dalam daerah Maninjau. Kampung ini mengambil masa sekitar 2 hingga 3 jam dari Bukit Tinggi. Kampung ini juga bersebelahan dgn danau maninjau atau lebih dikenali Tasik Maninjau. Danau ini juga dikekelingi oleh gunung-ganang dan bukit-bakau. Permandangannya amatlah indah, namun, ada kekurangan dari segi kebersihannya. Bagaimanapun, di sini dapat lihat kebersihan di pinggir tasik di kampung Kukuban ini tidak terjaga dengan baik. Ini menunjukkan masih ada sikap ambil mudah dalam soal kebersihan.
Hal ini amatlah mengecewakan, jika tidak diambil peduli bimbang dikemudian hari, danau tidak seindah semulajadi. Tidak mustahil perusahaan penternakan ikan juga akan terjejas. Budaya gotong royong di kalangan masyarakat minang di Kukuban sangat baik. Malah setiap penduduk Kukuban ada jadual bertugas secara kelompok untuk memastikan jalan ke Kubugadang tidak semak. Tetapi mungkin terlepas pandang dalam soal pengurusan sampah. Seperti di kawasan kampung di Malaysia, sampah akan dibuang dibelakang rumah dengan cara menanam atau membakar. Keadaan itu juga berlaku di sini, tetapi masih ada segelintir yang sambil lewa, dan budaya membuang sampah ke dalam danau di pinggiran. Berdasarkan pemerhatian tandar Musholla (surau) juga tidak dijaga kebersihan. Perkara ini juga terdapat di Malaysia, kadang kala di Masjid besar dan utama.
Faktor ini berlaku kerana :-
*Tiada lori sampah yang datang di sekitar Kampung kukuban,Maninjau.
*Kurangnya aktiviti Gotong royong di sekitar rumah & kawasan Musholla.
*Tiada tempat perbuangan sampah yang khas atau utama.
*Kurang pemantauan daripada pihak berkuasa tempatan.
KESELAMATAN
Dalam soal keselamatan pula dapat dilihat apabila adanya pembinaan-pembinaan rumah atau sekolah, mereka meletak barang mereka seperti paku, kayu tajam, dan alat-alat yang membahayakan orang di merata-rata tempat. Barangkali tiada standard of procedure (SOP) di kawasan luar bandar. Pihak-pihak tertentu haruslah membuat tindakan sepatutnya supaya keselamatan anak-anak mereka dan penduduknya dalam keadaan selamat. Jika dibiarkan ini akan mengancam keselamatan kanak-kanak di Kukuban yang sentiasa aktif bermain di sekitar kampung.
TINDAKAN
Kami telah menganjurkan program gotong royong bersama pelajar Pondok Pesantren Prof Dr Hamka (PPPDH) untuk turun ke padang bersama-sama membersihkan kawasan Kukuban dan bertumpu di sekitar Musholla (Kawasan sementara PPPDH akibat gempa bumi). Beberapa kelompok di bentuk untuk membersihan Musholla, pinggiran danau, kelas dan pejabat PPPDH, kawasan asrama putera puteri. Alhamdulillah, akhirnya kerjasama yang padu semuanya berjaya dibersihkan.
No comments:
Post a Comment