Thursday, August 12, 2010

Kempen #10 : Beli Ikut Keperluan





Apabila tiba musim puasa, banyak bazaar Ramadhan dibuka di merata tempat. Memandangkan terpaksa menahan lapar dan dahaga begitu lama, apa saja yang nampak menyelerakan dibeli sesuka hati.

Akibatnya apabila sudah berbuka puasa, lebihan makanan terpaksa dibuang jika waktu moreh pun tak dapat dihabiskan.

Bukan itu saja, dari sudut psikologi pun, membeli-belah sewaktu kelaparan tidaklah digalakkan kerana kita akan terdorong membeli lebih daripada keperluan.

Pembaziran ini amat dibenci seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Isra ayat 26-27 yang bermaksud:

"Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

Sifat boros itu adalah sifat Syaitan yang tidak patut dicontohi. Jika kita juga begitu, memang patutlah digelar saudara kepada mereka.

Ayuh kita kempen untuk kita berbelanja hanya mengikut keperluan, bukan kehendak.

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails