GPTD=grup_pengkaji_tamadun_dunia | AIS=aktivisme+intelektualisme+spiritualisme | 3M=menjejak.meneladani.memimpin
Wednesday, May 2, 2012
Inter-Religious Famili Day : Celebrating Friendship & Unity
Tuesday, April 10, 2012
Tuesday, October 11, 2011
Teater Cheng Ho memukau penonton
Serdang, 9 Oktober 2011 - GPTD Unisel telah menghantar wakil, Sdr Hdariyani Kampun selaku Naib Presiden II berkunjung ke Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menghadiri program Diskusi Intelek Cheng Ho anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM. Teater yang diadakan pada pukul 5.00 petang sangat mengujakan pengunjung dan penonton yang hadir. Teater ini mengisahkan berkenaan kitaran hidup Laksamana Cheng Ho ketika beliau masih kecil, dewasa dan bagaimana bermulanya episod beliau mengembara ke seluruh dunia bersama armadanya.Kisah yang boleh dijadikan iktibar bagi mahasiswa masa kini yang aktif sebagai aktivis yang sangat jarang kita temui. Semangat Laksamana Cheng Ho juga perlu diambil ketika mengembara dan bagaimana beliau menjadi pemimpin dengan mengendalikan begitu banyak armada. Syabas dan tahniah untuk persatuan Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM atas anjuran program berkenaan.
Tuesday, October 4, 2011
Ziarah ke kediaman Mujahidis Bosnia
Monday, March 14, 2011
Tinta terakhir bergelar pembantu Presiden!

Semalam adalah hari penyerahan tugas dari setiausaha kepada setiausaha yang baru. Tidak terasa rupanya sudah setahun berlalu aku bergelar setiausaha, seperti biasa memegang tugas itu tidak mudah, seperti roda, seperti maggi (eh?), seperti kain lap kaki, seperti jam loceng dan banyak lagi. Kadang-kadang sedih, kadang syok sendiri, kadang-kadang gumbira, semuanya aku rasa ketika memegang takhta setiausaha merangkap PA presiden.
Diakui penerimaan sebagai setiausaha pertama kali membuatkan aku cuak,kelam kabut dan segala macam yang membuatkan jantungku selalu berdegup. Menerima tugas seperti ini memerlukan daya tahan yang kuat samaada fizikal mahupun mental,tidak kuat maka gila jawabnya ataupun meninggalkan amanah itu serta merta.Alhamdulillah, Allah memberikan aku kekuatan (walaupun masa kecil mak aku selalu cakap aku ni lembik) dalam segala hal dan jadilah aku setiausaha.:)
Bulan pertama sebagai setiausaha, banyak perkara yang aku belajar, bermula sebagai penulis surat, menulis laporan, mengetahui makna MUKTAMAR, mengetahui apa itu blog, mengetahui apa itu tafsir-tafsir yang ada di dalam ayat Al-Quran dan menahan hati ketika dimarah.Aduh, bahagian yang dimarah itu aku tidak tahan, kadang-kadang keluar juga cecair di sudut mata ini tetapi sabar sajalah seperti nama Ijlah Sabirah!:)
Bulan kedua, aku mulai mengikuti banyak program-program yang dianjurkan, mengetahui bagaimana menguruskan sesuatu ketika berprogram, berkenalan dengan kenalan dari pelbagai IPTA dan IPTS, membuatkan aku terkenal seketika. Pergi HEP, berjumpa dengan uncle yang membawa bas Unisel, berjumpa dengan pengurus aktiviti di Perpustakaan Unisel, dan berjumpa dengan orang-orang yang BESAR. Semua ini membuatkan aku semakin kerdil dan kecil dan tersentak bahawa di DUNIA ini ELDA kau kena ingat bahawa ada ramai lagi orang BESAR dan kalau dibandingkan dengan KAU maka seperti semut dan gajah.Oleh itu, carilah ILMU sebanyak yang mungkin untuk menjadi ORANG BESAR bukan ORANG YANG MEMBESARKAN DIRI.:)
Maka, berbulan-bulan aku memegang jawatan ini sehingga la menjadi bulan terakhir, aku tidak pernah menyesal memegang jawatan ini walaupun pada awalnya aku berhasrat untuk meletak jawatan(opss,)namun berkat doa Rabitah yang dibacakan sewaktu Diskusi Al Amin daripada rakan-rakan membuatkan hati aku dekat dan tempel pada ORGANISASI ini.oh,aku jatuh cinta, i'm fall in love...Pertama kali aku menjadi setiausaha dan pertama kali aku jatuh cinta yang sebenar-benarnya pada organisasi pulak tu, mesti orang akan ingat aku gila."jatuh cinta pada organisasi?,gila kali si ELda ni"Aku jawab"hanya yang memasuki organisasi ini akan memahami aku dan kalau kamu faham tujuan aku meski kamu juga akan menjadi gila seperti aku,cewah!"keh keh keh.
Kepada sahabat-sahabatku yang pernah berjuang bersama aku di organisasi ini, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak.MERCI! kata orang French. Pahit Mahit kita mendaki bukit yang paling tinggi, berenang dan lemas kita bersama-sama ketika merenangi samudera terdalam di Dunia, jalan yang berlekok tajam kita lalui sehingga termuntah-muntah membuatkan aku terfikir bahawa kamu adalah yang setia. Paling setia.Seperti kata-kata dariku, jangan pernah takut menongkah arus, tinggal angkat saja kaki dan arus akan berhenti berarus.hehe.:P
"Pemimpin itu tidak lahir di bilik kuliah, ia lahir dikemelut masyarakat"Pak Natsir.
*Aku ingin menjadi pemimpin seperti itu.InsyaAllah.
Ulasan Penasihat
Semoga istiqamah & ikhlas dalam perjuangan. Patut dicontohi oleh relawan GPTD yang lain. Sedia belajar, mengajar dan diajar.
Thursday, March 10, 2011
Simbolik Penyerahan Tugas Setiausaha
- Unit Media
Tuesday, March 1, 2011
MPAT Ke-3 GPTD Unisel : Relawan Berjiwa AIR
Sukacita dijemput semua ahli GPTD Unisel hadir ke Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Kali Ke-3 bagi tahun 2011 bertempat di Bilik Seminar 3, Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Unisel Kampus Bestari Jaya. Dua Anugerah Tokoh akan diumumkan atas khidmat & jasa kepada organisasi dan masyarakat yang merentas sempadan.Wednesday, February 16, 2011
Sebuah catatan al-Amin
Saya ingin menulis sesuatu tentang Nabi sempena hari kelahiran baginda.
Semalam kawan bukan islam bertanya “ Esok cuti sempena apa?”Katanya. ”Sempena kelahiran Nabi Muhammad”kata saya. “Cuti ni seluruh Malaysia ke?”Soalnya lagi. “Iya”kataku pendek. Dalam minda bermain-main dengan soalan sebentar tadi. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan cuti sempena kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Kalau dulu pengertian bila menyambut cuti sempena Maulidul Rasul ialah ke masjid dan mendengar ceramah berkenaan Nabi Muhammad dan akan diberikan pulut dan telur. Berarak seluruh pekan itu sambil berselawat kepada Nabi Muhammad dan banyak lagi aktiviti lainnya. Aktiviti sebegitu mejadi rutin setiap tahun bagi menyambut kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Bukan ingin mengatakan menyambut maulidul rasul adalah salah, tidak sama sekali bahkan itu lebih baik daripada hanya bercuti di rumah. Namun yang ingin ditekankan adalah sejauh mana cinta dan sayang kita kepada Nabi Muhammad selepas menyambutnya. Adakah rindu kita semakin menebal ingin bertemu dengan beliau? Adakah cinta dan sayang kita semakin tinggi dan menjadikan beliau sebagai idola sepanjang zaman? Adakah mendengar ceramah di masjid dan berselawat akan berlarutan?
Nabi Muhammad mempunyai akhlak yang sungguh indah . Beliau tidak sekali-kali mengaku kalah dalam menegakkan perjuangan. Berapa ramai hari ini seperti beliau yang berani menegakkan perjuangan apalagi ketika seorang diri ? Mungkin ada tetapi boleh dibilang dengan jari, hanya sebilangan sahaja. Memang perjuangan itu memerlukan jemaah kerana jika sebatang lidi tidak mungkin dapat membersihkan halaman rumah tetapi perlu kita ingat Nabi dahulunya mula berdakwah seorang diri. Ini kerana itu adalah tanggungjawab yang diberikan oleh Allah kepada beliau bukan kerana nama maka berdakwah itu wajib baginya walaupun pelbagai kendala perlu dilalui.
Pelbagai penderaan fizikal, emosi yang beliau lalui jika dibandingkan dengan kita umat beliau dalam berdakwah . Liku-liku berdakwah itu sememangnya wajib bagi setiap orang yang beriman kerana tidak ada jalan lurus dan senang bagi orang yang ingin mendapat keredhaan Allah. Semuanya perlu dilalui samada pahit ataupun manis. Berbeza pada hari ini, liku-liku perjuangan itu tetap ada tetapi semangat untuk menghadapi liku-liku itu kurang. Diakui kita tidak dapat menandingi perjuangan Nabi namun serapkan sedikit lebih baik jika tidak ada langsung.
Lebih parah lagi anak muda di dalam kampus masa kini mewujudkan “aku aku kau kau” kerana tidak ingin turut serta di dalam berdakwah. Banyak kerja katanya, takut pointer turun katanya, terlalu aktif menyebabkan tiada masa dengan kawan katanya, dan bermacam alasan lagi. Sebenarnya ketika kita berkata sedemikian untuk mengelak Allah akan mengabulkan setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita. Menyedihkan kerana semua yang berkata sedemikian yang mengaku adalah islam dan lebih menyedihkan pelajar pengajian islam. Memahami apa ertinya aku sebagai islam sangat-sangat penting bagi mengetahui tujuan sebenar kamu di muka bumi ini.
Ada yang berjuang tetapi perjuangan kadang-kadang bersifat untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Ingin menjadi pemimpin kerana pada nama. Kemungkinan orang seperti ini lupa bahawa jika dia naik ke atas mana sekalipun akan ada yang lebih di atas daripadanya. Makanya penting memahami maksud kepimpinan itu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin kelak ditakuti tidak akan dapat belajar lagi makna pemimpin itu.
Alangkah lucu orang-orang ini.
Bagaimana agaknya perasaan Rasulullah ketika Abu Talib, bapa saudara beliau sendiri menolak ajaran yang dibawa baginda. Apa reaksi kita agaknya jika keluarga melakukan hal yang sedemikian, adakah kita lebih memilih keputusan keluarga daripada kewajipan kita ? Keluarga menyuruh kita jangan terlalu aktif di kampus di dalam persatuan dikhuatiri pointer akan turun. Adakah dengan tidak melakukan apa-apa kegiatan di kampus akan menyebabkan keputusan kita lebih tinggi sebelumnya. Dengan yakin saya mengatakan tidak. Semua itu terpulang bagaimana kita menguruskan masa dengan lebih baik. Bimbang dan takut bila pada hari ini tiada lagi sifat mengambil berat sesama saudara islam itu apalagi dikalangan anak muda. Bagaimana pula akan generasi akan datang?
Bukannya tajuk utama artikel ini untuk menggalakkan menyertai ataupun aktif bagi anak muda di dalam kampus tetapi penekanan bahawa kewajipan kita di dalam berdakwah. Menyertai apa-apa persatuan itu tidak ada masalah selagi persatuan itu tidak lari daripada panduan AL-Quran dan As-Sunnah. Kewajipan yang seperti Nabi Muhammad lakukan dahulu ketika berdakwah seorang diri, ditolak ajarannya oleh saudara sendiri ,disiksa dan bermacam lagi kerana rasa kewajipan sebagai hamba Allah yang wajib untuk dipatuhi yang harus dicontohi. Jika dunia ini dipenuhi seperti akhlak dan sifat rasulullah alangkah indahnya dunia namun jika dipenuhi dengan pemuda pemudi yang “aku aku kau kau” maka tunggulah azab Allah ini.
Hdariyani Kampun adalah Setiausaha GPTD Unisel dan merupakan pelajar di Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Unisel.
Thursday, January 20, 2011
GPTD TV : Bedah Filem Siri 1
Alangkah Lucunya Bedah Filem
Ada penonton yang hampir menitiskan air mata kerana terharu usaha yang dilakonkan oleh Muluk. "Saya bagi lima bintang untuk filem ini", Sdri. Ernawati selesai tamat diskusi Bedah Filem. Penonton yang hadir menggalakkan mahasiswa lain juga turut serta selepas ini kerana bukan sahaja dapat menonton tetapi mereka dapat ilmu daripada diskusi yang diadakan. "Terima kasih kepada yang hadir, insya Allah GPTD Unisel akan menganjurkan Bedah Filem ini secara berkala. Tunggukan Bedah Filem Siri 2 selepas ini", pesanan akhir Sdri. Hdariyani yang merupakan Setiausaha GPTD Unisel.
- Unit Media
Wednesday, January 19, 2011
Wednesday, December 15, 2010
Gagasan Transformasi Diri & Sosial dihayati bersama
Sdri Hdariyani Kampun, selaku Setiausaha merangkap Pengarah program telah berkongsi pengalaman dalam 3 XPDC yang pernah diikutinya iaitu XPDC HAMKA, XPDC WALI SONGO & XPDC CHENG HO. Pada malam tersebut dilancarkan Grup Ibn Battutah yang akan melaksanakan XPDC IBN BATTUTAH pada pertengahan tahun 2011. Pada akhir acara sukarelawan bersetuju untuk melaksanakan Misi Bantuan Kebakaran di Kg Rantau Panjang yang akan diketuai oleh Sdr Mohd Helmy.
-Unit Media
Sunday, December 12, 2010
Sukarelawan GPTD selamat pulang ke kampus

Friday, December 10, 2010
GPTD Unisel ke Misi Bantuan Banjir di Kedah
Dimaklumkan bahawa IPT lain juga turut serta antaranya KLMU, MSU, & Kolej Komuniti selain Unisel Kampus Bestari Jaya. Satu rombongan bas akan di hantar dengan misi membersihkan kawasan rumah dan sekitar di Taman Tabung Haji. Misi akan selesai pada hari Ahad ini. "Saya baru hubungi MRA semalam dan alhamdulillah 11 orang siap untuk berkhidmat untuk masyarakat", kata Hdariyani yang juga merupakan Setiausaha GPTD Unisel yang baru pulang dari XPDC Wali Songo di Jawa, Indonesia. "Pengalaman semasa di Posko Merapi di Jawa Tengah akan digunakan semasa dilapangan", tambah Hdariyani lagi.
-Unit Media
Tuesday, August 10, 2010
Janin lelaki dicampak dalam tong sampah
Pulau Pinang, 9 Ogos 2010 - Utusan Malaysia Online melaporkan hanya manusia bersifat binatang dan tidak takut dosa sahaja yang sanggup membuang bayinya yang dilahirkan tidak cukup bulan dan masih berlumuran darah ke dalam tong sampah.Hakikatnya, manusia seperti itu memang wujud di kalangan kita. Ia terbukti apabila mayat janin lelaki yang masih mempunyai tali pusat ditemui di tempat pembuangan sampah di Kompleks Pulau Mutiara di sini hari ini.
Lebih menyayat hati, janin itu dipercayai dicampak dari ketinggian kira-kira 5 meter menyebabkan bahagian kepalanya luka teruk dipercayai akibat terkena serpihan tulang di dalam timbunan sampah sarap.
Janin yang berusia antara lima hingga enam bulan itu ditemui seorang wanita warga emas yang kebetulan sedang mencari barang lusuh di tempat buangan sampah itu kira-kira pukul 11.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, janin itu dipercayai telah dibuang dalam tempoh 24 jam.
"Ia ditemui dalam timbunan sampah selepas kita menerima maklumat daripada orang awam. Hasil siasatan awal, ia dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan iaitu baru berusia antara lima hingga enam bulan," katanya.
Tambahnya, mayat janin itu dihantar ke Bilik Mayat Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke mana-mana balai berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181822 membantu siasatan.
Ulasan Setiausaha
Kes berulang lagi, perlaksanaan hukuman yang wajar adalah sebat/rejam jika berzina. Manakala kes buang bayi menyebabkan kematian wajar lebih berat bagi mengelakkan perkara ini terus menjadi-jadi. Wahai kaum hawa bangun dan insaf, kembalilah kepada agama mu. Wahai kamu adam pelihara gejolak nafsu dan bertanggungjawab terhadap peranan besar mu.
Thursday, August 5, 2010
Pameran XPDC Hamka @Perpustakaan Unisel
"Tahniah kepada GPTD kerana menganjurkan program seumpana ini. Hamka adalah seorang sosialis kerana telah memberi impak besar kepada masyarakat bukan sahaja di Indonesia malah diseluruh rantau Melayu", antara isi ucapan perasmian oleh Prof Dr Zaidi Hajazi.
Sunday, August 1, 2010
Kes pembuangan bayi mengecewakan
Terbaru, seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat di sini hari ini. Seorang peniaga yang tinggal di bangunan itu menemui bayi berkenaan yang masih bertali pusat apabila terdengar tangisannya kira-kira pukul 7.56 pagi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk pemeriksaan lanjut. "Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan dia menemui bayi perempuan yang masih bernyawa dan bertali pusat di kaki lima bangunan rumah kedai.
"Hasil pemeriksaan mendapati, bayi berkenaan yang masih belum diketahui keturunannya seberat 2.58 kilogram dan dilaporkan sihat," katanya di sini hari ini. Menurut Shafien, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati, tiada objek atau sebarang nota ditinggalkan bersama-sama bayi itu.
Polis katanya, kini menyiasat kes itu di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran dan sedang mengesan ibu yang melahirkan bayi itu. Beliau menambah, polis turut menjalankan pemeriksaan di semua klinik di sekitar daerah ini dan hospital berhampiran bagi mengesan ibu bayi berkenaan yang mungkin mendapatkan rawatan susulan selepas melahirkan anak.
Shafien turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sumber : Utusan
Ulasan Setiausaha
Kes pembuangan bayi sehingga ke hari ini telah direkod sebanyak 22 kes sejak awal tahun 2010. Ini amat mengecewakan kerana kesedaran terhadap peranan insan sudah hilang punca. Sepatutnya nilai kasih sayang dan murni hati nurani sewajarnya semakin meningkat seiring kemajuan negara. Ini adalah berpunca daripada entiti keluarga dan masyarakat yang tidak lagi mempedulikan kehidupan beragama. Tiada mana-mana agama yang membenarkan perzinaan. Punca utama adalah benteng maruah agama sudah luntur sedangkan kita sudah masuk ke bulan kemerdekaan bagi kali ke - 53 tahun. Jika perkara ini terus menerus adakah pemimpin masa depan akan diterajui oleh anak yang tidak mengenal ayahnya? Harapnya gerakan kesedaran dapat dicetuskan di dalam kampus Bestari Jaya agar mahasiswi khususnya dapat berperanan lebih luas.
Hdariyani Kampun adalah pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Fakulti Industri Teknologi Maklumat merangkap Setiausaha GPTD Unisle
Friday, July 16, 2010
Mahasiswa kreatif bantu jayakan pameran Xpdc Hamka

Perbincangan dan gerak kerja telah bermula dengan pertemuan secara rasmi bersama Setiausaha, Sdri H






