Monday, August 9, 2010

Banjir di China, 127 lagi maut

Beijing, 8 Ogos 2010 - Beberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan di Gansu, wilayah barat laut China awal hari ini meragut sekurang-kurangnya 127 nyawa dan menyebabkan kira-kira 2,000 yang lain hilang. Kejadian itu merupakan bencana terbaru akibat banjir besar yang melanda negara ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan, kejadian tanah runtuh berlaku di wilayah autonomi Gannan, Tibet. Stesen penyiar negara CCTV melaporkan bekalan elektrik turut terputus di beberapa kawasan di selatan wilayah itu, menyukarkan pihak berkuasa menentukan jumlah mangsa yang hilang serta menjejaskan perhubungan dengan penduduk di situ.

Xinhua melaporkan, kawasan paling teruk terjejas di Gannan adalah daerah Zhouqu, apabila sebahagian besar kawasan itu ditenggelami air. Banyak rumah roboh, sementara jalan-jalan raya dibanjiri air serta lumpur setinggi kira-kira semeter.

Xinhua memetik ketua daerah itu, Diemujiangteng sebagai berkata, tanah runtuh berlaku selepas hujan lebat melanda wilayah berkenaan lewat malam semalam serta air sungai yang melimpah. "Lumpur tebal menyukarkan operasi menyelamat. Ia terlalu tebal sehingga sukar untuk kami melaluinya," katanya.

Menurut Xinhua, sekurang-kurangnya 50,000 penduduk lain terjejas dan pihak berkuasa menggunakan helikopter bagi meninjau kawasan terlibat. Banjir tahun ini disifatkan terburuk dalam tempoh satu dekad di China dan setakat ini telah membunuh 1,100 orang, sementara 600 lagi dilapor masih hilang. - AP

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails