Bengkel Kefasilitatoran siri pertama ini mengetengahkan 3 objektif utama dalam silibus pembelajarannya. Pertama, peserta diharapkan agar dapat memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai fasilitator. Kedua, mengenali dan mengetahui ciri-ciri asas sebagai seorang fasilitator dan akhir sekali ialah untuk mengetahui peranan dan tindakan yang patut mereka ambil apabila menghadiri sesuatu program, kursus atau aktiviti.
Berbengkel hampir 2 jam telah menampakan komitmen yang baik dari kalangan peserta. IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada GPTD UNISEL yang diasaskan oleh En. Izwan Suhadak kerana menjemput kami untuk bersama memberikan informasi dan pengisian kepada sebahagian kecil dari pelajar UNISEL. Semoga usaha ini berpanjangan dan diberkati oleh Allah s.w.t.
-Unit Media
No comments:
Post a Comment