Di sisi kiri bangunan terdapat sebuah beduk sebagai pelengkap bangunan masjid. Nama masjid ini merupakan bentuk penghormatan kepada Cheng Ho, Laksamana berasal China yang beragama Islam. Dalam perjalanannya di kawasan Asia Tenggara, Cheng Ho bukan hanya berdagang dan menjalin persahabatan, beliau juga menyebarkan agama Islam.
Bentuk bangunan masjid ini mencontoh bangunan masjid Niu Jie di Beijing yang berusia lebih 100 tahun. Ruang untuk solatnya berukuran 9 meter lebat dan 11 meter panjang.
Ukuran itu memiliki erti tertentu. Sembilan adalah mewakili Wali Songo (sembilan), sedangkan 11 adalah mengikuti ukuran Kaabah yang dibangun oleh Nabi Ibrahim.
Senibina
Menaranya dengan tiga tingkat dan berukuran segi lapan, juga memiliki falsafah sendiri. Tiga tingkat merupakan seni bina Tionghua dan segi lapan bagi masyarakat Tionghua disebut dengan Pat Kwa, mengandung nilai keberuntungan.
Di dinding menara itu, terpatri hiasan kaca berjumlah 20 yang berisi sifat-sifat Allah. Di dinding depannya terdapat dua jendela berbentuk bulat yang tidak dibiarkan kosong melompong, tetapi diisi dengan kaligrafi bertuliskan Bismillahirahmanirrahim. Papan nama masjid ini juga istimewa, kerana ia adalah hadiah daripada Duta Besar China untuk Indonesia, Lu Shu Ming.
Masjid Muhammad Cheng Hoo rupanya dirasmikan pada 2002. Sejak itu, masjid berkenaan dikunjungi ramai pelancong dalam negeri mahupun luar negara.
Ulasan Penasihat :
Mohon Grup Cheng Ho yang akan ke Jawa untuk mengkaji jejak Cheng Ho di sana dan dikongsikan dalam Diskusi Al Amin pada minggu hadapan.
No comments:
Post a Comment