Tuesday, July 13, 2010

Rangkaian sosial perniagaan arus perdana



Kuala Lumpur 11 Julai 2010 - Bernama melaporkan rangkaian sosial telah menjadi alat perniagaan arus perdana di Malaysia, apabila perniagaan menggunakan rangkaian sosial untuk mendapatkan peluang perniagaan baharu, kata penyedia penyelesaian ruang kerja global, Regus, dalam satu kenyataan mengenai satu tinjauan global yang baru dijalankan.

Kaji selidik itu menunjukkan 51 peratus perniagaan Malaysia menggunakan platform perangkaian untuk merebut peluang perniagaan baharu, katanya.

Lebih suku atau 27 peratus perniagaan di seluruh dunia mengkhususkan sebahagian daripada belanjawan pemasaran bagi kegiatan perangkaian sosial, katanya dalam satu kenyataan.

Hasil kaji selidik itu juga menunjukkan 41 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai peruntukan pemasaran yang dikhususkan bagi perangkaian sosial, katanya.

Sebanyak 70 peratus responden tinjauan itu berkata, mereka menggunakan perangkaian sosial untuk berhubungan dengan orang hubungan mereka, meskipun hanya 35 peratus berjaya mendapat pekerjaan melalui rangkaian sosial, katanya.

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails