Wednesday, July 14, 2010

Himpunan Relawan 2010 berjaya

Kuala Lumpur, 10 Julai 2010 - Himpunan Relawan 2010 telah berjaya dijalankan di Masjid Asy Syakirin, KLCC. Seramai 60 orang peserta telah hadir dari seluruh negara. Program di mulakan dengan ucapan dari Setiusaha Agung ABIM dan seterusnya taklimat ringkas tengtang GPTD oleh Saudara Suhail, Presiden GPTD. Sedikit persembahan multimedia tengtang grup tokoh dan ucapan peransang oleh Pengasas GPTD, En. Ahmad Azam. Selepas itu setiap peserta telah dibahagikan mengikut grup tokoh yang mereka minati.

Alhamdulillah segala perancangan program tersebut telah dijalankan dengan lancar. GPTD Unisel turut hadir dan terlibat dalam mengendalikan Grup Tokoh antaranya Wali Songo dan Ibn Battutah. Susulan gerak kerja akan dilanjutkan dilapangan perlatihan khidmat sosial di kampung, sekolah serta luar negara. Peserta yang hadir sangat teruja dengan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan.

-Unit Media

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails