Sunday, January 2, 2011

Guna kuasa politik untuk laksana setiap dasar - Ahli Akademik


KUALA LUMPUR 1 Jan — Kerajaan disaran menggunakan kuasa politik dalam melaksanakan setiap dasar berkaitan perpaduan agar tidak dipermainkan pihak tidak bertanggungjawab, kata seorang ahli akademik.

Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman berkata, ia penting bagi memudahkan kerajaan memberi penerangan seterusnya mengelakkan kekeliruan yang mungkin dan cuba ditimbulkan pihak-pihak tertentu bagi menggagalkan dasar itu.

"Pemerintah yang memegang kuasa dan dengan kuasa yang ada padanya, mereka (kerajaan) perlu bertegas dalam memastikan setiap dasar yang dikemukakan dapat dilaksana dengan sempurna,” katanya ketika menjadi panel pada “Diskusi Kebudayaan Kebangsaan: Kemampuan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Sebagai Alat Perpaduan dan Cabaran-Cabarannya” di Dewan Pusat ABIM, di sini, hari ini.

Diskusi anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) itu disertai bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad dan Pensyarah Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan.

Nik Hassan berkata, ketegasan pembuat dasar penting bagi memastikan usaha pihak-pihak tidak sehaluan yang sentiasa mencipta ”kerenah” bagi menggagalkan dasar itu gagal. — Bernama


Nota : Turut hadir Sdr Khairul Anwar, Exco Unit Kajian GPTD Unisel.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails