Wednesday, October 6, 2010

Tinjauan Awal ke Surabaya

Surabaya, 3 Oktober 2010 - Penasihat GPTD UNISEL, En. Izwan Suhadak telah mengikuti Seminar Pemikiran : Membedah Visi Da'wah Wali Songo anjuran IMAN selangor & Dewan Da'wah Islamiyyah Indonesia, Jawa Timur. Kehadiran seramai 200 orang peserta daripada seluruh Indonesia serta 16 orang delagasi ulama dari Malaysia telah mendengar dengan tekun dan turut terlibat dalam sesi soal jawab. Pembentang daripada Malaysia, Prof Dr Ahmad Zaki Pensyarah CITU, UiTM dan Ust. Nik Yusof YDP IMAN Selangor. Manakala dari Indonesia Prof Dr Aminudin dan Prof Dr Ali Musfrodi masing-masing dari Universitas Negeri Surabaya dan IAIN Sunan Ampel.

Sebelum itu, En. Izwan bersama rombongan dari Malaysia sempat ziarah ke Masjid Ampel, Makam Sunan Ampel, Makam Syeikh Malik Ibrahim, Makam Syeikh Maulana Ishak (Bapa Sunan Giri), Makam Sunan Giri di sekitar wilayah Jawa Timur. Kesempatan ini adalah tinjauan awal dan persediaan untuk XPDC Wali Songo yang akan berlangsung pada 1-14 November 2010. Di setiap destinasi makam pasti kehadiran tetamu untuk berziarah akan penuh dengan bacaan tahlil untuk disampaikan kepada wali Allah. Semangat dan hikmah dakwah mereka patut diteladani dan diadaptasi dalam waqi' setempat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails