Friday, October 29, 2010

Aktivis Grup Wali Songo GPTD akan bantu mangsa Gunung Merapi

Ampang, 28 Oktober 2010 - Aktivis Grup Wali Songo GPTD berziarah ke rumah CEO Global Peace Mission Malaysia, Tuan Haji Asri bagi membincangkan perancangan terakhir XPDC Wali Songo di Jawa, Indonesia. "GPM telah menghantar bantuan kepada mangsa perpindahan dari perkampungan berhampiran gunung melalui rakan kerjasama Dewan Dakwah di Yogyakarta", kata Hj Azri.

Aktivis akan berkampung di Posko Merapi di Yogyakarta membantu mangsa perpindahan sementara dengan kerjasama Dewan Dakwah. Tumpuan akan diberikan kepada pengisian kerohanian dan permainan serta hiburan kepada kanak-kanak dan remaja. Laporan terus dari Posko akan dikemaskini ke dalam blog GPTD (http://gptdunisel.blogspot.com/) dari masa ke semasa. Ini adalah misi bantuan kemanusian ke dua oleh aktivis GPTD selepas misi di Maninjau semasa XPDC Hamka I tahun lepas.

Cabaran kepada aktivis adalah keaktifan Gunung Merapi yang sentiasa boleh meletuskan lavanya. Doa daripada rakan dan sahabat serta keluarga mohon diiringi selalu. Semoga misi ini berjaya untuk menjejak Wali Songo dan pada masa yang sama berbakti kepada masyarakat. XPDC Wali Songo akan mula berangkat pada hari Isnin jam 7.00 pagi dengan penerbangan Air Asia di LCCT.

-Unit Media

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails