Wednesday, October 27, 2010

Persedian sebelum ke Pulau Jawa, Indonesia

Taman Cemerlang, Gombak : Bertempat di Sekreteriat Angkatan Belia Islam Malaysia [ABIM], pertemuan diadakan diantara Penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia [GPTD], Saudara Jufitri Joha bersama aktivis XPDC Wali Songo 2010 yang akan berlepas ke Jogjakarta pada 1 November 201o ini. Pertemuan ringkas ini bertujuan memberikan sedikit suntikan kepada aktivis Wali songo sebagai persediaan sebelum ke Pulau Jawa, Indonesia. Sedikit sebanyak input yang didapati dapat menaikkan semula semangat aktivis Wali Songo agar berjaya menjalani program XPDC Wali Songo. Berkata Saudara Jufitri dalam bicaranya, seseorang aktivis harus istiqomah di dalam apa yang dilakukan agar bisa menjadi seorang yang luarbiasa daripada biasa kerana untuk berjaya di dalam era globalisasi ini, aktivis perlu kreatif serta mantap di dalam melahirkan idea yang bernas dan idea yang bernas itu datangnya daripada aktivis yang luar biasa.Kata beliau lagi, apa yang perlu dalam projek ini adalah aktiviti susulan selepas projek ini kerana penglibatan aktivis yang maksimum adalah selepas melakukan projek penjelajahan ke luar negara kemudian aktiviti seterusnya. Pertemuan ringkas ini berakhir dengan doa agar selamat sampai dan pulang semula ke tanah air daripada Saudara Jufitri.


Bergambar kenangan aktivis Wali Songo bersama Saudara Jufitri

Perbincangan sedang dijalankan



No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails