SEJARAH binaan negara Malaysia berkait secara langsung dan tidak langsung dengan asas ketamadunan yang terpancar daripada anutan pelbagai agama. Orang Cina dengan anutan Buddhisme dan Konfusionismenya banyak memberikan asas falsafah dan nilai yang sifatnya sejagat.
Al-Quran memberikan asas ‘tiada paksaan dalam beragama’ sebagai asas etika dalam dakwah dan tarbiah. Yang seharusnya ditampilkan ialah keindahan pekerti dan amal orang Islam supaya orang lain merasakan Islam itu sesuatu yang damai dan sejahtera.
Al-Quran juga memberikan asas ‘kamu agamamu dan kami adalah agama kami.’ Inilah asas kepada dialog agama dan tamadun. Ia memberi ruang di mana yang patut kita berbeza dan di mana patut kita bersama.
Apabila ajaran Islam menganjurkan umatnya amanah, adil, telus, ia memberi erti asas nilai ini sesuatu yang fitrah diperlukan semua manusia. Dalam menguruskan negara, jika orang Islam bersifat amanah, jujur, adil dan ikhlas kepada bukan Islam, ia memberi kesan baik terhadap hubungan kaum.
Dalam menguruskan perniagaan, jika orang Bukan Islam mengamalkan nilai murni itu, maka orang Islam tidak akan mengalami perbuatan eksploitasi dan penipuan kerana sifat itu menjadi asas kepada binaan rasa percaya dan kesalingan.
Asas nilai murni inilah yang harus disuburkan dalam sistem pendidikan supaya generasi muda dapat mengenal kekayaan khazanah nilai dan etika dalam tradisi serta budaya berbeza supaya sifat toleransi menjadi subur dalam amalan interaksi sosial.
Islam mendukung sifat kesederhanaan dalam beragama supaya perbezaan yang ada di kalangan penganut lain dapat diraikan dengan santun dan persamaan nilai selari dengan fitrah dapat disuburkan supaya keyakinan terhadap nilai murni menjadi cara hidup warga Malaysia.
Orang Islam dan bukan Islam tidak dapat mengelak daripada melakukan komunikasi harian dan mendukung organisasi secara bersama. Sudah tentu komunikasi yang ada menuntut asas nilai yang boleh diterima.
Jika orang Islam berkata benar dalam sesuatu hal, kebenaran itu adalah baik bagi orang Islam dan bukan Islam. Apabila berjanji, ia harus ditepati kerana fitrah manusia amat serasi dengan amalan demikian.
Apabila membuat sesuatu keputusan, amanah dan adil dijadikan sandaran, ia bermanfaat bagi orang Islam dan bukan Islam. Asas bersama yang fitrah sifatnya adalah sesuatu yang berguna menjadi talian komunikasi dan asas menguruskan organisasi.
Lebih jauh daripada itu, bagaimana pula asas nilai ketamadunan dijadikan pedoman dalam membangun sistem ilmu dan pendidikan. Umumnya nilai ketamadunan berkait rapat dengan agama. yang berasaskan tradisi pengwahyuan (tradisi Nabi Allah Ibrahim) dan falsafah, kaya nilai kemanusiaan tinggi dan etika menyuluh kebaikan.
Kehebatan orang Cina umpamanya, menghasilkan kertas dan mesin cetak adalah berguna bagi pengembangan ilmu dan tradisi penghasilan buku. Tradisi orang India meneroka angka dan matematik juga banyak nilainya kerana penemuan itu memberi manfaat kepada manusia mempelajari dan berkongsi yang menyumbang untuk faedah umat manusia.
Tidak menjadi masalah bagi orang Islam mempelajarinya kerana amalan itu memperkayakan khazanah yang bermanfaat bagi kemajuan orang Islam. Seperti juga hari ini, tidak salah orang Islam atau bukan Islam mempelajari ilmu membuat komputer atau kereta kerana manfaatnya bagi manusia.
Jika asas ini dijadikan sumber kerjasama, manusia bakal membangunkan rasa kemanusiaan yang tinggi kerana alat teknologi itu memberi guna dan kemudahan kepada manusia.
Meskipun banyak titik persamaan yang baik antara manusia namun perbezaan tetap ada. Perbezaan harus didekati dengan etika. Jika perbezaan itu menyentuh aqidah dan sistem kepercayaan biarlah ia berbeza. Tetapi ada hal yang menyentuh kualiti fitrah manusia yang menuntut adanya asas bersama dan kerjasama.
Umpamanya, keperluan ke arah kesungguhan bekerja dan kecekalan melakukan sesuatu adalah tuntutan untuk semua. Suburkan tradisi ini supaya hasil daripadanya akan membawa kepada produktiviti dan kecemerlangan.
Dalam membuat keputusan, fikiran setiap orang diperlukan, barulah keputusan itu dihormati dan diyakini. Inilah asas nilai dan etika yang patut disuburkan.
Bagi masyarakat Malaysia, mempelajari dan memahami kesamaan antara tamadun dan nilai fitrah harus dijadikan agenda dalam sistem pendidikan yang ada. Orang Islam harus dididik supaya teguh dengan nilai dan prinsip Quraninya dan bukan Islam harus diajar nilai tamadun dan budaya baik.
Jika hal ini berlaku, setiap warga Malaysia akan merasakan nilai yang fitrah dan kualiti tamadun tinggi dapat merangsang ke arah Malaysia yang maju dan berkualiti.
Oleh : Prof Dr Sidek Baba

No comments:
Post a Comment