Wednesday, March 3, 2010

Tahniah & Syabas kepada Pimpinan MPP Unisel 2009/2010

1 Mac 2010 merupakan tanggal pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar Unisel sesi 2009/2010. Barisan pimpinan Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel mengucapkan tahniah & syabas atas kejayaan yang dicapai sepanjang pelaksanaan amanah yang telah diberikan oleh pihak universiti. Walaupun PRK sesi lepas semua calon menang tanpa bertanding tetapi semangat yang ada amat dibanggakan.

Tetapi perjuangan harus diteruskan dilapangan yang lain. Jangan terhenti di dalam wadah MPP sahaja. Realitinya kepincangan dan masalah sentiasa berlaku sama ada di dalam kampus, negara malah dunia. Maka MPP hanyalah tempat untuk anak muda melakukan eksperimen. Pasti ada kesilapan dan kesalahan yang di buat semasa menjalankan tanggungjawab kepimpinan. Apabila kesilapan berlaku maka yang lebih baik adalah meminta maaf kepada yang berhak. Jangan pula merasakan kita sentiasa betul demi untuk dilihat sebagai hero. Seperti kata bidalan Melayu, Jangan kita hendak tegakkan benang yang basah.

Orang yang berjiwa besar adalah orang yang jika buat kesilapan dan kesalahan mengaku kelemahannya dan itu juga merupakan proses belajar sebagai seorang pemimpin. Pemimpin sebenarnya juga dipimpin oleh seorang guru. Sejarah yang berlaku jadikan sempadan agar tidak mengulangi lagi. Harus diingat pemimpin pelajar bukan berperanan membuka aib seseorang atau universiti tetapi yang lebih wajar adalah buktikan hasil kerja dan berkerjasama untuk membangunkan universiti dengan program yang bersifat jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) sebagaimana terakam dalam Falsafah Pendidikan Negara. Semoga kepimpinan MPP yang baru akan lebih berjiwa besar dan punya misi pencerahan non partisan yang merentas sempadan.


Nor Hafiz Razali
Pemangku Presiden







No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails