Padang, 30 Disember 2009 - Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka (XPDC HAMKA) yang digerakkan oleh Grup Hamka di bawah GPTD UNISEL diteruskan seawal pagi subuh di Islamic Centre bersama mahasiswa yang tinggal di sini. Di sini subuhnya tidak dibacakan doa qunut sebagaimana pengikut Iamm Syafie di Malaysia. Juga menarik adalah KULTUM (Kuliyah Tujuh Minit) diadakan selepas subuh. Dimulakan dengan tilawah al-Quran dan diikuti oleh penyampai KULTUM. Namun kadang-kadang lebih daripada tujuh minit mungkin kerana asyik menyampaikan tazkirah di sebalik rostrum. Kehadiran mahasiswa yang tidak hadir dilaporkan selepas selesai acara KULTUM. Kemudian diumumkan nama pentilawah dan penyampai pada hari esoknya.
Seterusnya XPDC HAMKA berlibur di sekitar Kota Padang dan berkesempatan ke Teluk Bayur dan Jambatan Siti Nurbaya yang sering menjadi persinggah pelancong dan pengembara. Di jambatan sempat bertemubual bersama para pelajar sekolah dasar (sekolah rendah) sambil bertanyakan Hamka kepada mereka. Namun mereka tidak mengenalinya mungkin masih anak-anak kecil lagi. Gru Hamka sempat memyampaikan beberapa buah majalah buat bahan bacaan. Di sebalik Jambatan Siti Nurbaya adalah kisah seorang gadis muda yang dikahwinkan oleh ayahbonda dengan seorang lelaki tua. Kemudiannya Grup Hamka terus ke Universitas Andalas, Fakultas Kedoktoran untuk bertemu mahasiswa Malaysia melalui Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia yang mempunyai 300 orang anggota.
Diskusi dimulaka dengan sesi taaruf dan menyatakan tujuan XPDC HAMKA dianjurkan. Dibicarakan juga soal peranan mahasiswa Malaysia semasa gempa berlaku. Sosio budaya masyarakat Indonesia dan Malaysia di kampus. Dimaklumkan oleh YDP PKPMI (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia-Indonesia), Saudari Farah Nuruliayana Bt Ahmad Nazri wujud salah tanggap segelintir masyarakat Indonesia terhadap mahasiswa Malaysia yang ramai pulang selepas gempa berlaku dan sikap hanya berkelompok dikalangan mahasiswa Malaysia. Namun hakikatnya adalah sebaliknya, mahasiswa Malaysia sering turun kelapangan menziarahi dan meraikan anak-anak yatim. Malah sambutan Aidil Adha juga disambut bersama orang kampung dan menyumbang dua ekor lembu untuk qurban. Dana telah ditaja oleh Kelab UMNO Luar Negara.
Di hujung diskusi, Grup Hamka telah mengajak mahasiswa Andalas untuk turut serta XPDC HAMKA di Maninjau. Bentuk kerjasama mungkin kepakaran bidang kuliah masing-masing di lapangan. Nampaknya, respon daripada PKPMI sangat baik dan mereka berminat untuk turut serta. Insya Allah dalam minggu ini atau minggu hadapan mereka akan turun ke Pesantren Buya Hamka. Pada pihak kami sangatlah berbesar hati kerana antara gerakkan akivis Hamka ketika dahulunya adalah dari surau ke surau menyampaikan semangat kebangkitan Republik Indonesia dan ramai yang kemudian mengikut serta dalam pergerakan beliau. Inilah yang cuba dibawa oleh Grup Hamka. Lewat petang terus bergerak ke Bukittinggi bertemu dengan Bapak Iyep pengurus Global Peace Mission di sini.
No comments:
Post a Comment