Friday, December 4, 2009

Ziarah Mantan Mudir Pesantren Hamka

Ampang, 3 Disember 2009 - Aktivis XPDC HAMKA yang akan ke Maninjau Padang Indonesia pada 29 Disember 09 hingga 12 Januari 2010 telah berziarah ke rumah CEO Global Peace Mission, (GPM) Hj Mohd Asri Abdul di Ampang bagi membincangkan persediaan grup. Rombongan tersebut diketuai oleh Sdri. Junaidah Ismail selaku ketua projek memberikan taklimat ringkas perkembangan persediaan yang telah dilakukan.

Turut hadir Sdr. Safarudin dan Sdr. Izzat menemani bagi saling bertukar-tukar idea. Hasil perbincangan, semua bersetuju dengan perancangan Hj Asri yang juga merupakan Mantan Mudir Pesantren Buya Hamka tentang pergerakan harian. Dua hari pertama XPDC HAMKA akan singgah di Kota Padang untuk bertemu dengan mahasiswa Malaysia dan Indonesia di sana. Hari ketiga rombongan akan bergerak ke Kg. Kukuban untuk menjalankan projek Pemetaan Komuniti dan Anak Angkat. Hari berikutnya grup akan bertumpu di Sg Batang, penempatan sementara pelajar-pelajar Pesantren Buya Hamka.

Dalam ziarah tersebut Hj Asri sempat berkongsi pengalaman beliau semasa berada lama di sana. Beliau mencadangkan juga agar dibuat kajian tentang ketokohan Sutan Mansur (Abang Ipar Buya Hamka). Perkampungan di sekitar Pesantren Buya Hamka lebih dekat dan mengenali tokoh sutan Mansur berbanding Hamka. Selain kajian baru itu, Grup Hamka akan cuba meninjau sejauh mana wilayah pengaruh Hamka ditempat kelahiran beliau. XPDC kali ini akan cuba membangkitkan semula pemikiran Hamka dikalangan pelajar Pesantren Buya Hamka sendiri.

- Unit Media


No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails