Sebanyak RM50 juta diperuntukkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk kegiatan mencipta kandungan tempatan khususnya filem-filem berkaitan dokumentari untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian berhasrat menonjolkan kemampuan filem dokumentari tempatan memandangkan filem-filem cereka tempatan belum mencapai tahap antarabangsa kerana keterbatasan atau halangan modal.
"Sejak tiga tahun yang lalu, memang telah dibincangkan isu-isu ini dan syukur di bawah pentabdiran SKMM telah diperuntukkan RM50 juta bagi tahun hadapan untuk menjalankan kegiatan mencipta kandungan tempatan.
"Di samping itu, animasi tempatan, dokumentari, drama tempatan termasuk cerita agihan plot termasuk filem di Sabah dan Sarawak akan kita perbanyakkan pada 2010," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Sumber : Malaysiakini
Ulasan Penasihat
Insya-Allah, kita akan dokumentasikan & dokumentari semua projek kita agar masyarakat tahu kerja kita untuk tujuan penajaan dan kempen keahlian merentas kampus. Jika ada kesempatan kita akan anjurkan bengkel dokumentari pada tahun hadapan sebagai persiapan misi Grup Cheng Ho, Grup Ibn Battutah dan Grup Wali Songo.

No comments:
Post a Comment