Friday, December 4, 2009

Aktivis Grup Hamka ke Lembaga Zakat Selangor

Shah Alam, 4 Disember 2009 - Aktivis Grup Hamka yang dalam proses persediaan XPDC HAMKA selamat menyampaikan hasrat untuk memohon penajaan daripada pihak Lembaga Zakat Selangor. "Proses yang diambil oleh pihak mereka lebih kurang satu minggu", kata Ketua Projek, Junaidah Ismail ketika ditemubual. Selepas seminggu barulah boleh buat tindakan susulan untuk mengetahui status kelulusan penajaan. Kini aktivis bukan sahaja sedang sibuk mencari dana untuk ke Maninjau Padang Indonesia, tetapi bertungkus lumus belajar untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Semangat dan pengorbanan seperti mereka wajar dicontohi oleh generasi mahasiswa kini agar tidak retorik sahaja di kampus tetapi buktikan melalui bakti pada ummat.






No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails