
Program keluarga angkat akan diselitkan acara pemetaan komuniti dan ziarah silaturahmi. Ziarah dari rumah ke rumah bertemu dan mendapatkan dapatan berdasarkan soalan kajian berkaitan sosio budaya minang dan respon tentang Prof dr Hamka dikalangan masyarakat minang. Sampel sejumlah 200 akan digerakkan untuk mendapatkan gambar asas sejauhmana masyarakat mengenali Hamka.
Sekarang ini pesantren masih libur (cuti sekolah), oleh itu tiada aktiviti yang khusus untuk mereka. Cuma ada sebilangan sahaja yang tidak pulang ke kampung itu pun kerana anak-anak mualaf dan yatim. Malah ada berhari raya tetap di pesantren dan bersama masyarakat sekitar. Namun kesungguhan dan kepintaran anak-anak ini sangat luar biasa. Ada yang sudah hafaz 5 juzuk al-Quran walaupun seawal usia 15 tahun.
Pada hari jumaat selepas solat jumaat kebiasaannya masyarakat minang akan bermusyawarah seluruh kampung, satu jamaah untuk membuat pemakluman dan keputusan dalam urusan pembangunan dan masalah yang wujud. Yang tua dan muda bergandingan berbincang demi membuat satu keputusan yang bijaksana. Contoh ini patut diteladani oleh mahasiswa dan masyarakat di Malaysia.
- Unit Media
No comments:
Post a Comment