Tuesday, June 1, 2010

Konvoi Flotilla Di Serang Israel: Rumah Putih Kecewa

31 Mei 2010 – Rumah Putih menyampaikan rasa “sangat kecewa” atas kehilangan nyawa dan kecederaan terhadap aktivis konvoi Flotilla setelah Israel menyerang konvoi tersebut di perairan antarabangsa yang membawa bantuan ke Gaza, sehingga menyebabkan kematian. “Amerika Syarikat sangat menyesali sehingga hilangnya nyawa dan kecederaan yang dihadapi, dan saat ini kami berusaha untuk memahami situasi sekitar tragedi ini,” kata juru bicara Rumah Putih, William Burton. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengarahkan penyiasatan penuh dan merasa terkejut atas tindakan Israel menyerbu dan membunuh aktivis konvoi tersebut.

“Sangat penting untuk kita adakan kajian penuh bagi menentukan dengan tepat bagaimana pertumpahan darah boleh berlaku. Saya percaya Israel perlu memberikan penjelasan lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara Uganda Kampala. PBB mengutuk keganasan terhadap orang awam di perairan antarabangsa. Perancis menjadi Negara Eropah pertama yang memberi respon terhadap kejadian tersebut. Menteri Luar Negeri Perancin, Bernard Kouchner mengatakan beliau “sangat terkejut”.

Ramai aktivis yang berada di atas kapal-kapal bantuan tersebut adalah warganegara Eropah dan penganalisis telah menjangkakan respon diplomatik yang amat keras dari Kesatuan Eropah dan negara-negara anggotanya terhadap Israel. Kesatuan Eropah menuntut kajian sepenuhnya di buat. Jerman juga menyatakan kejutannya dengan tindakan Israel. Jerman adalah salah satu sekutu paling setia Israel, mempersoalkan apakah tindakan yang diambil oleh pasukan komando Israel bersikap profesional. Kementerian luar negeri Greek dalam kenyataan rasminya hari ini mengatakan, mereka sudah memanggil Duta Besar Israel dan menuntut laporan “segera” laporan atas nasib sekitar 30 warga Greek yang ikut serta dalam rombongan kemanusiaan itu.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Greek memutuskan untuk menarik diri dari latihan ketenteraan bersama dengan Israel sebagai bentuk protes atas serangan Israel terhadap konvoi tersebut. Sehingga saat ini, dilaporkan 20 orang telah terbunuh dan lebih dari 30 orang cedera setelah Israel menyerang konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza seperti peralatan pendidikan, peralatan perubatan, bahan makanan dan bahan pembinaan.

Sumber : Haluan

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails