Saturday, June 19, 2010

Angka kematian di Kyrgyzstan 10 ganda banyak

Moscow, 18 Jun 2010 - Jumlah kematian akibat keganasan etnik yang melanda Kyrgyzstan mungkin sepuluh kali ganda lebih banyak daripada yang dilaporkan, kata pemimpin kerajaan sementara, Rosa Otunbayeva hari ini.

"Jumlah kematian yang dilaporkan iaitu sebanyak 191 sepatutnya didarab dengan 10 bagi mendapatkan jumlah kematian sebenar.

"Ini kerana jumlah kematian yang sangat tinggi dicatatkan di beberapa kawasan perkampungan selain kepercayaan penduduk tempatan yang memerlukan jenazah dikebumikan sebelum matahari terbenam," katanya kepada akhbar harian Rusia, Kommersant.

Menurut laporan terkini yang dikeluarkan kerajaan Kyrgyzstan, angka kematian adalah sebanyak 191 orang manakala 1,971 dilaporkan cedera dalam keganasan etnik terburuk yang pernah melanda negara ini dalam tempoh 20 tahun itu.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kira-kira 400,000 orang menjadi mangsa dalam keganasan itu dan pasukan bantuan antarabangsa sedang giat menghantar bantuan. - AFP


Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails