Saturday, October 10, 2009

Perkongsian Pengalaman Aktivis Grup Hamka

Bestari Jaya, 10 Oktober 2009 – Grup Hamka di bawah GPTD UNISEL telah menganjurkan program Perkongsian Pengalaman sebagai persediaan grup ke Padang, Indonesia yang berlangsung pada 28 Disember 2009 sehingga 10 Januari 2010 bertema XPDC HAMKA - Meneladani Transformasi Pemikiran Zaman. Sesi pertama telah disampaikan oleh Sdri. Fara, sukarelawan yang pernah berbakti di Pesantren Buya Hamka pada tahun 2005. Projek yang melibatkan mahasiswa daripada Kolej Darul Hikmah (KDH) turun menyumbang khidmat pendidikan. Projek tersebut adalah misi kedua selepas misi perintis pada tahun sebelumnya. Misi perintis telah dijayakan oleh Sdr. Nadmin, sukarelawan GPTD Pusat bersama empat teman-teman daripada Universiti Islam Antarabangsa. Bagi projek pertama, konsepnya juga sama iaitu memberi khidmat pendidikan seperti Kelas Bahasa Inggeris. Sesi kedua telah disampaikan sendiri oleh Sdr. Nadmin. Berdasarkan kepada perkongsian pengalaman kedua-dua sukarelawan dapat disimpulkan pertama sukarelawan perlu bersedia dari segi spiritual, mental dan fizikal. Kedua, perlu berbincang dengan individu yang autoriti sebelum membuat aktiviti. Ketiga, mesti memiliki sifat rendah diri dan budi perketi yang luhur. Keempat, niat perlu sentiasa diikhlaskan agar tidak lari daripada matlamat awal. Kelima dan terakhir, muhasabah untuk setiap aktiviti yang telah dilakukan pada malam hari agar dapat diperbaiki pada esoknya.


- Unit Media

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails