Thursday, October 15, 2009

Malam Bersama Palestin menginsafi warga kampus

Bestari Jaya, 12 Oktober 2009 – Rakyat Palestin Saudara Kita itulah slogan bagi program Malam Bersama Palestin yang telah dianjurkan oleh GPTD UNISEL dengan kerjasama Pusat Islam & Global Peace Mission (GPM) di Dataran Pusat Pelajar. Turut hadir, kugiran jemputan iaitu Kumpulan Usratika yang membawa lagu perjuangan palestin bagi membakarkan lagi semangat hadirin. Acara dimulakan dengan ucapan oleh Sdr Kamarul selaku Pengarah program.

"Malam ini adalah malam untuk Palestin, malam untuk kita meluahkan rasa hati nurani terhadap sokongan kita kepada rakyat Palestin & bantahan terhadap kekejaman Israel. Ekspresi Diri Mu dalam bentuk puisi & nyanyian untuk membangkitkan semangat perjuangan"
, kata saudara pengarah ketika ditemubual. Sdr Mahmoud Smayah seorang rakyat Palestin mewakili GPM berkongsi rasa tentang nasib & masa depan rakyat Palestin. Penyampaian beliau amat pengujakan hadirin dari kalangan pelajar tempatan dan antarabangsa. Ketua Eksekutif GPM, Tuan Haji Mohd Asri Abdul turut hadir menyampaikan ucapan. "Sokongan terhadap Palestin sangat penting, mungkin kita tidak menang dalam peperangan tetapi kita tidak akan berikan kemenangan mudah kepada mereka", kata Tuan Haji Asri dalam ucapannya.

Selepas ceramah daripada wakil GPM, program dditeruskan dengan slot persembahan daripada Usratika. Kemudian slot Ekspresi Diri Mu memberi ruang kepada hadirini menyampaikan puisi dengan cara spontan. Turut terlibat adalah Presiden MPP UNISEL Sdr. Azraei Hussien dan beberapa orang pelajar yang lain. Program ditutup dengan ucapan oleh Penasihat program Sdr. Izwan Suhadak Ishak. "GPTD hadir di UNISEL untuk memberi ruang & peluang kepada mahasiswa agar terlibat dengan isu ummat sama ada dalam kampus, nasional mahupun antarabangsa", kata beliau.

- Unit Media

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails