Thursday, October 8, 2009

LAPORAN MISI 1 DAN PELAN TINDAKAN GEMPA SUMATERA BARAT

No 2-2A Jalan GJ 2, Taman Gombak Jaya, Batu 5 ½ Jalan Gombak, 53100 KUALA LUMPUR

Khamis 8hb Oktober, 2009

GEMPA SUMATERA BARAT

LAPORAN MISI PERTAMA

DAN PELAN TINDAKAN

Misi I GPM ke Sumatera Barat telah berlangsung dari dari 5-6 Oktober, 2009 yang lalu. Anggota Misi I terdiri dari dari Sdr Mohd Asri Abdul (Ketua Misi), Sdr. Aktifanus Jawahir dan Sdr. Akmal Hisham.

Tujuan Misi

Misi I merupakan misi peninjau GPM untuk melihat kerosakan akibat gempa, terutamanya di Kabupaten Padang Pariaman dan Kabupaten Agam di Sumatera Barat dan menentukan bentuk bantuan yang diperlukan di sana. Misi I juga ditugaskan untuk menyalurkan bantuan kecemasan di kawasan yang terbabit serta membuka pusat operasi GPM

Penemuan Misi

Misi mendapati kerosakan harta benda yang sangat parah meskipun korban jiwa tidak begitu tinggi di kawasan yang diberikan tumpuan.

Tindakan

1. GPM telah membuka dua pusat operasi; satu di kota Pariaman dan satu lagi di Maninjau untuk memudahkan penyaluran bantuan seterusnya.

2. Misi I juga telah menyalurkan bantuan kecemasan bernilai RM 10,000 kepada mangsa gempa di kawasan Pariaman.

3. Misi I juga memutuskan untuk memberikan tumpuan kepada tiga buah desa; iaitu dua buah desa di Kabupaten Padang Pariaman kira-kira 60 km dari Padang, dan sebuah desa di Kabupaten Agam.

a) Dua buah desa di Kabupaten Padang Pariaman terdiri dari: Desa Durian Pulut Pulut yang mempunyai 72 isirumah yang mana hampir seluruh rumah di desa ini mengalami kerosakan berat. Sebuah desa lagi ialah Desa Padang Karambia yang mempunyai 63 isi rumah, juga hampir seluruh rumah-rumah di desa ini mengalami kerosakan.

b) Desa ketiga yang menjadi tumpuan GPM ialah Jorong Batu Nanggai di Kecamatan Tanjung Raya, Kabupaten Agam di mana terdapat sebuah pondok pesantren yang mengalami kerosakan parah sehingga 120 pelajar-pelajarnya terpaksa dipindahkan ke sebuah masjid berdekatan.

Jenis Bantuan yang akan disalurkan

1. Bantuan yang akan disalurkan oleh GPM ialah untuk mendirikan rumah sementara di dua desa di Kabupaten Padang Pariaman, iaitu Desa Durian Pulut Pulut dan Desa Padang Karambia. Bantuan bernilai RM 3,000 untuk mendirikan sebuah rumah sementara tetapi akan disalurkan secara bertahap. Sebahagian daripada bahan-bahan yang diperlukan untuk mendirikan rumah sementara itu diperolehi daripada rumah yang telah roboh, seperti atap zink, kayu, pintu dan lain-lain. Penduduk desa ini akan membina rumah mereka secara gotong royong. Untuk tujuan ini, GPM memerlukan RM 405,000 (135 unit x RM 3,000).

2. Bantuan makanan untuk pelajar-pelajar di Pondok Pesantren Prof Dr. Hamka seramai 120 orang yang kini tinggal di Masjid Bancah untuk tempoh 3 bulan. GPM memerlukan sebanyak RM 36,000 untuk menyalurkan bantuan ini. (RM 3 x 120 orang x 100 hari)

3. Keadaan bumi di lokasi pondok pesantren sudah rosak dan pondok ini tidak boleh digunakan lagi. Sebagai langkah sementara, dua buah rumah penduduk di kawasan berdekatan yang tidak terjejas dengan gempa digunakan sebagai tempat belajar. Namun kedua buah rumah ini perlu direhabilitasi dan ini memerlukan biaya sebanyak RM 45,000.

Sumbangan orang ramai sangat-sangatlah diperlukan untuk menjayakan pelan tindakan GPM di atas. Untuk keterangan lanjut sila hubungi pejabat GPM di talian 6188 3230 atau layari laman web www.gpm.com. my

Sumbangan atas nama Global Peace Mission (GPM) boleh di buat ke akaun berikut:

Maybank: 564 221 611 602

Bank Islam: 14 023 01 002922 4


Disediakan oleh

Ahmad Azam Abdul Rahman
azamwali@gmail.com



No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails