Friday, October 9, 2009

ISU KARTIKA : SU GPTD UNISEL buat laporan polis


Kuala Selangor, 9 Oktober 2009 – Setiausaha Grup Pengkaji Tamadun Dunia UNISEL, Saudari Wan Ritini Wan Ismail telah membuat laporan polis atas Isu Kartika di IPD Kuala Selangor pagi tadi. Tindakan ini di ambil atas rasa tanggungjawab yang penuh terhadap kenyataan yang dikeluarkan olej Joint Action Group For Gender Equality (JAG) yang diserta oleh SIS dan WAO serta konco-konco mereka melalui memorandum kepada YAB Perdana Menteri bertajuk Justice For Kartika bertarikh 25 Ogos 2009. Dalam laporan yang dikeluarkan JAG telah mendesak Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri untuk MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri.

Tuntutan biadap ini telah diulangi lagi sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar The Star bertarikh 1 Oktober 2009, Ivy Josiah, Pengarah Eksekutif WAO berkata :


“We urge the Federal and State governments to conduct comprehensive review of all laws pertaining to Syariah criminal offences with a view to repeal such laws.”


Menurut Saudari Wan Ritini Wan Ismail, Memorandum sebegini juga pernah dikemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandantangani oleh lebih 300 individu dan NGO termasuk Menteri-Menteri Kabinet dan ahli politik beragamaIslam yang sedang menuntut supaya kawalan moral penguatkuasaan undang-udang Syariah dihapuskan. Tuntutan tersebut adalah bersifat menjejaskan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam serta menghina martabat kedudukan mahkamah syariah. "Mereka yang terlibat perlu di siasat dan di dakwa", kata beliau lagi.

-Unit Media

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails