Monday, October 5, 2009

Catatan 1 : Misi GPM ke Padang

Padang, Isnin 5 Oktober 2009

Misi selamat tiba di lapangan terbang Padang pada jam 8.00 pagi dengan penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur. Penerbangan penuh dengan warga Minang di Malaysia yang pulang untuk melihat keadaan kampung halaman dan saudara mara mereka yang ditimpa bencana. Salah seorang penumpang menceritakan bahawa keluarga kakaknya terdiri dari empat orang telah meninggal semuanya.

Ketibaan kami disambut dengan hujan lebat yang hanya reda sekitar jam 12.00 tengahari waktu tempatan. Di lapangan terbang kami disambut oleh Bapak Ade Salamun dari LAZIS-DDII. GPM telah pernah bekerjasama dengan LAZIS-DDII dalam beberapa misi kemanusiaan sebelum ini seperti di Aceh, Yogyakarta, Solo, Pangandaran dan Bukit Tinggi.

Di kota Padang banyak bangunan yang runtuh dan tenggelam ke dalam tanah antaranya mahkamah tentera, mahkamah syariah, jabatan kerja raya sumbar, hospital selasih (milik usahawan Malaysia). Sahingga malam tadi telah ada sekitar 300 gempa susulan.

Kami telah dibawa ke Pusat Penyelaras Menangani Gempa DDII di Rumah Sakit Islam YARSI (Yayasan Rumah Sakit Indonesia) di Jalan Proklamasi. Pusat Tiusyen GAMA yang terletak di hadapan Pusat Penyeleras hancur sama sekali dan dikhuatiri 60 orang masih tertimbus dibawah runtuhan itu.

Menurut taklimat dari Ibu Aisyah Natsir, Ketua YARSI Sumatera Barat penyakit seperti flu, batuk dan cirit birit telah sudah semakin menular akibat terputusnya bekalan air dan juga cuaca yang kurang baik.

Bekalan letrik hanya pulih sekitar 40 peratus sahaja. Perkhidmatan internet masih belum pulih.
Restoren-restoren besar masih tutup; hanya gerai-gerai kecil yang beroperasi menurut Pak Misbach Malim, Koordinator Nasional untuk Pusat Penyelaras LAZIS-DDII.
Mereka sudah lima hari makan nasi goreng.

Kami akan meneruskan perjalanan ke Pariaman dan Maninjau; dan akan menghantar catatan dari masa ke semasa.

Laporan dari :
Mohd Asri Abdul (Ketua Eksekutif GPM)
Akmal Hisham Abdul Rahim (Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM)
Aktifanus Jawahir (Sukarelawan GPM)
-------------------------------------------------------------------------------------

Sumbangan boleh dihantar terus ke pejabat GPM atau dimasukkan ke akaun berikut :

Global Peace Mission
Bank Islam Malaysia Berhad - No Akaun 14 023 01 002922 4 atau
Maybank - No Akaun 564 221 611 602

2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Tel: +603-6188 3230
Fax: +603-6188 3233


Nota : Global Peace Mission adalah rakan NGO bagi GPTD UNISEL.



No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails