Friday, May 20, 2011

Vasco da Gama

Pada hari ini, saya ada terbaca mengenai seorang tokoh yang berpengaruh Portugal iaitu Vasco da Gama dan saya berkongsi serba sedikit cerita tentang beliau. Beliau seorang penyelidik yang menemui jalan laut dari eropah ke india. Orang-orang eropah iaitu orang portugis sudah lama mahu mencari jalan laut kerana jalan darat telah dikuasai oleh pedagang islam. Namun tahun 1488 ekspidisi portugis yang pertama telah sampai di selatan afrika yang iaitu Bartolomeus Dias. Raja portugis telah lama untuk mencari jalan terpendek ke sebelah timur(india). Namun raja portugis telah mengarahkan bangsawan dari kelas rendah yang bernama Vasco da Gama untuk mengetuai ekspedisi ke india.

Perjalanan Vasco da Gama ke timur menerima banyak halangan termasuk terpaksa memberanikan diri untuk melalui kawasan yang dikuasai pedagang islam seperti Kenya. Kebanyakan kawasan utara afrika dikuasai islam sejak zaman khulafa arrasyidin. Pelayaran berbulan-bulan akhirnya Vasco da Gama sampai ke Calicut,india iaitu kawasan perdagangan paling penting di selatan india. Vasco da Gama disambut baik oleh Zamorin pemerintah Calicut yang beragama hindu. Di Calicut, Vasco da Gama diberi barang-barang dagangan seperti rempah-rempah agar sampai ke Portugal.

Sewaktu perjalanan pulang ke Portugal yang merentasi laut arab, ramai anak-anak kapal terkena penyakit dan hanya beberapa yang selamat sampai ke Portugal. Berita kepulangan Vasco da Gama telah sampai ke pangkuan Raja yang memahami perjalanan yang penuh Berjaya dan mencabar. Beberapa bulan kemudian, Raja Portugal menghantar lagi ekspedisi dibawah pimpinan Pedro Alvares Cabral. Beliau tiba di india dan pulang ke Portugal. Akan tetapi beberapa anak kapal cabral terbunuh di Calicut sehingga Vasco da Gama dihantar untuk menyerang Calicut.

Kali I ni Vasco da Gama tidak berlembut lagi terhadap pedagang luar dan merampas barang-barang dagangan dan membakar kapal-kapal. Sampai Vasco da Gama di Calicut, beliau meminta Zamorin supaya menghalau semua pedagang islam dari pelabuhan. Kerana takut, akhirnya zamorin mati dibunuh dan pelabuhannya dimusnahkan dan ditawan. Akibat berlakunya kemusnahan pelabuhan Calicut pedagang islam terpaksa mencari lokasi perdagangan yang lain. Berita tentang kemenangan ini mengembirakan raja Portugal dan raja menberi hadiah kepada Vasco da Gama. Perjalanan Vasco da Gama sangat penting buat orang portugis kerana beliau telah membuka laluan laut antara eropah dan india serta ke timur yang menjadi panduan pelayar-pelayar barat. Sehingga berlakunya revolusi negara-negara eropah untuk pencarian tanah jajahan disebelah timur.


Disediakan oleh Muhammad Izzat, Presiden GPTD Unisel

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails