LAWAT telah mengadakan Dialog Khas dengan bantuan penterjemah, Sdr Khasmir yang juga warganegara India tetapi boleh berbahasa Melayu kerana sudah lima tahun bekerja di Malaysia. Dialog Khas berkisar tentang kitab, hukum, amalan, tokoh agama masing-masing. LAWAT telah diketuai oleh En. Izwan Suhadak selaku Penasihat GPTD Unisel dan diiringi oleh Sdr Nor Hafiz dan Sdri. Hafiza Arifah. LAWAT adalah usaha ziarah ke rumah ibadah untuk mengkaji dan memahami lebih lanjut tentang agama yang dianuti. "Ini adalah LAWAT yang pertama secara rasmi. Sebelum ini kita pernah ke Gereja White House di Batu Arang yang menempatkan pesakit-pesakit HIV dari kalangan muslim", kata En Izwan. Jika ada yang berminat untuk turut serta dalam LAWAT sila hubungi 010.269.3310 (Amy) atau emel ke gptdunisel@gmail.com.
- Unit Media
Gurdwara tidak boleh dikenali sebagai Rumah Berhala kerana umat tidak memuja sebarang jenis berhala atau gambar dan mereka hanya bersembahyang kepada yang Maha Esa. Dan umat Sikh diajar bahawa Tuhan adalah satu.
ReplyDelete