Monday, September 14, 2009

Sumbangan Frederic Kanoute kepada Umat

Pagi ini saya mengambil kesempatan membaca berita daripada Berita Harian Online, saya klik pada Keputusan Liga Sepanyol. Sebenarnya saya bukanlah seorang peminat bola sepak. Cuma pada zaman persekolahan rendah saya mewakili pasukan bola sepak Sekolah Taman Sri Rampai. Namun selepas memasuki Sekolah Menengah Tinggi Setapak, saya beralih ke sukan Softball dan berentap hingga ke peringkat negeri. Mungkin sebab itu saya tidak gebitu berminat dengan sukan bola sepak. Tetapi saya tetap sekali sekala mengikut perkembangan sukan ini. Namun yang mengimbau ingatan saya ialah catatan yang dibuat oleh sahabat saya Sdr Jufitri Joha tentang pemain profesional liga Sepanyol yang merupakan seorang muslim. Saya petik catatan beliau :

Bila memperkatakan Liga Primera Sepanyol, pasukan bolasepak yang saya so
kong adalah Seville. Kenapa saya tidak memilih Real Madrid atau Barcelona? Ini adalah kerana Seville memiliki seorang pemain Muslim amat berjasa pada agamanya iaitu Frederic Kanoute. Kanoute merupakan penyerang Seville yang berbisa. Beliau berasal daripada negara Mali dan pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik Afrika. Sebelum mewakili Seville, beliau merupakan pemain Kelab Lyon, Perancis. Apa yang menarik tentang beliau ialah, beliau pernah membelanjakan 510860.00 Euro untuk membeli sebuah masjid di Seville daripada ditutup. Inilah pemain yang sepatutnya dicontohi pemain-pemian Muslim yang lain. Beliau juga telah menubuhkan sebuah yayasan di negaranya Mali khususnya untuk membantu kanak-kanak terutamanya anak yatim. Beliau juga pernah dilaporkan enggan memakai jersi pasukan yang tertera lambang arak! Kanoue layak dinobatkan sebagai ikon pemain bolasepak yang beriman, bertanggungjawab pada agama dan pemurah. Sesuatau yang jarang dapat dicari pada zaman ini pemain yang seimbang dunia dan akhirat. Walaupun dua kali berkunjung ke Sepanyol namun saya belum berkesempatan ke Seville. Jika diizinkan Allah sekali lagi ke Sepanyol, saya akan cuba menjejak Masjid Seville yang telah diselamatkan oleh Kanoute tersebut untuk kemudahan Umat Islam Seville.

Begitulah kisah seorang muslim, tidak kira di mana sahaja kita berada tetapi tanggungjawab sosial kepada umat tetap boleh ditunaikan. Kita patut mencontoh beliau dalam kapisiti semasa!

- Penasihat

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails