Thursday, September 10, 2009

Bicara Bebas Keranda Putih

Bestari Jaya, 10 September 2009 - Bilik Kanak-Kanak, Perpustakaan UNISEL berlangsung Pameran Selamatkan Dunia Baru. Disamping itu telah diadakan satu sesi Bicara Bebas Keranda Putih yang disampaikan oleh Sdr. Izwan Suhadak yang merupakan Penasihat GPTD UNISEL. Beliau menerangkan tentang kesan penggunaan polistrina terhadap kesihatan manusia antaranya leukemia, barah, gangguan sistem pencernaan, darah dan hati. Selain mencemarkan alam sekitar kerana polistrina memerlukan 500 tahun untuk diurai secara semula jadi. Diskusi sesama hadirin telah diadakan dengan persetujuan bersama untuk menjayakan Kempen Tapau Mania di peringkat kampus Bestari Jaya. Kempen mengajak warga kampus untuk menggunakan atau membawa bekas makanan sendiri apabila ingin tapau (bungkus di kedai). Alternatif kedua pula, GPTD UNISEL akan menghantar memorandum kepada pihak pengurusan Unisel agar melihat kembali kontrak/polisi pengusaha kafeteria agar meletakkan syarat tambahan dengan mewajibkan penggunaan ekopak (alternatif polistrina mesra alam) serta kos tambahan sebanyak RM0.20 dikenakan kepada pelanggan. Diakhir slot ceramah tersebut soalan kuiz telah dilontarkan untuk menguji kefahaman hadirin. Rata-ratanya hadirin dapat menjawab dengan tepat.

- Unit Media






No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails